Sedar tak sedar, dua bulan sudah berlalu. Tinggal sebulan sahaja lagi Hud akan bekerja di syarikat bersama dengan Hanan.
Sebenarnya yang paling penting, dah sebulan Hanan bertangguh nak bincang dengan Hud pasal keputusannya untuk berkahwin.
Seram la. Mungkin Hud pun ingat dia tak serius dan sekadar bawak lelaki tu balik rumah ibu dia je. Takde maksud lain pun, kan? Tak payahlah berharap sangat.
Tapi, jauh di sudut hati Hanan, dia inginkan perkahwinan ni. Dengan Hud sebagai pengantin lelakinya.
Sepanjang sebulan ini, Hud langsung tidak mengganggunya. Dia tak bertanya apa-apa berkaitan Hanan, tak pressure Hanan. Usik tu mestilah ada. Pelik pulak kalau senyap je.
Sepanjang sebulan ni jugak, Hud sering membawakannya kopi pada waktu pagi. Penat Hanan nak melayan ayat-ayat rakan-rakannya yang memandang dan bertanya macam-macam. Bukannya apa pun. Act of kindness je. Hanan kan kawan dia.
Kan?
Dan sekarang, Hanan memandang ke arah pintu pejabat Hud lama. Dari mejanya, dia boleh nampak wajah Hud yang masih serius sambil memandang skrin komputernya.
Rakan-rakannya semua sudah pulang ke rumah. Waktu kerja dah habis. Dia seorang sahaja yang masih lagi tercegat di meja. Hanan beritahu Farhana yang dia hendak menyiapkan design lagi satu buku, tapi sebenarnya dah siap pun. Dia mencari peluang untuk berhadapan dengan Hud dan sebut tentang perkara ini sekali lagi. Jawapannya berkaitan ajakan Hud untuk berkahwin.
Hanan menarik nafas panjang sebelum berjalan menuju ke pejabat Hud. Walaupun pintunya sentiasa terbuka, dia tetap mengetuk pintu. Hud yang ralit memandang skrin komputer mendongak memandang Hanan yang tersenyum sedikit.
"Kenapa belum balik lagi?" wah, Hud memang dah lain macam. Sejak bila dia pandai cakap baik-baik macam ni? Seriously, ada yang tak kena dengan lelaki di hadapannya ini.
Hanan mengambil tempat di kerusi kulit di hadapan Hud sebelum menjawab.
"Waktu kerja dah habis, jadi saya nak cakap pasal personal business pulak. Boleh ke?" kata Hanan. Kalau Hud jawab yang dia sibuk, terpaksalah dia cari waktu lain. Walaupun mulutnya memang dah gatal nak cakap. Penat tunggu lama-lama.
Hud menggerakkan kerusinya menjauhi skrin komputer, memberikan tumpuan penuh kepada Hanan di hadapannya.
"Cakap pasal apa?" Hanan menggigit bibir. Nilah masanya, Hanan. Cakap je la. Makin lama tunggu, makin terseksa kau nanti.
"Saya rasa..saya setujulah," kata Hanan. Hud mengerutkan dahi lalu keningnya diangkat sebelah.
"Setuju apa?" Hud tersengih sedikit. Hanan dapat rasakan yang Hud faham maksudnya, cuma sengaja buat-buat tak faham. Ataupun dia cuma terhibur tengok muka Hanan yang malu sekarang ni.
"Setuju untuk..kahwin dengan awak?" Hud ketawa.
"Is that a question?"
Hanan menggeleng perlahan. Pelik-pelik je intonasinya. Tapi bolehlah tu. Dia gementar sedikit, malu tak payah cakaplah. Rasa macam nak lari je sekarang. Tangannya digenggam perlahan, cuba memberikan kekuatan pada dirinya.
"Betul? Memang setuju ke atau kau rasa terpaksa?" tanya Hud. Kali ini Hanan pula mengerutkan dahinya. Terpaksa apa pulak? Takkanlah dia nak kahwin sebab kena paksa? Bukannya kahwin ni sehari dua.
"Kenapa pulak terpaksa? Siapa yang nak paksa saya?" balas Hanan dengan soalan. Hud mengangkat bahu. Dia merapatkan kedua-dua tangan dan dibawa ke dagunya.
"Manalah tahu kan. Lagipun, tiba-tiba je. Aku ingatkan kau tak nak kahwin. Sebab kau macam terlalu..limitkan semua orang dari hidup kau," kata Hud.
Hanan mengetap giginya. Ayat Hud memang tak salah, tapi hatinya terasa panas. Gaya Hud macam memperlekehkan dirinya. Hanan meletakkan tangannya ke atas meja. Matanya memandang tajam ke arah Hud.
ANDA SEDANG MEMBACA
You Fell First
Romance[EBOOK AVAILABLE - RM 6] WHATSAPP 0176221665 Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap jugak ada seorang lelaki yang tak faham bahasa! Hud A...
