Fifteen : Misunderstanding Or Fate?

681 23 1
                                    

Hud memandang ke arah luar cermin pejabatnya. Matanya menangkap bahagian tepi wanita yang sering mencuri senyumannya. Khusyuk betul dia buat kerja.

Meja-meja untuk pekerja di luar pejabatnya disusun berbentuk petak yang besar, dan untung untuk dia, meja Hanan terletak betul-betul di hadapannya, sebab Hanan duduk di barisan paling hujung. Dia boleh nampak meja Farhana, Hanan, dan Faris, tapi Hanan lah yang dia tengok selalu. Melihat kesungguhan Hanan bekerja menjadi pembakar semangatnya hari-hari.

Hud teringat sewaktu dia menghadiri majlis persandingan Nadhirah dan suaminya yang diadakan di dewan berdekatan dengan rumah mereka. Majlis yang diadakan boleh dikatakan agak grand juga sebenarnya, sebab ayah Nadhirah memang berduit. Seronok bila datang.

Tapi lagi seronok bila dia nampak Hanan yang manis berbaju kurung berwarna ungu cair. Dia ingat lagi sampai sekarang. Dengan perempuan lain, memang dia tak pandang pun, walaupun dia dapat rasakan ramai perempuan pandang dia. Tapi bila nampak Hanan, matanya macam tak nak beralih ke tempat lain. Macam magnet.

Itu cerita masa majlis kahwin Nadhirah. Sekarang Hanan dah jadi macam Hanan yang biasa, yang tak bercakap dengannya kecuali bila perlu. Dia frust jugak apabila Hanan macam tidak mengenalinya. Macam mereka betul-betul stranger yang baru jumpa semasa dia menjejakkan kaki ke sini.

Hud mengerling ke arah jam di tangannya. Rolex berwarna silver ini ayahnya yang belikan semasa dia menuntut di universiti, dan dia pakai sampai sekarang.

11.30 pagi. Oh, dia kena jumpa klien pukul 12. Baik dia gerak sekarang. Hud pantas mencapai begnya dan melangkah keluar dari pejabat.

Kelihatan Hanan juga bangun dari tempat duduknya dan mencapai beg tangan dan beg laptopnya.

"Nak pergi mana?" tanya Hud. Hanan tersentak seketika, terkejut Hud berada di belakangnya. Dia menoleh lalu mengerutkan dahi memandang Hud yang turut membawa begnya. Nak keluar jugak ke?

"Nak keluar sekejap. Jumpa author," jawab Hanan ringkas. Hud menganggukkan kepala.

"Nak naik saya tak?" soalan tersebut membuatkan kening Hanan semakin berkerut. Apa pasal pulak bos nak tolong tumpangkan dia jumpa klien?

Farhana dan Faris turut menoleh. Farhana menjongket keningnya dan menyenggol peha Hanan yang berdiri di sebelahnya.

"Eh, takpe kot. Saya boleh bawak kereta saya sendiri. Nanti susahkan Encik Hud je," haih, dia masih belum boleh biasakan diri panggil Hud dengan Encik kat depan. Rasa nak tergeliat lidahnya.

"Tak susah pun. Carpool. Jimat gas. Save the earth. Jom," kata Hud pantas. Kata-katanya bukan lagi berbentuk pertanyaan, tapi lebih kepada arahan. Hud mengalihkan pandangannya lalu berjalan meninggalkan Hanan yang masih teragak-agak untuk mengikutinya.

"Pergi jelah Hanan. Jimat minyak kau," kata Farhana lagi. Hanan berdecit perlahan. Macam-macamlah. Dia segera mengatur langkah menuruti langkah Hud yang sudah jauh ke hadapan. Alamak, janganlah tinggalkan dia. Tadi cakap nak tumpangkan.

Hanan berjalan mendekati Hud yang sudah berdiri di sebelah pintu keretanya. Apabila dia melihat Hanan menghampirinya, Hud membuka pintu lalu masuk ke dalam.

Hanan terkaku seketika di hadapan kereta Audi berwarna putih milik Hud. Satu benda yang tak ada siapa pun tahu, tapi Hanan sangat, sangat, dan sangat minat kereta Audi. Datanglah Lambo sekalipun, kereta Audi jugak yang Hanan pandang. Dia sedang mencuba sedaya-upaya untuk menahan senyuman dan tidak menampakkan yang dia memang terlalu teruja untuk masuk dalam kereta Hud.

Dahlah kereta lelaki, kawal sikitlah Hanan, dia bermonolog sambil membuka pintu kereta di sebelah kiri. Hanan melabuhkan punggung di kerusi berlapik kulit berwarna hitam di dalam kereta tersebut. Rasa berdosa pulak nak duduk. Hud memandangnya malas.

You Fell FirstWhere stories live. Discover now