SENJA petang itu mula menampakkan diri, terhampar elok di dada langit, menjadi jamahan mata setiap orang yang mengaguminya.
Duduknya seorang gadis di tepi laluan joging taman rekreasi pada petang itu, sibuk mengamati langit jingga di atas sana.
Heyn Aralyn, seorang penggemar langit jingga. Jingga itu baginya menenangkan, meneteramkan hati. Juga, mendatangkan senyuman pada ulas bibirnya.
Lensa kameranya dihala ke atas, cuba sehabis baik untuk menangkap foto dada langit petang itu.
Namun secara tidak sengaja ketika dia ingin menurunkan lensa kameranya, dia tertangkap gambar seorang lelaki yang sedang berjoging di sekitar situ.
Heyn kaget. Dia membuntangkan matanya. Ibu jari menekan butang pada badan kamera kesayangannya untuk melihat gambar yang tidak sengaja dia jepret tadi.
Gambar itu menunjukkan lelaki tadi seakan sedang merenungnya. Tiada secalit senyuman terhias di bibir lelaki itu. Kejung saja mukanya. Paras lelaki itu juga nampak sedikit tidak jelas.
Tapi...
“Handsome, siut!” Heyn menjerit tanpa niat. Tak lama kemudian, dia berdehem kerana banyak mata-mata sudah memerhatinya pelik.
Heyn mengzum gambar itu dekat-dekat, memerhatikan mata lelaki asing tadi. Netra coklat cair lelaki itu kelihatan indah terkena biasan cahaya matahari. Dia tersengih melihat keindahan mata lelaki itu.
Dia menurunkan kameranya. Pulang dia ke rumah petang itu bersama senyuman yang mekar bak mekarnya bunga di sekitar taman rekreasi tadi.
Semoga, lelaki asing itu dan dia dipertemukan sekali lagi.
Dengan izin semesta.
YOU ARE READING
Langit Jingga
Teen Fiction[KNOWN AS: HEYN + IMAN] Cerita biasa. Perihal dua manusia berkongsi cerita di bawah lentera dunia. Cerita biasa. Bagi dua jiwa nelangsa yang cuba berdamai dengan duka. Cerita biasa. Kedua mereka mencipta cereka dan menjadikan saksi mereka langit jin...