"BODOHNYA aku, ya Allah... rasa nak mencarut." Terbit keluhan dari bibir Heyn. Dia memegang puncak kepalanya. Pening.
"Apa kejadah soalan ni? Apa yang dia nak sebenarnya?" Dia tak habis fikir. Ditekan-tekan kalkulatornya mencari jawapan, tetap tak jumpa. Ah, dia frustasi!
Cikgu Maslan punya pasallah ini! Entah apa dia tak puas hati, bagi soalan latihan kuiz dekat Heyn. Heyn seorang pula tu yang dapat! Katanya, sebab Heyn kurang buat latihan Matematik.
Masalahnya, soalan dia bagi ni berganda-ganda susahnya. Baru masuk soalan yang kedua, dah susah tahap apa lagi. Merata orang dia tanya, tak ada seorang pun yang dapat membantunya. Heyn sampai rasa nak cekik diri sendiri hadap soalan ini sejak sejam lalu.
Heyn usap mukanya berkali-kali. Semangatnya yang membara tadi jatuh mendadak. Tak ada rasa nak sambung buat soalan Matematik ini lagi. Nak menangis aje.
Elok sebelum dia melelehkan air mata, bunyi telefon bimbitnya berdenting memberitahu ada satu mesej baharu masuk.
Heyn menarik sinusnya. Dengan penglihatan yang kabur dipenuhi air mata, dia cuba membaca mesej yang dikirim oleh sang pengirim.
Iman 🤝
Lagi ngapain?
LAGI CAPEKKK
You sent a photoBeban dunia
Awak pula buat apa?Matematika?
Saya barusan telpon sama adik sayaOh
Haah, Matematik
Apa lagi beban dunia selain
daripada Matematik?
Okey, saya tau
Kawan-kawan sayaHahahaha apaan
sih kamu 😂Susahlah help 😓
Tolong saya boleh tak?Boleh
Fotoin soalan kamu yang jelasKejappp
You sent a photo
Benter
Sambil menunggu Iman mencari jawapan, Heyn turun ke dapur. Buat mi segera semangkuk sedap juga.
Air dalam kuali mulai menggelegak dan serentak itu juga, Heyn menerima balasan daripada Iman
Sent a photo
Gini, nih, jawapannya?HAAAA
HAAH BETULLL
WAH IMAN PANDAINYA
TERIMA KASIH 😭😭😭Hahaha
Sama-sama
Kalo mau pertolongan saya, ngomongOkeyyyy! 👍
Besok stayback di sekolah
Saya ajar kamu
Kalau kamu mauOKAY, NAK NAKMKSH BANYAK YA
Sama-sama, cantik 😊
"DIMINTA semua pelajar berada dalam barisan kelas masing-masing. Kita akan mulakan perhimpunan kita sekarang. Dimulai dengan bacaan doa oleh pengawas bertugas, Muhammad Iman Affan." Guru bertugas bersuara melalui mikrofon, memberitahu semua pelajar supaya bersiap sedia.
"Uyo, ayang siapa tu?" Nia dan Fafa menyinggul lengan kiri dan kanan Heyn. Mereka bergelak ketawa.
Tak habis-habis mereka mengejek Heyn selepas gadis itu menceritakan tentang apa yang berlaku antara dia dan Iman. Heyn pula tak marah setiap kali diejek. Dia lagilah suka.
"Shh! Baca doa! Kita kena fokus ukhrawi." Heyn jadi 'alim tiba-tiba.
Heyn menadah tangannya, meng'amin'kan bacaan doa Iman di atas pentas sana. Begitu khusyuk. Sela-sela itu, dia tersenyum geming.
YOU ARE READING
Langit Jingga
Teen Fiction[KNOWN AS: HEYN + IMAN] Cerita biasa. Perihal dua manusia berkongsi cerita di bawah lentera dunia. Cerita biasa. Bagi dua jiwa nelangsa yang cuba berdamai dengan duka. Cerita biasa. Kedua mereka mencipta cereka dan menjadikan saksi mereka langit jin...