Peperiksaan percubaan SPM telah pun tamat. Mereka sudah menerima keputusan masing-masing. Selepas peperiksaan percubaan, cikgu-cikgu banyak meminta mereka untuk membentuk kumpulan supaya dapat mengajar rakan-rakan yang masih lemah dalam subjek tersebut.
Waktu Pendidikan Islam.
"Hanan, aku nak satu grup dengan kau!" kata Hud. Hanan mengerutkan dahinya. Grup dia semua perempuan kot, apsal lelaki ni menyibuk je? Tak malu betul!
"Hud, kitorang semua perempuan kat sini. Kau seriuslah nak join?" Aisyah, rakan sekumpulannya bersuara. Kalau ikutkan Hanan, dia nak biar je Hud tu berdiri lama-lama kat situ. Pandai-pandailah dia nak hidup.
"Ala, takpe. Korang kan kawan aku jugak," balas Hud. Hanan menjulingkan matanya ke atas.
Waktu Kimia.
"Hanan, aku jadi mentee kau! Tak sangka betul," kata Hud. Hanan menarik nafas panjang. What is going on here?
Waktu Matematik Tambahan.
"Hanan, tolong aku soalan ni kejap. Cikgu kata tanya kau dulu," kata Hud sambil menunjuk ke arah bukunya. Hanan menekup mukanya.
This is so annoying! Kenapa lelaki ni selalu kacau hidup dia?! Rasa macam nak menjerit kuat-kuat je kat telinga Hud. Sabar Hanan, ada lagi sebulan je sebelum SPM. Lepas tu kau dah tak jumpa dia dah. Kau boleh, Hanan!
Tapi masa untuk menamatkan SPM tersangatlah panjang. Dia terasa seperti didera sampai jadi gulai. Manakan tidak, kali ni Hud dah makin menduga kesabarannya!
"Hanan," panggil Hud sewaktu mereka baru sahaja lepas rehat waktu tengah hari. Mereka sedang menunggu kedatangan Cikgu Rizman, cikgu subjek Fizik mereka untuk masuk ke dalam kelas. Sementara itu, Hanan termenung seketika. Apabila Hud memanggilnya, dia malas nak menoleh. Apa lagi dia nak? Rasa macam 24/7 dia hadap wajah Hud.
"Hanan, pandanglah aku," kata Hud lagi. Kali ini, seluruh kelas memberikan perhatian terhadap mereka berdua. Disebabkan satu kelas shipkan dia dengan Hud, mestilah mereka tertunggu-tunggu apa yang bakal terjadi.
Hanan menoleh. Wajahnya kaku tidak berperasaan. Muka standard dia akhir-akhir ni. Dahlah makin banyak kena study group yang dia memang tak suka, lepastu ada Hud yang..ah, dia tak rela!
"Kau nak apa?" tanya Hanan. Dia memandang Hud yang sedikit resah. Dia tidak memandang wajah Hanan seperti biasa. Dia ni malu ke apa?
"Aku nak cakap something," kata Hud. Uh-oh, Hanan dapat rasa perkara tersebut bukan apa yang perlu dan ingin didengarinya. Tapi satu kelas tengah memandang mereka.
"Apa?" tanya Hanan lagi. Lambat betullah nak cakap.
"A..aku..,"
"Kau kenapa?" tanya Rafiq tiba-tiba dari arah mejanya. Dia pulak yang geram sebab Hud ambil masa lama sangat. Semua orang dah tak sabar nak dengar. Macam tahu-tahu je apa Hud nak cakap.
"Aku suka kau!" kata Hud kuat. Memang confirm satu kelas dengar. Serentak dengan itu, satu kelas gamat dengan tepukan dan sorakan dari rakan sekelasnya. Rafiq turut ketawa.
"Kau suka aku?" kata Rafiq lagi. Hud menggeleng pantas. Alamak, tulah nervous sangat! Dia terus terkeluar ayat tu sebab Rafiq sergah dia.
"Eh..tak! Maksud aku, aku suka Hanan!" kata Hud lagi. Semakin kuat sorakan mereka. Hanan nampak telinga Hud sudah merah. Dia memandang Hud lama. Apa yang membuatkan lelaki ni boleh suka pada dia pun dia tak tahu. Kalaulah Hud tahu yang dia sebenarnya..
"Aku tahu," that's a lie. Dia tak pernah tahu yang Hud menyimpan perasaan terhadapanya.
"Aku pun suka diri aku," ini pun dia tipu jugak. Dia dah lama bencikan dirinya sendiri. Sekarang ni, dia sedang berusaha sedikit demi sedikit untuk kembali menerima dirinya, dan takdir.
![](https://img.wattpad.com/cover/339286147-288-k432092.jpg)
YOU ARE READING
You Fell First
Romance[EBOOK AVAILABLE - RM 6] WHATSAPP 0176221665 Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap jugak ada seorang lelaki yang tak faham bahasa! Hud A...