SURAT pemohonan berhenti sekolah di tangan Izz ditenungnya nanar. Rasmi, dia sudah bebas dari sekolah berpuaka itu. Namun... kenapa dia tidak gembira ataupun lega? Hambar saja air mukanya dia pamerkan.
"Izz yakin sama keputusan Izz? Izz mau gantiin abang buat nyari kerja?" Iman menggigit bibirnya. Separuhnya hatinya tidak mengizinkan. Cari kerja itu susah. Iman sudah laluinya. Bukan setakat kerja di restoran, di tempat cuci kereta, kedai buku- banyak. Iman tahu penatnya bagaimana melayan orang-orang yang ragamnya bermacam.
Dia tak mahu melelahkan Izz lagi.
"Tak payah, Izz. Duit pencen mak cik cukup buat belanja bulan ni." Mak Cik Sakinah menegah Izz secara halus. Dia baru tahu sebulan lepas Iman bekerja di belakangnya secara diam-diam. Padanlah anak buahnya itu jarang pulang ke rumah setiap kali cuti menjelang.
Kalau mengikut kiraan bulan lepas, harapkan duit pencen Mak Cik Sakinah saja memang tidak cukup. Banyak bayaran perlu dilangsaikan termasuk bayaran PIBG sekolah Ikhram, sekolah Izz. Pihak sekolah mereka begitu menuntut. Sama juga bagi pihak sekolah Iqbal. Bulan ini, syukur sudah kembali stabil.
"Iya... apa lagi pilihan Izz ada? Dari di rumah aja?" Izz memandang Mak Cik Sakinah pula. "Cukup aja gak guna, mak cik. Cukup tapi lebih gak apa-apa." Izz tarik senyum paksa. "Izz juga mau jadi cukup buat adik-adik."
"Abang belajar yang rajin-rajin. Dapat kerja bagus-bagus nanti ubah nasib keluarga kita ya, bang? Izz gak apa-apa gak belajar. Izz kan bodoh." Dia ketawa kecil. Ketawakan dirinya sendiri.
"Izz..." Suara Iman bergetar amaran. "Kok ngomong gitu, sih?"
"Yang bener, bang. Ini yang bener."
"Adik-adik abang gak ada yang bodoh." Iman membetulkan. Tiada seorang pun adik-adiknya bodoh. Semua tumbuh dengan baik dan cerdas atas asuhan Mak Cik Sakinah.
Izz melagakan lidahnya ke dinding pipi bahagian dalam, menahan tangis. "Gak bisa ngelawan waktu dibuli itu kan bodoh."
Iman terkedu. Dia tak berkata apa-apa selepas itu. Tindakan dia memeluk Izz berjaya merembeskan air mata yang sehabis baik Izz tahan sejak tadi.
"Bodoh, bang. Izz bodoh," esakan Izz terkandung kesal. Keinginan dia mencederakan dirinya saat ini sangat tinggi.
Iman mengeratkan pelukan. "Gak bodoh. Izz gak bodoh. Mereka yang bodoh."
Izz menggeleng. Dia tak habis-habis menolak perkataan Iman. "Bodoh... bodoh..." Sungguh, dia di sini sungguh bodoh kerana tidak mampu menentang mereka dan membiarkan diri sendiri menjadi mangsa.
Mak Cik Sakinah di tepi mereka berdua berkeriut sakan. Dia tidak berkata apa-apa, hanya menghantar pandang sebegitu.
"Gak bodoh, sayang. Kamu gak bodoh." Iman tak berputus asa menenangkan adiknya. "Istighfar, Izz. Supaya kamu tenang."
Izz memejam mata. Dia beristighfar dalam hati, 'la haula wa la quwwata illa billah.'
Berubah sedikit lapang gelora kesedihan dalam hatinya. Dia melepaskan pelukan lalu menyeka air matanya.
"Sekarang gimana?" Iman mengelap sisa-sisa jejak air mata Izz. "Okey?"
"Okey." Izz senyum kecil.
Iman membalas senyuman Izz. Dia memeluk bahu adiknya itu dan menariknya rapat. "Nah, gitu doang. Selalu jadi kuat, ya?"
Izz tersenyum kecil. "Insya-Allah. Abang selalu jadi kekuatan Izz, ya?"
"Haruslah." Selama Iman hidup, dia akan jadi tulang belakang adik-adiknya. Kekuatan Izz, penasihat Iqbal, kebanggaan Ikhram, penyayang Inas.
YOU ARE READING
Langit Jingga
Teen Fiction[KNOWN AS: HEYN + IMAN] Cerita biasa. Perihal dua manusia berkongsi cerita di bawah lentera dunia. Cerita biasa. Bagi dua jiwa nelangsa yang cuba berdamai dengan duka. Cerita biasa. Kedua mereka mencipta cereka dan menjadikan saksi mereka langit jin...