"AKU nak meroyan weh waktu tu." Heyn memegang dadanya penuh dramatik. Dia sekarang ini sedang bercerita hal yang terjadi semalam kepada rakan-rakannya.
"Semalam okey lagi. Hari sebelum semalam lagi aku malu teruk. Hari yang aku datang meroyan dalam grup tu kan, dia datang tanya aku macam-macam, tau? Aku gagap gila jawab soalan dia." Heyn kesal. Susah tak ada bakat berlakon ni. Mesti nampak kentara dia sukakan Iman.
"Dia tanya apa?" Nia menyoal antusias, ingin tahu.
"Tanya nama akulah, pernah jadi pengacara ke tak. Macam gitu jelah." Heyn tekup mulutnya. Taknak ingat balik! Dia segan!
"Baru tanya benda macam tu dah gelabah. Belum ajak kahwin lagi tu," usik Fafa. Saja nak suruh pipi Heyn merah lebih-lebih.
"Diamlah!" Heyn menyangkal. Dia menyembamkan kepala di atas mejanya. Mata sudah berair kerana terlalu banyak rama-rama bertebangan dalam abdomennya.
Fafa, Nia dan Syu ketawa. Fungsi sangat ada kawan macam diaorang bertiga ni!
"Eh, lepas ni masa apa?" Syu pula tiba-tiba gelabah. Dia jenguk jadual waktu yang tertampal pada papan kenyataan di hadapan kelas.
"Matematik," jawab Nia singkat.
"Bongok! Kerja Cikgu Maslan aku tak siapkan lagi!" Buru-buru gadis itu balik ke tempatnya.
"Hah?" Heyn angkat kepala. "Kerja apa?"
"Kerja dua hari lepas."
"Lah? Kena hantar ke?"
Nia menjuihkan bibir seraya menggeleng. "Tak payah pun. Saja nak tengok dia gelabah sorang-sorang."
Heyn ketawa. "Jahat." Tapi dia suka.
"Heyn, tu. Orang cari," beritahu Siti, rakan sekelasnya. Sakan si Heyn melepak sampai orang panggil pun tak dengar.
"Oh?" Heyn bangun. Dia mendapati Ayu sedang berdiri di luar pintu kelasnya. Tahulah dia kenapa Ayu datang menurutnya.
Berbalik memandang Fafa dan Nia, dia bersuara, "Chaw dulu, geng. Perlu berkhidmat untuk sekolah." Dia membuat aksi menabik hormat.
"Cie, mau ketemu sama ayang." Fafa mencucuk-cucuk bahagian tepi pinggang Heyn.
"Belum betul-betul jadi ayang aku lagi tapi menurut gue aamiin, deh." Sempat Heyn membalas gurauan Fafa, mengundang jeritan geli dari Nia.
"Jom," ajak Heyn sesampainya dia di sebelah Ayu.
Ayu senyum. "Jom."
HEYN jejakkan kaki masuk ke dalam Dewan Kejora. Gamat dewan itu dibanjiri suara-suara para pelajar yang akan terlibat pada Hari Anugerah Cemerlang nanti. Sebaik dia menjejakkan kaki, bayang Ayu di sebelahnya lesap. Tengok-tengok, dia sedang menghulurkan tangan membantu menyusun kerusi-kerusi.
Tinggal Heyn sorang tercegat di situ. Dia jadi kekok melihat sekelilingnya bekerja selain dia. Dia mula tercari-cari sesiapa yang perlukan bantuan.
Jumpa! Di atas pentas sana seorang pengawas lelaki tampak seakan sedang dalam kesulitan dan perlukan bantuan.
Selangkah Heyn bergerak, dia berhenti mendadak.
Pengawas itu tak lain dan tak bukan adalah Iman Affan!
Okey... bertenang. Pergi tawar pertolongan aje.
Heyn sambung berjalan menuju ke arah Iman di atas pentas sana. Dia berdehem kecil. "Er... boleh saya tolong?" Tangan sudah disuakan, bersedia menerima kotak berat dalam pegangan Iman.
"Gak usah. Ini berat." Iman menggeleng. Namun, dia tidak mahu menolak niat suci gadis itu. "Tuh, di sana ada kotak lebih kecil dari ini. Lebih ringan." Tunjuknya menggunakan dagu.

YOU ARE READING
Langit Jingga
Teen Fiction[KNOWN AS: HEYN + IMAN] Cerita biasa. Perihal dua manusia berkongsi cerita di bawah lentera dunia. Cerita biasa. Bagi dua jiwa nelangsa yang cuba berdamai dengan duka. Cerita biasa. Kedua mereka mencipta cereka dan menjadikan saksi mereka langit jin...