Two : So Bothersome

880 32 0
                                    

Waktu Bahasa Melayu. Suara Puan Aminah yang perlahan sahaja, disertai dengan waktu tengah hari begini membuatkan mata Hanan terasa ingin terpejam. Dia pantas menggelengkan kepalanya, cuba untuk menghalau rasa mengantuk yang hinggap. Alamak, airnya dah habis. Lepas zohor nanti baru nak isi. Hanan menoleh ke arah Nadhirah di sebelahnya yang giat menulis nota. Nadhirah memang sukakan subjek Bahasa Melayu. Katanya, Cikgu Aminah cakap slow, sempat dia nak tulis nota lawa-lawa.

Mata Hanan menangkap susuk tubuh Hud yang memandang ke arah luar tingkap kelas. Nampaknya bukan dia seorang sahaja yang tak boleh nak fokus. Dahlah Cikgu Aminah mengajar tak ada tanda koma. Terus aje. Macam manalah dia tak mengantuk.

Nadhirah menepuk meja Hanan sambil mengangkat kening. Sejak dia rapatkan mejanya dengan Nadhirah, esoknya satu kelas bersetuju untuk mereka duduk berdua-dua. Jadi dia duduk rapat dengan Nadhirah sampai sekarang.

"Kau pandang apa? Hud ke?" tanya Nadhirah sambil tersengih-sengih. Bila Nadhirah dapat tahu yang Hud belajar addmaths dengannya haritu, sampai sekarang belum habis usiknya. Dia tak suka pun dengan Hud tu. Mintak maaf banyak-banyak.

"Banyaklah kau. Aku ngantuk ni," kata Hanan perlahan. Nanti Cikgu Aminah dengar, terasa pulak. Walaupun dia rasa cikgu tak dengar pun. Yalah, fokus sangat mengajar tak toleh kiri kanan.

Nadhirah mengangkat bahunya. Manalah tahu. Dia cakap aje.

Setelah tamat kelas Bahasa Melayu yang mencabar kekuatannya, Hanan berjalan keluar dari kelas bersama botol airnya. Dia perlukan air untuk menghadapi kelas selepas Zohor nanti. Lagipun, masa sekarang ni takde cikgu. Lepas isi air boleh sambung study sikit.

Hanan berjalan menuju ke tempat mengisi air yang terletak di hujung koridor. Di situ, terdapat beberapa buah paip untuk mencuci tangan dan sebuah water dispenser. Senang nak isi air. Hanan membuka penutup botol airnya. Botolnya diletakkan di water dispenser tersebut dan air ditadah.

"Hanan," Hanan menoleh. Apa pulak lelaki ni nak? Sejak dia tolong Hud addmaths haritu, macam tak habis-habis pulak lelaki ni menegurnya. Dia tak adalah baik sangat pun, tapi lama-lama geram pulak dengan budak tak reti malu ni.

"Apa?" tanya Hanan acuh tak acuh. Dia memberikan perhatian kepada botol airnya. Kalau tumpah, masalah pulak.

"Kau dah tak nak kawan aku eh?" Hanan mengerutkan dahinya. What the..sejak bila pulak dia cakap tak nak kawan dengan lelaki ni? Overthinking mengalahkan perempuan la.

"Bila masa pulak aku cakap aku tak nak kawan dengan kau? Ke kau dengar isi hati aku? Sorry, tak sengaja tercakap kuat-kuat," perli Hanan. Menuduh dia je tak tentu pasal. Hud tersengih mendengar kata-katanya. Tengok tu, sengih pulak. Dia tak sedar agaknya orang dah menyampah.

"Habistu kau tak tegur aku. Aku ingatkan kau tak nak kawan aku dah," kata Hud. Macam budak-budak betul. Malas Hanan nak melayan. Rasa macam lagi letih layan lelaki ni dari melayan Nadhirah yang kepoh tu. Dia menutup botolnya yang sudah penuh lalu berjalan meninggalkan Hud. Baik dia buat kerja.

"Tunggulah!" kedengaran bunyi tapak kasut Hud mengejarnya. Hanan langsung tidak menoleh. Suka hati la.

***

"Okey, untuk projek kali ni, cikgu nak awak buat video untuk tajuk-tajuk yang cikgu akan bagi nanti. Dan no, tak boleh pilih ahli, nanti ada yang tertindas, salahkan cikgu pulak," kata Cikgu Rizman sewaktu kelas Fizik di makmal. Cikgu Rizman memang mementingkan sama rata, tak ada lebih, tak ada kurang. Semua orang diberikan peluang yang sama.

Dia mengeluarkan sebuah kotak lalu diletakkan di atas meja guru. Kotak tersebut mengandungi 26 batang aiskrim, cukup-cukup untuk 26 orang pelajar kelasnya.

"Okey, dalam ni ada batang aiskrim. Ada 13 nombor, means 13 groups. Satu grup, dua orang. Siapa yang dapat nombor sama, tulah partner awak. Tiada pertukaran dibenarkan. Saya ulang, tiada pertukaran dibenarkan. Okey, datang depan, ambik batang aiskrim ni," kata Cikgu Rizman. Satu persatu murid berjalan ke meja guru untuk mengambil batang aiskrim tersebut.

You Fell FirstWhere stories live. Discover now