bab 14 ☼

84 16 3
                                    

MINGGU ketiga persekolahan bulan Februari, tiada yang menarik berlaku dalam hidup seorang Iman Affan selain daripada hampir setiap hari dia menerima bekal misteri kiriman H.

Pada kejutannya, bekal-bekal itu datang setiap dengan menu yang berbeza-beza. Rasanya juga enak.

Iman menceritakan perihal ini kepada Wafiq semasa dia memberikan bekal itu kepada Wafiq.

"Buat kamu. Hari ini saya puasa."

"Eh? Makanan lebih dari asrama ke ni?" Wafiq bersuara aneh tapi tangan tetap menerima huluran Iman.

"Bukan. Bekal."

Wafiq bertambah pelik. "Bekal?"

"Ada yang beri saya bekal ini."

Wafiq membelalakkan matanya. "Siapa?"

"H," jawab Iman singkat.

"Siapa H?"

"Saya juga tertanya-tanya, sih H itu siapa. Soalnya dia cuma tinggalin notes di dalam bekas itu aja tanpa kasi tau nama sebenarnya siapa," keluh Iman. Dia sudah penat berteka-teki sendiri. Sudah seminggu lebih dia menerima bekal-bekal makanan itu. Sudah tiba masanya untuk dia mengetahui pemberinya siapa supaya dia dapat mengucapkan terima kasih.

"Kau takkan tak tahu langsung?"

Iman menggeleng.

"Takda syak siapa-siapa ke?"

"Mau syak siapa? Siapa aja di sekolah ini yang punya inisial 'H'?" Iman menggunakan khidmat otaknya, memutarkan beberapa nama pelajar di sekolah ini yang inisial mereka bermula dari huruf 'H.' Malang sekali, yang dia ingat cuma nama pelajar lelaki. Takkanlah pelajar lelaki bagi bekal ini dekat dia, kut?

Muncul idea di dalam kepala Wafiq. Dia ketawa tiba-tiba. "Periksalah nama setiap pelajar sekolah ni yang nama mula dengan huruf 'H' dekat pejabat," cadangnya kemudian tertawa. Main-main aje cadangannya itu.

"Ya, kan." Iman diam, mempertimbangkan cadangan Wafiq.

"Weh, aku gurau je!" Lah, cadangan tak berapa cerdik dia Iman terima?

"Gak. Bernas ide kamu." Iman menepuk pundak kawannya. "Makasih, Fiq." Dia berjalan keluar dari kelas.

"Iman!" Wafiq bangun dari duduknya. "Kau nak pergi mana?" Langkah rakannya yang kian melaju itu disaingi.

"Pejabat."

"Laju buat kerja." Wafiq tercungap-cungap.

"Sementara masih pagi, cikgu belum masuk." Iman memeriksa waktu pada arlojinya. "Ntar selepas rehat kalo cikgu gak masuk ke kelas, kita ke setiap kelas untuk nyari si 'H' ini, ya?" Gigih Iman.

"Hah? Kau seriuslah nak cari hari ni juga?" Wafiq menyoal sedikit tidak percaya. Mendadak betul Iman buat kerja.

"Iya. Masa saya bohong?" Iman enayangkan riak muka serius namun selang beberapa detik dia tertawa kerana merasakan wajah seriusnya lucu untuk ditatap Wafiq. "Saya seorang aja gak apa-apa kalo kamu gak mau."

"Tak cakap macam tu pun. Aku cuma terkejut je kau buat kerja laju sangat."

Iman sekadar senyum. Dia hanya tak senang duduk selagi belum tahu pemberi bekal misteri ini siapa. Risau juga dia kalau makanan yang dia makan tak dihalalkan.

"THAT'S all from us. Thank you." Serentak Heyn dan Fafa berkata. Kedua-dua mereka sedikit membongkokkan badan selepas itu, mengakhiri projek pembentangan mereka berkenaan topik 'How Body Images Affected Society.'

Tepukkan gemuruh mengiringi mereka sepanjang mereka berjalan balik ke tempat masing-masing. Tak kurang juga guru Bahasa Inggeris mereka, Cikgu Amin. Beliau sangat berpuas hati dengan cara penyampaian Heyn dan Fafa. Ringkas dan padat dengan segala informasi.

Langit JinggaWhere stories live. Discover now