Nine : New Boss?

797 33 0
                                        

"Hud, sini kejap, " panggil Encik Anuar sewaktu Hud baru sahaja balik dari kerja. Dia sedang minum petang di ruang tamu. Hari ini, pembantu rumahnya goreng cucur udang dan air teh. Sedap.

Hud meletakkan begnya di atas sofa. Dia duduk bersebelahan dengan ayahnya.

"Kenapa, ayah? " tanya Hud. Dia turut mengambil sebiji cawan di atas meja lalu dituangkan air teh ke dalamnya. Hud menghirup teh tersebut perlahan-lahan. Lega rasa tekaknya.

"Ayah nak mintak tolong Hud pergi syarikat ni pulak. Tengok-tengokkan syarikat tu. Kalau boleh, naikkan sales kat situ. Tiga bulan je. Boleh? " tanya Encik Anuar. Hud memang berkebolehan, jadi dia sering meminta anaknya pergi ke anak-anak syarikatnya dan membantu memperbaiki masalah sama ada luaran dan dalaman dalam syarikat-syarikatnya. Dan setakat ini, Hud berjaya mengembangkan semua syarikatnya yang pada awalnya agak rapuh dan kurang berjaya. Anaknya memang bijak menyusun strategi dan mencipta peluang untuk meningkatkan jualan di semua syarikatnya. Tak kisahlah syarikat apa pun.

"Boleh je. Kat mana pulak? Bila Hud kena start?" tanya Hud. Satu benda yang dia suka tentang ayahnya, walaupun ayahnya tahu yang dia akan bersetuju, ayahnya tetap meminta pandangan dan persetujuannya. Andai kata kalau dia kata tak nak, ayahnya takkan memaksa. Itulah ayahnya yang sekarang, bukan lagi seperti sewaktu dia kecil dulu. Sekarang, kerjanya memang tolong ayahnya repair apa yang patut dalam semua company ayah dia. Sebab makin banyak company, tak larat ayahnya nak urus sorang-sorang.

Encik Anuar tersenyum mendengar jawapan Hud. Senang je Hud setuju. Anak dia ni memang dengar kata. Tapi gila kerja. Kalau sebut pasal kahwin je, terus anak dia lari. Kalau cakap pasal kerja, laju aje nak.

"Urm, kali ni jauh sikit. Eh, memang jauh la senang kata. Syarikat tu baru je. Tapi ayah rasa Hud ada rumah dekat-dekat situ, sebab tu ayah nak mintak Hud yang pergi. Kalau tak, ayah suruh orang lain je," jelas Encik Anuar. Hud terangguk-angguk. Kalau dekat dengan rumahnya, maksudnya memang jauhlah. Lain negeri dah tu. Maksudnya dia kena duduk rumah tu lepas ni.

"Alah, nanti kesian ayah duduk rumah sorang-sorang. Kalau ayah bosan roger Hud ye. Nanti Hud terbang pergi sini," seloroh Hud. Encik Anuar ketawa sambil mengangguk. Rumahnya besar-besar pun, dia dan Hud je yang ada, campur pembantu rumahnya sekali. Anak perempuannya bekerja di luar negara, jarang nak balik rumah.

"Yelah. Tak pun ayah yang terbang pergi rumah Hud. Manalah tahu," balas Encik Anuar.

***

"Weh korang! Aku ada berita hangat! Sinilah dengar. Faris, stop dulu kerja kau, dengar cerita aku ni," kata Farhana. Mereka yang duduk berdekatan semuanya mengangkat kepala masing-masing memandang Farhana yang begitu bersemangat sekali. Faris yang sedang khusyuk menyiapkan kerjanya terus mengangkat kedua-dua belah tangan apabila Farhana memandangnya tajam. Macam buat salah pulak, padahal Farhana yang ajak gosip time-time kerja ni.

"Apa dia? Kau dah nak kahwin ke?" gurau Hanan. Farhana memang agak desperate dan hopeless kalau bab-bab percintaan. Walaupun orangnya cantik, tapi dia terlalu kurang pengetahuan, atau senang kata, blur bab-bab cinta ni. Tapi tu letak tepi dulu.

"Amin. Harap-harap jodoh aku cepat sampai. Tapi bukan. Aku bagitahu kawan aku yang kerja kat HQ Faleeq Corporation, ada orang nak datang pantau company kita. Lepastu dia cakap, big boss memang selalu hantar orang untuk pantau branch syarikat-syarikat dia, lagi-lagi yang jauh-jauh dan kecik macam company ni. Lepastu dia cakap..," Farhana berhenti seketika. Dia tersenyum lebar. Dia menghentikan ayatnya kerana tidak dapat mengawal rasa teruja. Entah apalah yang nak excited sangat.

"Cakap apa? Lambat la kau ni," kata Faris. Frust kadang-kadang bila Farhana bercerita. Kalau tak suruh sambung, lagi sejam agaknya baru habis senyum tu.

"Ye,ye. Sabar la. Kawan aku cakap, biasanya big boss tu akan hantar anak dia yang pantau. Dan kawan aku kata, dia boleh jamin, anak big boss tu, handsome! Argh, aku harap betullah anak dia yang datang. Aku nak tengok!" kata Farhana jelas teruja. Siapa je tak suka tengok lelaki handsome ni. Daripada tak semangat buat kerja pun boleh jadi semangat.

Rakan-rakan sekerjanya, terutama golongan wanita bersorak riang. Lepas ni, adalah pembakar semangat hari-hari untuk datang office. Taklah lemau je.

Hanan tersenyum sedikit. Ingatkan apalah tadi. Seronok betul diorang ni. Buatnya kalau anak boss tu garang, macam mana?

"Tu je ke dia cakap? Kawan kau takde cakap ke, dia garang ke, baik ke, workaholic ke?" tanya Hanan. Tu yang patut dia tahu. Kalau handsome tapi muka ketat je memanjang, seram jugak dia.

Faris mengangguk pantas. Bagus soalan Hanan. Bukan macam yang lain, dengar handsome je, semua dah ke laut.

Farhana terdiam sejenak, cuba mengingati kembali perbualannya dengan rakannya.

"Kalau tak silap aku, kawan aku kata dia baik. Tak garang pun. Cuma apa yang dia nak, kita kena buat. Workaholic tu..bolehlah," kata Farhana. Mereka semua mengangguk faham. Boleh terima kot. Harap-harap okeylah.

Encik Mirza kata, minggu depan orang tu nak datang. Hanan memandang ke arah kalendarnya di atas meja. Hari ni dah Jumaat. Maksudnya next hari bekerja, mereka sudah akan berjumpa dengan orang tersebut. Rasa tak sabar pulak. Bukan selalu boleh jumpa orang baru. Haha. Tiba-tiba je dia jadi extrovert. Selama ni Hanan tak ambil kisah pun pasal orang lain.

Sebenarnya, masa dia mula-mula masuk kerja, dia cuma bercakap dengan Farhana. Sebab Farhana kawan dia sejak di universiti. Farhana jugalah yang mengheretnya bekerja di sini, walaupun bidang ini memang tidak ada kena mengena dengan kelulusannya. Tapi disebabkan kebolehannya dalam mereka bentuk dalam digital, dia diterima di sini. Dan Hanan tak pernah rasa menyesal. Mungkin memang ini rezekinya. Okey sambung, selepas beberapa lama dan cubaan-cubaan rakan sekerjanya yang lain untuk menegurnya, akhirnya Hanan beranikan diri jugak berbual dengan orang lain.

Dia tahu, dulu dia tak macam tu. Dia okey je dengan semua orang. Tapi sejak benda tu berlaku..entahlah. Dia macam tak boleh nampak semua manusia as human beings lagi. Tapi, kawan-kawannya di sini memang baik-baik sahaja. Hanan selesa bekerja di sini. Tak apalah gaji tak besar mana pun. Hidup je dia sampai sekarang.

***

Hud memandang ke arah siling biliknya. Dia yang sedang berbaring di atas katil bergolek ke kiri. Ini last day dia di rumah ayahnya sebelum dia kena balik semula ke rumahnya. Nak kena buat beberapa preparation sebelum masuk kerja. Nak kena tengok macam-macam benda dulu. Rancang apa yang patut.

"A..aku suka kau!"

"Tahu. Aku pun suka diri aku. Yang penting, aku tak suka kau."

Telinga Hud terus bertukar merah. Kenapa dia boleh teringat insiden tu tiba-tiba?! Dah lama dia lupakan peristiwa tersebut. Dah lama sangat dia tak dengar berita tentang perempuan tu. Nama dia pun Hud tak nak fikir.

Kenapalah dia terlalu shameless dulu? Tak matang betul! Hud mengeluh perlahan. Apa khabar dia agaknya ya? Bila difikir-fikir balik, sampai sekarang dia tak tahu sebab perempuan tersebut tiba-tiba menjauhinya. Berani betul dia reject Hud depan-depan. Sakit pulak hati.

You Fell FirstTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang