bab 13 ☼

98 16 8
                                    

"ABANG Iman, main bareng, yuk!" Ikhram menarik-narik lengan Iman. Bola di kaki disepakkan ke arah Iman.

"Ayo." Iman bangun. Detik selanjutnya, dia berdiri statik di tempatnya saja tatkala bunyi dentingan dari telefon bimbitnya berhasil membuatkannya risih. Dia lantas mengubah mod telefon bimbitnya kepada mod senyap. Telefonnya cuba dilelapkan semula. Menangkap nama Jiji Karina tertera di lockscreennya, niat asalnya jadi terbantut.

Babe
Petang ni jadi jogging ke tak?

"Hah?" Perlahan berbaur hairan suaranya. Iman sudah syak sesuatu tapi tak apa biar dia pastikan dulu.

??
Babe?
Jogging?

EHHHH
EH IMANNN
YA ALLAH SORRY SORRY
SALAH KIRIM

?
Beneran salkir?

IYA IYAAA BENERAN
MAAF YAAA

Gimana sih, bisa salkir?

Iman mengemam bibirnya, menahan lucu. Dia tahu apa gadis ini cuba lakukan.

Ini merupakan sebuah trend terkini iaitu mengirimkan mesej 'babe' kepada orang yang dikagumi dalam diam dan merakam respon mereka di TikTok.

Tadi nak chat kawan
saya tanya jadi ke tak pergi joging
Lepastu saya tak perasan saya tertekan
nama awak
Saya ingat saya chat kawan saya tadi
Sekali lagi sorry ㅠㅠ

Emang beneran salkir?

Iyaaaa
Betul

Hmmm
Oke
Tapi harus kamu tau, saya juga
punya akun Tiktok sih, babe

Tiga minit berlalu dan Iman hanya menerima kediaman gadis itu sebagai balasan. Dia ketawa kecil. Seronok rupanya boleh kenakan orang.

Manakala Heyn di rumahnya sudah tidak tenang menerima mesej Iman itu. Gadis itu mengelilingi ruang tamu, ke sana, ke sini. Dia memegang dadanya yang aktif mengepam masuk dan kelaur oksigen. Tak semena-mena terkena hiperventilasi lepas baca mesej Iman.

"Bongoklah dia ni!" Heyn melabuhkan duduk di sofa. Dia menekup muka merah padamnya. Tak sukanya! Iman sibuk-sibuk nak gombal dia kenapa? Gombal-gombal itu semua tugas Heyn. Bukan Iman!

Heyn masih belum habis kumpul semangatnya kembali apabila Iman lagi sekali mengirimnya sesuatu.

Sent you a photo
Sent you a photo
Sent you photo

Eh
Salkir
These messages were deleted
Maaf

"Adoi, dia pun nak main salah kirim juga!" Heyn tak sempat pula tengok gambar-gambar itu. Kerana tertanya-tanya, Heyn gagahkan jari untuk mengetik sesuatu kepada Iman.

Gambar apa tadi?

Sunset.

Hantar balik

???
Mau ngapain?

Hantar jelah
Saya suka sunset

Oh
Sent you a photo
Sent you a photo
Sent you a photo

Okey
Sangat cantik
Saya suka
Thanks

Emang kamu suka sama foto
sunset?
Beneran suka?

Siapa je tak suka gambar sunset?
Cantik kut sunset 🤨

Ada juga yang gak suka

Langit JinggaWhere stories live. Discover now