"Sheesh..lambat, lambat, lambat!" kata Hanan sambil berlari menuju ke lif. Jam di tangan dipandang sekilas. Lagi dua minit sebelum pukul 9 pagi. Kalau dia naik lif, memang habis dua minit dia. Hanan memandang ke arah lif. Ramai orang pulak pagi-pagi ni. Dahlah dia dah lambat. Hanan terus mengalihkan langkahnya. Naik tangga lagi cepat. Lagipun pejabatnya di tingkat tiga sahaja.
Ini semua salah dia. Lepas mandi tadi, dia tertidur sampai terlajak. Nasib baik dia sempat sedar. Inilah nasib duduk seorang diri, tak ada siapa boleh tolong kejut.
Pintu rintangan api ditolak pantas. Hanan melangkah dua anak tangga sekali gus. Selamatlah tinggi dia average, sekurang-kurangnya dia mampu nak melangkah dua anak tangga. Cepat sedikit.
Satu minit lagi. Hanan sudah nampak pintu keluar menuju ke tingkat tiga. Dia tersenyum sedikit. Nampaknya dia takkan lambat. Apabila tangannya sudah dapat mencapai tombol pintu, pintu tersebut pantas ditarik. Hanan berlari keluar. Dia tak nak lambat, paling tak pun hari ni. Sebab hari ni, orang yang nak pantau tu mula masuk kerja-
Bukk! Dia terlanggar seseorang. Kejap, dia pun tak pasti tu orang ke dinding. Tapi macam lembut sikit daripada dinding. Dia terasa bahunya bagaikan beralih. Sakit woi. Tapi, dia tak ada masa. Hanan betul-betul dah lambat. Encik Mirza kata mereka semua kena datang awal sedikit untuk sambut orang besar tersebut. Aduhai, malang betul dia hari ni.
"Alamak, sorry, sorry!" kata Hanan cuak. Walaupun bahunya macam lagi sakit dari orang yang dia langgar, sebab orang tu macam takde reaksi pun. Tapi disebabkan salah dia, dia tetap minta maaf. Hanan mendongak sedikit ingin melihat siapa yang dilanggarnya. Manalah tahu Faris. Boleh lari sama-sama sebab sama-sama lambat.
Apabila Hanan terpandang wajah serius orang yang dilanggarnya, automatik dia terasa bagaikan jantungnya berhenti berdegup. Darahnya terasa turun sampai ke kaki. Dia terasa macam lupa cara bernafas. Matanya sahaja yang masih memandang susuk tubuh di hadapannya, namun sel-sel otaknya bagaikan tidak dapat berhubung dan berfungsi.
"Tak apa," jawab lelaki tersebut. Hanan terus tersentak. Mungkin dia salah orang? Sebab lelaki di hadapannya seperti tidak mengenalinya. Ah, tak kisahlah. Hanan terus menundukkan kepalanya sedikit lalu berjalan pantas melewati lelaki tersebut menuju ke pejabatnya.
"Fuh, safe!" kata Hanan sebaik sahaja dia thumbprint dan meletakkan beg tangannya ke atas mejanya.
"Woi, lambatlah kau! Kau dari mana?" tanya Farhana. Hanan macam nak tergelak melihat Farhana hari ini. Macam terlebih dress-up pulak. Tapi dia terlalu penat untuk ketawa.
Farhana memakai tunic berwarna mustard dipadankan dengan shawl berwarna off white dan heels berwarna hitam. Nampak macam biasa sahaja, tapi Farhana yang sebenar simple saja orangnya. Jadi bila dia pakai macam ni, memang nampak sangat melaramnya.
"Aku tertidur. Tu je. Jangan tanya apa-apa. Aku penat lari," kata Hanan. Farhana tergelak lalu menganggukkan kepalanya.
"Okey, semua dah ada? Saya rasa manager sementara kita dah sampai. Hanan, awak okey tak tu?" tanya Encik Mirza. Hanan mengangkat thumbs up. Dia masih lagi cuba mengatur nafasnya. Fuh, dah lama tak exercise.
Tidak lama kemudian, pintu utama yang diperbuat daripada kaca tersebut ditolak perlahan. Hanan memandang sekelilingnya. Encik Mirza cuba mengekalkan senyumannya, namun nampak sedikit nervous. Farhana sudah nampak excited untuk melihat siapalah pemilik tangan yang menolak pintu tersebut. Faris sudah penat berdiri. Bila nak sampainya ni?
Seorang lelaki bertubuh sedikit sasa, tinggi dan memakai baju turtleneck berwarna khaki dipadankan bersama seluar berwarna coklat berjalan sedikit pantas mendekati meja mereka. Senyuman nipis menghiasi wajahnya.
"Weh Hanan, memang betul-betul handsome lah!" Farhana menjerit kecil di sebelah Hanan. Dia menepuk perlahan tangan Hanan kerana teruja.
Tapi dah pastilah, Hanan tak sedar. Dia tak sedar pun suara-suara yang memuji lelaki yang berjalan mendekati mereka dengan penuh karisma. Dia memang tak sedar yang Faris dah mula mengeluh sebab membazir masa dia. Sebab mata dia memang dah tertumpu kepada lelaki tersebut yang menjadi perhatian semua orang. Wajah yang dia sangat kenal. Senyuman yang dia dah lama tak nampak.
![](https://img.wattpad.com/cover/339286147-288-k432092.jpg)
YOU ARE READING
You Fell First
Romance[EBOOK AVAILABLE - RM 6] WHATSAPP 0176221665 Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap jugak ada seorang lelaki yang tak faham bahasa! Hud A...