bab 39 ☼

262 21 36
                                    

LANGKAH gontai diambil Iman memasuki ruangan wadnya. Gerakan tangannya lambat mengemas barangan keperluannya. Katil hospital ditarik cadarnya agar kelihatan lebih kemas.

Sejam dari sekarang, dia sudah boleh pulang ke rumah. Seharusnya dia gembira tetapi memandangkan kehilangan Izz masih menjadi ralat di benaknya, perasaannya hari ini campah.

Dalam sela-sela dia mengemas itu, dia tewas berperang menahan air matanya dari gugur. Dia jatuh terduduk di tempat dia berdiri dan menangis semahunya.

Dia tidak meratapi tetapi baginya ini begitu mengayat hati.

"Iman..." Wafiq memasuki ruangan itu. Dia memerhati gerak langkah Iman sedari tadi lagi. Risau kalau kawannya itu bertindak semberono. Orang sedang beremosi selalu begitu.

Iman tidak menjawab panggilan Wafiq. Dia bergetaran teruk.

Wafiq bertindak mendakap rakannya itu dari belakang. Dia merehatkan kepala Iman di bahunya. "Kuat, Iman. Tolong kuat."

"Gak bisa, Fiq..." Dia menggelengkan kepala. Suaranya sendu dan serak kerana terlampau banyak mengeluarkan air mata sepanjang dua hari berturut-turut.

"Allah tengah uji kau ni. Kau kena sabar." Wafiq menepuk perlahan sisi kepala Iman.

Lagi, Iman menggeleng kepalanya. Dia tidak berdaya apa lagi. Jangan suruh dia kuat ketika dia sedang rapuh.

Wafiq membiarkan kawannya itu menghamburkan segalanya di bahunya. Dia tak berhenti menepuk-nepuk sisi kepala Iman, menenangkannya.

Reda sedikit tangisan Iman, Wafiq membuka mulut ingin memaklumkan sesuatu, "Iman, ada orang nak jumpa kau sebenarnya."

Iman menjauhkan sisi kepalanya dari pundak lebar Wafiq. "Siapa?"

"Dia cakap dekat aku, dia pak cik kau."

Iman membesarkan matanya. Pak cik dia?

"Pak cik kau yang-"

"Jahat," sambung Iman.

Wafiq tak menanggapi apa-apa. Dia sudah tahu sejak azali cerita sebenar tentang keluarga bapa Iman.

Iman bangun. "Dia di mana?" Lelaki itu meminta lokasi spesifik keberadaan pakciknya.

"Dekat bawah. Luar hospital."

Iman angguk. Beg digalas. "Ayo."

"Eh, beg tu biar aku angkat." Wafiq melorotkan beg dari bahu Iman. Dia menggalas pada bahunya pula.

"Iman, kejap. Aku nak pesan." Lengan Iman ditahan oleh Wafiq. Kemaraan langkah Iman yang laju itu menakutkannya. "Jangan marah dia, tau? Dia datang sini baik-baik."

Wajah tanpa riak Iman itu lambat-lambat tertampal senyuman sinis. "Liat dulu gimana."

"NGAPAIN ke sini?" Tanpa salam, tanpa mukadimah awal, dingin saja sapaan Iman.

Kazi bangun dari duduknya. Dia meneliti dari atas hingga bawah rupa paras anak saudara lelakinya. Besar panjang sudah. Hampir menyamai tingginya.

"Kalo cuman mau menambah luka saya, mending pulang." Iman menghalau. Tak ada gunanya berbaik-baik dengan haiwan bertopengkan manusia. Hatinya sekarang sudah cukup sakit mengingatkan apa yang lelaki ini telah buat kepada ibunya.

"Om mohon maaf," ucapnya, menundukkan kepala. Dia tahu dia mempunyai salah besar terhadap keluarga ini.

"Sejak awal lagi om harus mohon maaf. Gak ada gunanya sekarang." Iman membidas tanpa berfikir panjang. Melihat reaksi bersalah bapa saudaranya berjaya memuaskan hatinya. Berkurun sudah dia pendam untuk meluahkan segala-galanya

Langit JinggaWhere stories live. Discover now