LATIHAN demi latihan, raptai demi raptai dijalankan, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Hari Anugerah Cemerlang SMK Denai Jaya akan belangsung tepat pukul 8.30 malam ini, di hotel Arcellsky, hotel bertaraf empat bintang di tengah ibu kota.
Heyn dan Iman sama-sama menunggu Ayu habis diseolek di luar bilik persalinan/
Heyn buat-buat sibuk membaca sekali lalu skrip pengacara. Walhal tangannya sudah bergementaran teruk. Mana lagi dengan Iman begitu kacak sangat sekarang ini. Dia rasa nak hantuk aje kepala dekat dinding!
Mereka memakai busana yang sepadan. Iman memakai kemeja bewarna hitam dibaluti oleh blazer bewarna putih.
Heyn pula, memakai gaun kembang bewarna putih dan shawl satin yang setona. Romannya dirias dengan solekan tipis. Kaki pula dipakaikan kasut tumit beruncing tinggi, membuatkan tingginya bertambah dan hampir menyamai tinggi Iman.
"Jadi... persembahan kita sebelum persembahan penutup? Ada salin-salin baju ke?" Heyn sekadar bertanya menghilangkan kekok.
Iman menggeleng. "Gak ada."
"Oh." Sambung baca skrip semula.
Okey... nak cakap apa lagi? Kekoknya!
'Ayu pun make-up apa lama sangat? Sikit-sikit dahlah! Kan dah cantik. Aku yang tak berapa nak cantik pun make-up sikit-sikit je!'
"Heyn,"
"Ya?" Bulat mata Heyn memandang Iman. Dia cela-cela dalam hati tadi tak terbocor keluar dari mulut, kan?
"Deg-degan..." Iman memegang dadanya. Dia membuat mimik muka seakan semput.
Heyn ketawa. "Tarik nafas, hembus. Awak boleh buatlah! Kan ketua pelajar? Mesti dah biasa cakap depan orang ramai, kan?"
"Bukan deg-degan karna itu, sih," nafinya perlahan.
Heyn mengerjap bingung. "Habis tu? Kenapa?"
Iman menguntum senyum kecil. "Gak." Dia menolak untuk berkata apa-apa yang buatkan gadis itu tidak selesa lagi.
'Karna kamu cantik, Heyn. Banget.'
'Cantik gila!' Heyn memuji dalam hati. Bila Ayu berdiri sebelah dia, terasa kerdil pula. Terasa hina. Tak tahulah kenapa.
"Sorry, lambat." Ayu sengih bersalah. "Okey ke?" Dia meminta pendapat dari dua orang rakan pengacaranya.
Iman mengangkat jempolnya. "Okey banget."
Heyn angguk-angguk. "Cantik, Ayu! Mesti nanti semua orang tengok awak tak lepas."
'Oh, how I wish I was you.'
"Aish." Ayu mengibas tangannya. "Heyn pun cantik juga malam ni."
'You can't be me.'
"Para pengacara, dijemput masuk ke dewan sekarang!" Cikgu Intan, pengurus utama majlis Hari Anugerah Cemerlang membuat pengumuman melalui pembesar suara.
"Okey, jom." Ayu berjalan terlebih dahulu mendahului Heyn dan Iman.
Iman melambatkan langkahnya. Sengaja. Dia mahu berjalan di sebelah Heyn.
"Jom," sahut Heyn. Kain gaunnya diangkat supaya senang dia melangkah.
"Hati-hati. Ntar jatuh," pesan Iman. Dia bukan boleh tolong kalau Heyn jatuh.
"Yaaaaa, saya hati-hati." Heyn senyum. Terharu, Iman ambil peduli.
"PENCAPAIAN Anugerah Pelajar Contoh Lelaki Terbaik bagi tahun ini jatuh kepada... Muhammad Iman Affan bin Sunardi!" Ayu mengumumkan anugerah tersebut.
YOU ARE READING
Langit Jingga
Teen Fiction[KNOWN AS: HEYN + IMAN] Cerita biasa. Perihal dua manusia berkongsi cerita di bawah lentera dunia. Cerita biasa. Bagi dua jiwa nelangsa yang cuba berdamai dengan duka. Cerita biasa. Kedua mereka mencipta cereka dan menjadikan saksi mereka langit jin...