bab 12 ☼

96 17 2
                                    

RUTIN biasa setiap kali pagi selepas letak beg dekat kerusi sendiri, Heyn akan mendekati Fafa di belakang kelas sana, yang sedang kalut-kalut menyiapkan segala kerja rumah cikgu beri semalam.

"Buat apa?" Heyn menjenguk buku Fafa yang penuh dengan tulisan tangan kawannya itu. Oh. Siapkan karangan rupanya.

Fafa mengangkat kepala. "Sidai kain." Dia menggulingkan matanya. Pantang bila dia tengah kalut-kalut lepas itu ada manusia datang tanya soalan bodoh. Meluat!

"Haha. Kelakar." Heyn pula sejenis taknak kalah. Dia payung senyuman mengejek, memerli balik perlian Fafa tadi.

Tanpa rasa bersalah, Heyn menarik kerusi kosong milik salah seorang rakan sekelas mereka merapati meja Fafa. Keduanya tak banyak bicara. Nak bicara apa lagi? Dalam group chat banyak sudah bicara mereka. Pelbagai jenis 'teh' sudah tumpah dalam sana. Bila jumpa depan-depan begini, jadi krik-krik ajelah.

Fafa sambung sibukkan diri menyiapkan tugasannya manakala Heyn sibuk memerhati mata pen Fafa bertemu dengan lembaran kertas tersebut, membentuk beberapa bentuk aksara di sana.

"Kerja kau siap semua ke?" Fafa berbasa-basi demi mengusir atmosfera kesunyian di antara mereka.

Heyn mengangguk kecil. "Siap." Semua kerja sekolahnya dia siapkan semalam. Tip-top! Kali pertama dalam seumur hidup Heyn langsaikan semua beban kerja sekolahnya.

Fafa menjatuhkan pennya. Ini baru masuk perenggan ketiga. Berbaki lagi empat perenggan dia perlu tulis. Dia menghembus nafas berat. Inilah padah buat kerja hujung-hujung waktu.

Dia menoleh memandang Heyn. Mata sengaja dibesarkan sebaik mungkin. Heyn memandang itu, sontak mendengus geli. Apa benda minah ni? Fikir comel ke?

Heyn menjauhkan dirinya sedikit. "Kau... nak tiru aku ke?" tebaknya.

Bertambah besar mata Fafa. Sikit lagi hampir tergolek keluar dari soket mata aje ni. "Boleh ke?"

Si tukang yang nak ditiru melipat bibir bawahnya. "Haih, nasib baik sayang." Dia bangun bergerak ke tempat duduknya, diiringi sorakkan suka oleh Fafa.

"Gempaklah, Heyn! Alhamdulillah, kau bukan fake friend macam Syu." Dia masih lagi berdendam Syu tak bagi dia tiru jawapan Sejarah hari itu. Padahal setiap kali Syu minta dia jawapanuntuk apa-apa subjek, dia bagi aje. Geram betul macam kena khianat.

Heyn terkekeh kecil. Dia menyerahkan buku latihannya. "Nah."

"Thank you!" Fafa menyambutnya teruja.

"Jangan tiru sebijik-sebijik. Nanti cikgu pelik kenapa jawapan kita sama," pesannya sembari melabuhkan duduk di sebelah Fafa.

"Eh, kucing!"

Fafa sambung selak muka surat seterusnya. Tak mahu tujuan utamanya terganggu dek lukisan kucing comel itu.

Ternyata, apabila dia menyelak setiap muka surat buku Heyn, baru dia sedar bertapa banyaknya latihan karangan yang cikgu mereka pernah bagi. Sekerat daripada buku latihan kawannya itu penuh dengan karangan. Dia punya pula, tak sampai setengah lagi pun.

Biarlah. Kalau cikgu tanya kenapa banyak karangan tak ada, dia jawablah buku dia hilang. Dia terpaksa buat dalam buku baru. Hahaha!

"Eh, ha! Aku teringat sesuatu nak bagitahu kau!" jerit Fafa tiba-tiba. Sekali lagi dia menjatuhkan pennya. Pusing badan menghadap Heyn. Semalam lagi dia nak bagitahu benda ini tapi baru teringat pagi ini.

Kening Heyn bertaut. "Apa benda?" tanyanya. Dia membetulkan duduk, memberi fokus sepenuhnya kepada Fafa.

"Kelmarin aku ada dengar Cigu Maslan nak buat ujian Matematik mengejut esok," cerita Fafa.

Langit JinggaWhere stories live. Discover now