"LAH, datang juga?" Fafa geleng kepala. Tak padan dengan sakit senggunggut teruk, tayang juga muka dekat sekolah.
Heyn menggeliat. "Dari aku duduk rumah, bukan ada sesiapa pun. Baiklah aku datang sekolah. Ada kauorang."
"Ada Iman," sambung Nia.
Heyn sengih gatal. "Betul."
Syu sudah membuat mimik muka jijik. "Aku bagitahu mak kau yang kau gatal."
"Boleh. Bagitahu yang aku nak kahwin sekali." Heyn memekup muka, senyum sumbing membayangkan perkara-perkara yang begitu membahagiakan.
Semua rakannya memberikan pandangan seriau. Parah sudah kawan mereka seorang ini.
Agaknya, orang angau memang perangainya begini.
Heyn mencebik. "Gurau ajelah." Sokonglah dia jadi delusional kejap! Tak sporting betul diaorang ni.
"Lepas ni Matematik?" Heyn lalu bertanya
"Haah." Disahut Fafa.
Ah, malas! Heyn membaringkan kepala ke atas meja. Lengan menjadi alas. Nak tidurlah. Paling menyampah kelas Matematik sebab dia tak faham apa. Habis tu lagi, cikgu yang mengajar pun entah apa-apa.
Orang minta ulang, ulang sikit-sikit je lepas tu suruh fahamkan sendiri.
Budak lemah macam Heyn ni, macam mana nak fahamkan sendiri? Sampai ke sudah tak faham tahu, tak?
"Coverlah aku kejap lagi. Cakaplah aku pening ke apa ke." Dengan begitu, Heyn ghaib ke alam lain.
Sedar-sedar saja kerana mejanya yang tiba-tiba diketuk.
"Aduh... apa jadah..." Mamai Heyn mengangkat muka. Dongak atas, bertemu mata dengan Cikgu Maslan, cikgu Matematiknya.
"Tidur, tidur! Belajar bukannya boleh pun!"
Heyn memandang ke arah Fafa. Tadi kan dia dah suruh cover? Kenapa kena marah juga?
Fafa angkat bahu. "Aku dah cakap!" jawabnya tanpa suara.
"Saya... pening kepala."
"Dahtu? Siapa izin kamu tidur dalam kelas saya? Bilik sakit ada kenapa tak pergi?"
Heyn meraup muka. Dia menegakkan postur badan. Lesap kantuknya. "Ya, cikgu."
"Apa yang ya? Kamu tu dahlah Matematik dapat markah cukup-cukup makan je. Lagi nak tidur dalam kelas? Tak sedar diri lagi ke tahun depan dah kena ambil SPM?" Kuat suara Cikgu Maslan menggegarkan kelas itu. Sampaikan beberapa leher pusing dan memerhati Heyn.
Heyn menggaru pipinya. 'Alahai, orang tua ni bebel apa entah. Dia pun ajar aku tak faham.'
"Sedar, cikgu."
"Buat perangai lagi, tidur dalam kelas lagi, kerja sekolah tak buat, tak mustahil SPM kamu gagal. Faham?"
Heyn mengangguk buat-buat faham. 'Menyampahnya...' Dia mula tidak selesa menerima pandangan rakan sekelasnya.
Judging...
Pathetic...
Oh, tuhan. Dia nak menangis.
TAK cikgu, tak pelajar. Dua-dua sama. Perangai tak semenggah.
Beratur dekat kantin tak boleh ke kalau tak tolak orang? Jadi normal dalam sehari je tak boleh ke? Lapar tahap apa benda entah. Berebut-rebut kalah zombie.
Sakit hati.
Heyn meluru ke kelasnya semula. Gadis itu menghempas dirinya di atas kerusi sebaik tiba di kelas. Dia memebenamkan kepalanya di atas meja. Serentak itu, dia menangis semahunya. Kesunyian kelas dihurungi sela-sela bunyian Heyn menarik sinusnya.
YOU ARE READING
Langit Jingga
Teen Fiction[KNOWN AS: HEYN + IMAN] Cerita biasa. Perihal dua manusia berkongsi cerita di bawah lentera dunia. Cerita biasa. Bagi dua jiwa nelangsa yang cuba berdamai dengan duka. Cerita biasa. Kedua mereka mencipta cereka dan menjadikan saksi mereka langit jin...