One : The Beginning

1.2K 44 1
                                        

"Hanaaann! Yay, kita sekelas lagi!" kata Nadhirah. Hanan yang baru sahaja meletakkan begnya di atas kerusi tersenyum. Macam monyet betullah kawan dia ni. Pagi-pagi dah bising.

"Nurul Nadhirah Binti Mazlan, kita punya rank dekat-dekat je tau. Kau ni, excited betul," kata Hanan. Dia dan Nadhirah menduduki top 10 dalam batchnya. Jadi memang setiap tahun mereka sekelas. Rakan-rakan dalam kelasnya pun memang lebih kurang je.

"Eh, siapa ni? Ada eh budak batch kita nama ni?" tanya Nadhirah sambil menunjuk ke arah senarai nama pelajar kelas 5 Ibnu Battuta di papan kenyataan kelas. Hanan berjalan menghampirinya. Nama yang ditunjuk oleh Nadhirah ditenung lama.

"Hud Al-Hakeem bin Anuar? Tak pernah dengar pun. Maksudnya, dia dah lompat rank. Baguslah tu," kata Hanan. Sistem di sekolahnya memang membahagikan pelajar mengikut kedudukan dalam peperiksaan. Tetapi, ada juga pelajar yang pertengahan dan bawahan diserap ke kelas-kelas pertama dan kedua untuk menerima bimbingan daripada rakan-rakan sekelas yang lain.

"Tak jugak. Maybe dia bottom 40?" kata Nadhirah lagi. Menyibuk je. Hanan mengangkat bahunya. Bukan masalah dia pun.

"Mana ada. Aku top 10 tahun lepas," tiba-tiba satu suara menyapa telinga mereka. Serentak Hanan dan Nadhirah berpaling ke arah pemilik suara tersebut.

Seorang lelaki berjalan masuk ke dalam kelas. Dia meletakkan begnya di meja di baris yang ketiga paling hujung. Tak belakang, tak depan. Paling strategik. Cikgu biasanya tak perasan.

Hanan memandang ke arah lelaki tersebut. Dia mengerutkan dahi. Perasaan dia je ke, atau dia perasan telinga lelaki tu merah?

"Weh!" Nadhirah berbisik. Dia menarik tangan Hanan ke arah tempat duduk mereka yang terletak di baris ketiga juga, hujung lagi satu. Empat buah meja memisahkan mereka dan lelaki tersebut.

"Apa dia?" tanya Hanan. Tiba-tiba je bisik-bisik. Nadhirah kenal ke lelaki tu?

"Tu la lelaki yang selalu pandang kau! Kau tak ingat ke?" sambung Nadhirah. Hanan terus menoleh. Lelaki tersebut memang sedang memandang ke arahnya dan cepat-cepat mengalihkan pandangan. Ah, maksudnya dia nampak telinga lelaki tersebut merah bukan sebab salah nampak.

Hanan menggeleng. Selama ni dia memang tak ambil kisah tentang lelaki yang selalu disebut-sebut oleh Nadhirah. Yang pasti, setiap kali lelaki tersebut memandangnya, Nadhirah mesti perasan dan beritahu dia. Tapi dia tak pernah berminat nak tahu siapa. Tiba-tiba sekarang jadi sekelas pulak.

"Pandai jugak dia. Bukan senang nak lompat kelas. Kau rasa macam mana dia study?" mood menyibuk Nadhirah sudah on. Hanan mengangkat bahu.

"Kau pergilah tanya dia sendiri,"

***

Okey, kalau ada satu perkara yang Hanan boleh simpulkan tentang lelaki yang diberi nama Hud Al-Hakeem tu ialah, dia..banyak cakap! Ingat tak pagi tadi, Nadhirah syak dia macam-macam? Hanan memandang ke arah meja Hud. Kelihatan Nadhirah sedang berbual dengannya. Dah macam best friend dah. Dia ingatkan Hud tu jenis yang pendiam, you know, keep it cool. Walaupun ada rupa, tapi sebab mulutnya yang kepoh, Hanan terus jadi malas nak layan.

Tetapi lelaki tersebut cepat saja berkawan dengan rakan-rakan sekelasnya. Mereka semua terkejut apabila mengetahui yang Hud dah join carta top 5 pelajar paling pandai dalam batchnya. Mereka semua ingin mengetahui rahsia Hud belajar sehingga boleh keluar dari kepompong pelajar pertengahan dan menjadi geng budak-budak pandai.

Sedang Hanan menyiapkan kerja sekolah Fiziknya, tiba-tiba dia terasa mejanya ditepuk perlahan. Hanan mengangkat kepala.

"Kenapa?" tanya Hanan. Tak sangka pula Hud dah merebak sampai ke sini. Ingatkan nak berborak kat tempat dia je.

You Fell FirstTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang