bab 17 ☼

85 16 22
                                    

HAMPIR menjelang waktu zuhur, barulah Heyn pulang. Suasana rumah waktu itu masih sunyi. Mama dan papa Heyn masih dalam perjalanan ke rumah.

Heyn terus naik ke bilik. Landing atas katil lagi bagus. Dia ada berita tergempar nak bagitahu kawan-kawan dia!

SuBeDu (Sumber Beban Dunia)

Heyn: HELLO ASSALAMUALAIKUM SAHABAT
GUYSSSSS

Fafa: Hello sistur
Kenapa?

Heyn: HAHSJWJAHSBHHSJWNAJJS
OMGGG
HSUWHAUAHSJAHUABAJAHS
🥰😓🤗😓🤩☹️🤭❤️🌸🤩🤭🌸😆😅😄😊😃🤩🙂😌😬🙁😯😕😳😕🤐😕😡🧐

Syu: Ha, dia dah masuk dah setan

Nia: Adoi
Kenapa ni?
Awal lagi nak kena sampuk ni

Heyn: NAK TAHU TAK

Fafa: Apa?

Nia: Apa? (2)

Syu: Apa? (3) (Pura-pura berminat)

Heyn: SYU NI MELUAT AKU

Syu: 🤗

Heyn: Okey, macam ni
AKU KENA JADI PENGACARA HARI ANUGERAH CEMERLANG NANTI

Fafa: WOWW
Tahniah, tahniah
Aku bangga

Nia: UYOOOOO
TAHNIAHHH

Syu: Tudia
Tahniah

Heyn: BUKAN TU JE
IMAN JADI PENGACARA DENGAN AKU
DENGAN TENGKU AYU
Siapa Tengku Ayu please. Mohon info

Nia: SERIOUSLAAAAAA?
By the way Tengku Ayu tu dia instafamous
Pandai masak
OHHHH PASTU
Dia pun selalu kena ship dengan Iman

Heyn:
AKU BUKAN PENIPU MACAM SYU
Oh, instafamous. Patutlah nama familiar
Pahal aku tak tahu pun dia kena ship dengan Iman?

Nia: Sebab kau mana pernah kesah pun pasal tu

Heyn: Betul
Sebab orang tak kesahkan aku, kenapa aku
nak kesah pasal orang 😜

Syu: Amboi meluatnya mention nama aku
🙄🙄🙄

Fafa: HAHAHAHA
Kan dah kata kalau jodoh tak ke mana

Heyn: SHWBAJBAHSBS
Nak kahwin pwease 🥺🥺🥺🥺

Syu: Eeee
Geli

Heyn: Orang yang takda crush tak layak bersuara

Syu: AKU KALAU ADA CRUSH AKU TAKKAN BUAT PERANGAI MACAM KO LA

Heyn: Saya tanya ke?

Syu: Perangai kau macam Ahmad Kassim

Nia: Siapa Ahmad Kassim?

Syu: Jiran aku

Nia: 😭😭😭

DIAM saja Heyn mendengar tunjuk ajar yang keluar dari mulut Iman kepada Ayu. Semenjak lima belas minit lalu, hanya dua orang ini saja bersuara. Heyn kekal diam di tempatnya, berlakon membuat hal sendiri padahal dia sedang memasang telinga mendengar dua orang itu berbicara.

"Gak gitu. Ton kamu bukan gitu." Iman menggelengkan kepalanya. Dia tersenyum lucu mendengar Ayu cuba mempraktikkan ayatnya.

"Habis tu macam mana? Saya kena buat suara sengau ke?" Ayu memicit hidungnya. "Assalamualaikum dan selamat sejahtera..."

Iman ketawa. "Bukan, Ayu... Ya Rabb."

Ayu turut ketawa. "Tahu, tahu. Gurau je."

Bahagia sungguh tawa dua orang itu. Heyn di situ dipinggir begitu saja. Dia menekup mukanya menggunakan sebelah tangan. Hatinya meronta, 'That's my dream mas, not her.'

Padahal bukan salah mereka. Dia yang pilih untuk tidak bergaul. Malu.

Konon-konon malu.

"Heyn? Kenapa diam je? Ada apa-apa nak tanya tak?" Ayu ramah bertanya. Kawan ni pasif aje dari tadi. Tak selesa ke?

Heyn angkat kepala. Dia menggeleng. "Tak. Setakat sekarang tak ada apa-apa lagi nak tanya." Pecah rekod! Patah perkataan terpanjang Heyn pernah cakap sepanjang lapan belas minit lepas.

"Oh, okey." Ayu senyum manis. Timbul dua lekuk lesung pipit di kedua belah pipinya, menyerlahkan kecantikkannya yang sedia ada. "Jangan malu, tau? Kalau malu tanya I, boleh tanya Iman. Kalau malu tanya Iman, boleh tanya I."

Heyn angguk. "Okey." Sekadar menjawab. Dia taknaklah tanya sesiapa antara dua orang ini. Baik dia tanya Cikgu Amin aje kalau ada apa-apa.

"Oh, ya..." Ayu mengulurkan telefon bimbitnya kepada Heyn. "Awak tak ada lagi kan dalam group WhatsApp Pengurusan Hari Anugerah Cemerlang?"

Heyn sedikit terkedu. 'Dia nak minta nombor telefon aku ke?'

"Belum."

"Bagi nombor you. I masukkan."

Ha, ayok...

Ayu senyum saja. Terserlah betul yang Heyn sedang teragak-agak. "Tak ada cikgu. I, Iman, you dengan geng yang akan buat persembahan je ada dalam tu."

"Oh." Heyn angguk. "Boleh."

"Tulislah nombor you."

Heyn menerima telefon bimbit Ayu. Dia mengetik nombor keduanya. Tak boleh bagi nombor telefonnya yang asal. Bahaya!

"Nah." Telefon bimbit itu dikembalikan kepada tuan badan.

"Okey, terima kasih." Ayu melihat deretan digit yang barusan Heyn simpan dalam telefonnya. "Nanti janganlah segan-segan berborak dalam tu. Kalau segan pun, you boleh tanya dekat personal chat I ke, Iman ke. Jangan takut. Iman tmemang ak banyak bercakap tapi dia tak makan orang. Kan, Iman?" Ayu melirik Iman bersama senyum lucu tersungging di bibirnya.

Heyn turut memandang Iman, menanti jawapan.

Apabila dia mendapati bahawa mata Iman sudah sedia melekat padanya, laju saja dia menundukkan kepalanya memandang lantai semula.

'Mamat ni kenapa? Saja nak bagi aku mampus dekat sini ke?' bentak hati Heyn berang. Tingkah Iman tadi tak bagus untuk kesihatan jantungnya!

Iman mengemam bibir, menahan lucu. Gadis pendiam itu tak habis-habis dari tadi asyik bertingkah lucu.

"Kan?" Ayu menekan suaranya bilamana Iman tidak memberi respon.

"Hm?"

"Saya tanya tadi." Ayu menggelengkan kepalanya. "Tulah, fokus dekat Heyn lagi," selorohnya.

Heyn yang sudah memerah itu semakin memerah mengalahkan buah tomato. Dia tak berani angkat kepala.

"Gak." Iman mendengus tawa. "Tapi, iya, Heyn. Kalo mau nanya, nanya aja. Gak usah segan-segan. Asalkan pertanyaan kamu melibatkan tugas kita, saya sedia menjawab."

"Hm." Gumam Heyn sebagai balasan. Haba sudah semakin melampau merebak ke serata muka. Pendingin hawa bilik mesyuarat ini tidak dapat mengurangkan sensasi hangat yang menjalar di mukanya.

Dengan wajah yang berbahang teruk, Heyn berdiri. "Panas. Air-cond tak berasa." Dia ketawa kekok. "Saya keluar kejap. Beli air."

Hilang saja jejak Heyn, Ayu menoleh ke arah Iman. Gadis itu berdehem. "Nampak gaya macam ada yang tengah salting."

"Salting sama siapa?" Iman pura-pura bertanya.

"Buat-buat tanya boleh," ejek Ayu. Dia ketawa. "Awaklah. Takkan saya pula?"

"Mengarut," tungkas Iman. Dia seterusnya juga bangun, membawa kertas teks ucapan bersama. "Saya pamit benter. Sementara nunggu Heyn sampai." Tak manis dia berdua saja dalam bilik mesyuarat tertutup ini.

Ayu angguk. "Okey."

Kini, tinggal Ayu seorang di dalam bilik mesyuarat itu. Pintu yang sudah tertakup rapat itu dia pandang. Hembusan nafas kasar dilepaskan.

"Saingan baru lagi."

Langit JinggaWhere stories live. Discover now