bab 37 ☼

95 14 10
                                    

IMAN sedarkan diri dalam keadaan dia dijeruk peluh. Benda pertama dia nampak adalah syiling putih dan lampu kalimantang. Benda pertama dia hidu pula adalah bau ubat-ubatan yang menyengat rongganya.

Hospital.

Dia di hospital sekarang.

Kakinya kekebasan. Lengan seseorang yang memeluk sebelah kakinya dipandang.

Izz berpakaian rasmi kerjanya. Dia tertidur di hujung katil Iman.

Dari berbaring, Iman menaikkan sedikit kepalanya. Terbatas tingkahnya gara-gara keperitan menjalar di sekitar tenggoroknya tanpa amaran. Dia terbatuk-batuk kuat.

Izz terkapa-kapa bangun mendengar bunyi dari abangnya. "Eh, abang! Benter!" Botol air di atas lantai dibuka penutupnya.

Dia berhati-hati menyuakan mulut botol air tersebut ke bibir abangnya. "Bismillah..."

Iman mengeluh lega. Tekaknya sudah tidak sekering gurun sahara. Nikmatnya seteguk air.

"Kenapa abang di sini?" Iman tak dapat meningati dengan baik apa yang telah terjadi kepadanya sebelum dia dibawa ke sini.

"Abang pingsan. Dehidrasi," jawab Izz. "Kafein dalam badan abang banyak."

Pengsan.

Sekejap. Ada sebab lain kenapa dia pengsan. Sesuatu terjadi antara dia dan Heyn.

"Telefon! Telefon abang mana?" Iman gelabah. Dia bangun dan menyeluk bawah bantal. Menyelak kain selimut. Memeriksa nakas si sebelah katilnya.

Gawat!

"Ini." Izz menghulurkan telefon bimbit milik abangnya.

Iman cepat mengambilnya. Buka. Nombor Heyn dihubungi.

This was the voicemail of a number...

"Ih..." Iman tidak puas hati. Dia mencuba lagi.

Hasilnya sama. Heyn tidak menjawab panggilannya.

Tidak mahu mengalah, Iman membuka pula ruangan sembang mereka berdua. Gambar profile Heyn sudah hilang. Jari Iman semakin berpeluh dan terketar-ketar menekan abjad pada papan kekunci telefon bimbitnya. Sampai-sampai jarinya tergelincir, tertekan huruf lain.

Heyn
Heyn, tolonh
Heyn, saya hak sengsja
*Gak
*Sengaja
Heyn, jawan ya?
*Jawab
Heyn, saya mohon maas
*Maaf
Jangan lari, cantik
Kita harus kompromi

Semua kiriman itu bertanda tick satu bewarna kelabu.

Kelopak mata Iman sudah bergelinang. Dia mengenggam objek pipih itu.

"Kenapa?" Izz bertanya ekoran melihat air mata abangnya luruh.

Iman terus menarik Izz ke dalam pelukannya. Badan adiknya itu hangat. Haba antara pelukan mereka menjadikan Iman lebih nyaman.

"Abang?"

"Abang lemah, Izz. Bisa jadi kekuatan abang, gak?"

Izz diam dulu. Jawapannya diberikan melalui perbuatannya yang mengurut belakang badan abangnya lembut.

"Abang kenapa?"

"Sakit, Izz." Air mata Iman merembes keluar lebih deras.

"Sakit di mana?"

Iman menarik nafasnya. Kedengaran tajam. Jantungnya berdetak lemah dari kebiasaan.

"Sakit ini, yang sama dia rasakan?"

Izz mengerutkan dahinya kebingungan. "Dia? Siapa?"

"Gadis yang abang cintai," jawab Iman parau.

"Kakak Heyn?" tebak Izz.

Langit JinggaWhere stories live. Discover now