"UDAH ketauan, Fiq..." Iman memekup mukanya resah. Tak terjangkau di fikirannya bahawa hal ini akan Heyn dapat mengetahuannya dengan pantas.
Dahi Wafiq berlapis. "Baguslah macam tu. Kenapa yang kau gelabah? Terus terang jelah cakap kau suka dekat dia."
"Bukan gini perancangannya." Mengeluh.
"Perancangan apa pula dah kau ni? Benda kau suka dia, kan? Dia pun suka kau. Kau tunggu apa lagi?" Wafiq tak faham. Peluang sudah cerah depan mata, kut?
Iman diam. Dia merenung entah ke sudut mana. Lama. Kemudian, tunduk ranap memandang lantai kelas.
"Kau takut dia tak terima kau?"
Iman menggeleng. Kenyataannya, bukan itu yang membuatkan dia runsing. Permasalahan yang terjadi kerana mengingatkan dia telah jatuh cinta tanpa sengaja pada seorang ajnabi.
Entah bila, entah bagaimana, entah apa yang Heyn lakukan sampaikan dia jadi begini.
Tak boleh. Dia perlu menghalang perasannya dari terus menular, dia harus menahan dirinya dari jatuh ke dalam lembah kelalaian mengejar cinta yang entahkan kekal atau tidak.
Persoalannya... bagaimana?
"Iman, kau tahu kan cinta ke, suka ke, sifatnya manusiawi. Kau boleh je suka dia, dia boleh je suka kau balik. Takda masalah pun. Tak salah bercinta asalkan kau tahu batas kau sampai mana."
Iman mengemam bibirnya. "Asalnya saya gak mau dia tau saya suka sama dia. Saya mau move on gitu aja."
"Lepas tu tiba-tiba kantoi, kan?"
"Iya," akui Iman.
"Kita remaja, Iman. Lagilah kuat perasaan nak mencintai dan dicintai apa bagai ni. Jangan rasa bersalah. Kau tak pilih untuk jatuh cinta dengan dia." Wafiq memeluk bahu Iman. "Apa kata kau pergi cakap dekat dia? Terus terang pasal perasaan kau dekat dia. Dah dua hari kau 'sidai' dia macam tu je. Kesian dia, tau?"
Betul. Iman jadi tidak dapat berfungsi dengan baik sehabis rahsia tentang perasannya yang dia simpan rapi terbongkar begitu saja. Tak tahu mahu bertindak apa, Iman pun terus memusingkan badannya dan meninggalkan Heyn terawang-awangan di depan pintu kelas gadis itu.
Apalah Heyn fikir tentang dia? Mesti Heyn sedih. Takpun gadis itu marahkan dia.
"Kamu teman saya?"
"Bila je aku tak teman kau?" Wafiq senyum. "Mestilah boleh."
"MURUNG je kawan kau tu, Syu. Dah dua hari tengok dia diam macam laki mampus dekat rumah." Nia merupakan orang yang perasan perubahan sikap Heyn itu. Kebelakangan ini, dia banyak bersendiri. Rehat pun tidak. Duduk atas kerusi dia tu sampai ke sudah. Cukup masa, balik.
Bila ditanya, tak dijawab. Telefon bimbit sudah jadi hiasan saja dalam hidup seorang Heyn Aralyn sekarang.
"Kau tahu tak apa." Syu bersetuju. Tadi dia ajak gaduh guna mulut pun si Heyn tu macam nak layan dengan tidak sama banyak aje.
"Bergaduh dengan Ayu lagi ke?" Fafa bertanya.
"Takkanlah. Ayu dah padam dah pun tweet tak bertauliah dia." Nia menidakkan. Bergaduh apa kerap-kerap sangat? Tak penat ke?
"Kutlah..."
"Takda maknanya."
Bel berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Heyn tidak berkata apa-apa. Sudah tidak menjadi salah seorang yang teruja bila rehat tiba. Dia turunkan kepala ke atas meja lalu menekup mukanya menggunakan lengan.
"Heyn," panggil Fafa. "Kau taknak rehat ke?"
Heyn cuma menggumam singkat.
"Syu nak belanja kau hari ni," sahut Nia pula. Main petik nama Syu.

YOU ARE READING
Langit Jingga
أدب المراهقين[KNOWN AS: HEYN + IMAN] Cerita biasa. Perihal dua manusia berkongsi cerita di bawah lentera dunia. Cerita biasa. Bagi dua jiwa nelangsa yang cuba berdamai dengan duka. Cerita biasa. Kedua mereka mencipta cereka dan menjadikan saksi mereka langit jin...