Nineteen : Oh My Goodness

586 24 0
                                    

"I.. want.. coffeeee, " kata Farhana dari arah mejanya. Matanya kuyu, mesti masih lagi dalam mood cuti hujung minggu.

Hanan tersenyum memandang rakannya yang sudah meletakkan kepala ke atas meja. Jam baru menunjukkan pukul 10 pagi. Patutnya masih lagi bersemangat, tapi semua orang macam belum berpijak di bumi nyata.

"Ah, tak boleh jadi! Nak keluar kejap, pergi kafe. Siapa nak kirim? Order cepat, " kata Farhana seraya berdiri dari tempat duduknya. Dia meregangkan badannya sedikit.

"Oh, kalau macam tu, nak latte, " kata Faris dari tempat duduknya tanpa menoleh ke arah Farhana. Farhana mencebik. Laju je dia ni.

"Ha, yelah. Lain? " dia mengeluarkan telefonnya, sedia mencatat pesanan rakan-rakan sekerjanya. Mereka memberikan pesanan masing-masing. Nampaknya semua pun kurang tenaga pagi-pagi ni.

Setelah mengambil pesanan, Farhana mencapai begnya lalu berjalan menuju ke pintu. Baru sahaja dia ingin membuka pintu utama, pintu tersebut terbuka dari luar.

Hud melangkah masuk ke dalam bersama dua cawan kopi di tangannya.

"Eh, Encik Hud? Baru sampai ke? " tanya Farhana, berbasa-basi. Tadi macam dah tak bersemangat, kali ni dah tersenyum lebar pula.

Hud menggeleng.

"Saya dah sampai 8.30 tadi, keluar kejap," balas Hud bersama senyuman sebelum berjalan menuju ke biliknya.

Apabila kakinya menghampiri meja Hanan, Hud meletakkan secawan kopi ke atas mejanya. Hanan yang sedang memeriksa emel menoleh ke arah cawan kopi tersebut sebelum mendongak memandang Hud yang tersengih.

"Untuk saya ke? " tanya Hanan blur. Rasa macam tak patut ambik je. Semua orang memandang mereka dengan senyuman simpul.

"Yalah. Dah saya letak atas meja ni. Ke ni bukan meja awak? Sorry, " balas Hud. Hanan mendengus perlahan. Yalah, whatever.

"Okey, thank you, " kata Hanan lalu menghidu kopi tersebut.

"Caramel macchiato," kata Hud. Hanan mengangkat kedua-dua belah keningnya. Wah, favourite dia. Hud tahu ke? Dia rasa nak tanya, tapi Hud sudah berjalan meninggalkannya.

"Hanan je ke? Kitorang?" kedengaran suara Raihan bertanya dari mejanya. Hud tersengih sambil membuka pintu biliknya.

"Sorry, ada dua je, " kata Hud sebelum masuk ke dalam bilik.

Hanan masih lagi memandang kopi di tangannya sebelum dihirup perlahan. Segar rasa. Hatinya masih lagi memikirkan macam mana Hud boleh tahu kopi kesukaannya. Tak kisahlah. Jimat duit.

***

"Ibu! Ibu sihat?" tanya Hanan mesra kepada ibunya di hujung talian. Kedengaran suara Puan Zulaikha ketawa kecil.

"Sihat je. Ibu kacau Hanan kerja ke? " tanya Puan Zulaikha. Dia tahu sekarang waktu rehat Hanan, tapi risau pula kalau Hanan tengah buat kerja lagi.

"Taklah. Sekarang kan waktu rehat. Hanan baru nak keluar makan. Yang lain semua dah gerak dulu, " balas Hanan. Dia baru sahaja ingin mengambil begnya dan turun makan bersama yang lain ketika telefonnya berdering.

"Oh. Alamak, kalau macam tu ibu tak boleh cakap panjang-panjanglah. Ibu straight to the point je la. Hanan nak kahwin ke tak?" tanya Puan Zulaikha pantas.

Hanan rasa macam terlupa cara untuk bernafas. Jantungnya bagai terhenti. Time-time nak rehatkan kepala dan minda ni pulak ibunya tanya soalan macam ni?! Dia sebenarnya terlupa nak fikir panjang pasal perkara ni. Ingatkan bila dah bawak balik jumpa ibu dah cukup.

"Kahwin apa? Maksud ibu?" tanya Hanan.

"Alahai Hanan ni. Buat-buat tak faham pulak. Meh ibu cakap dan jelaskan ye,"

You Fell FirstWhere stories live. Discover now