Forty-seven : Inevitable

744 26 0
                                        

Aulia terus berlari. Dia tahu benda tersebut masih lagi mengejarnya.

Macam manalah nasib dia boleh macam ni? Dah lama tak hiking, tiba-tiba boleh terjumpa bab-- khinzir hutan pulak. Nak buat macam mana, ni memang rumah dia. Tapi Aulia tak sangka dia yang akan jadi insan bertuah untuk terjumpa haiwan yang selalu disebut manusia ni.

Bunyi khinzir tersebut mendengus semakin mendekat. Aulia menggigit bibirnya, menahan rasa untuk menjerit. Dia tak suka jerit, dia tak nak jerit, dia tak nak tarik perhatian orang lain. Tapi bila dia dapat rasakan khinzir tersebut macam empat langkah sahaja di belakangnya dan makin mendekat, dia tak dapat tahan lagi.

"Aaaaaahhhhhh!" Aulia menjerit dan terus berpusing ke kanan. Dia tahu khinzir susah nak belok. Tanpa berpaling ke belakang, dia terus berlari sekuat hatinya.

Akhirnya, dia menoleh apabila dia sudah tidak mendengar bunyi haiwan tersebut lagi. Bibirnya mengukir senyum dalam kelelahan apabila dia tidak lagi dikejar.

Belum sempat dia hendak menoleh semula ke hadapan, tiba-tiba kakinya tergelincir. Aulia terjatuh dan tergolek jatuh ke bawah.

Dia tidak dapat menahan pergerakan badannya. Tangannya cuba mencapai apa-apa ranting kayu ataupun batang pokok tetapi tidak berjaya. Dia dapat rasakan tangan dan kakinya terseret dan bergeser dengan tanah serta rumput. Pedih.

Bukk!

Akhirnya dia terhenti apabila tubuhnya terlanggar sebatang pokok besar yang berada di laluannya. Aulia cuba untuk bangun tetapi seluruh tubuhnya terasa sengal. Tangannya menolak tubuhnya ke atas untuk bangun, dan dia mengerang kesakitan.

Aulia duduk bersandar di pokok tersebut. Tangannya yang kotor dibersihkan. Dia mengeluh melihat seluarnya yang terkoyak, mungkin kerana terseret tadi.

Dia menyandarkan kepalanya di pokok tersebut. Reconsidering life desicions. Kenapa dia bijak sangat nak naik gunung ni? Kenapa dia tak fikir dulu? Kenapa dia bertindak melulu? Aulia yang dia kenal sentiasa fikir dulu sebelum ambik keputusan. Jadi kenapa? Kalaulah--

"Aulia?" suara seseorang yang sangat dikenali membuatkan Aulia mengangkat kepalanya.

Faris berdiri di hadapannya. Faris. Faris..?

Faris ketawa kecil melihat Aulia. Ketawa lega. Lega melihat seseorang yang dikenalinya setelah sehari dia di sini.

"Kau buat apa kat sini? Bukan ke kau kata tak nak hiking?" tanya Faris lalu berjalan mendekatinya. Aulia memandang Faris atas bawah. Untuk seorang yang dah hilang sehari kat gunung, Faris nampak surprisingly calm. Collected. Macam hilang kat gunung tu ada kat jadual dia pulak.

"Kau okey tak? Mak kau cakap yang kau tak balik lepas hiking semalam," tanya Aulia dengan nada risau. Mungkin tak macam risau sangat, memandangkan Faris punca dia ada kat sini. Keadaan yang macam ni. Ugh.

Faris buat muka terkejut sambil dia duduk di sebelah Aulia. "Mak aku cakap dekat kau? Weh, jangan cakap kau datang sini sebab nak cari aku?" tanya Faris. Dia ingin bergerak mendekati Aulia, tetapi dia mengerang sedikit.

Aulia terus memandang kaki Faris. "Kau sakit ke? Kat mana?" dia ingin menyentuh kaki Faris, tetapi dia menghentikan pergerakannya. Okey, Aulia, stop. Batas.

Faris merenung Aulia lama. Dia tersenyum.

"Aku okey jelah. Kau tak jawab soalan aku lagi. Apa kau buat kat sini? Takkan sebab aku kot?" Faris buat muka tak percaya. Memang takkan percaya pun kalau Aulia cakap yang itu sebab sebenarnya.

"Hmmm...maybe? Ah, lupakan pasal tu. Kau cedera kan? Jom, turun," kata Aulia lalu ingin bangun dari duduknya, tetapi dia pantas duduk semula. Kakinya terasa pedih.

You Fell FirstTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang