bab 9 ☼

98 21 8
                                    

TABURAN garam halus di atas brownies cookiesnya ditabur dengan penuh teliti, memastikan setiap daripada biskutnya itu tidak kelebihan garam.

Bakery making merupakan salah satu hobi Heyn. Bahkan telah pun menjadi salah sebuah 'coping mechanism' kepadanya. Macam sekarang, dia bukan saja-saja bakar biskut brownies malam-malam buta begini. Ini semua sebab dia serabut bercampur stres tak dapat faham subjek Matematik Tambahan yang baru saja diajar gurunya pagi tadi di sekolah.

Gadis itu melepas ikatan apron yang meililit pinggangnya. Sementara menunggu biskut-biskutnya masak sepenuhnya, dia menghalakan langkahnya ke ruang tamu.

Telefon bimbitnya di atas meja ruang tamu diambil. Sejak tadi riuh dengan bunyi notifikasi tanpa henti. Sampaikan dia berasa terganggu dan terpaksa mengaktifkan mod 'Do Not Disturb.'

Benar saja telahannya. Buka saja grup chat kawan-kawannya, dia diserbu dengan pelbagai jenis mesej tak bertauliah. Topik tak penting dibuka oleh Fafa, dibalas oleh Dania, dihantar sticker bukan-bukan oleh Syu. Heyn gelengkan kepalanya membaca mesej itu semua. Bising entah apa-apa.

Mesej terakhir berhenti pada pukul 8:45. Bersambung pula hampir sejam kemudian oleh Syu.

Syu: MMMMM
🥺🥺🥺

Nia: Kenapa Syu kesayanganku?

Syu: HMMMM
Mana Heyn?

Nia: Entahla saya tak tahu

Syu: Okey, takpe. Lupakan jela.

Heyn: Hi hello ni hao ni ai wo 🕺🏻 wo ai ni 🕊 mi xue bing cheng 🤨
tian mi mi 🌸 ni ai wo 😏 wo ai ni 😎 mi xue bing cheng 🤪 tian mi mi

Syu: Bukan-bukan je kau ni. Cuba bagi salam.

Nia: Entah. Kecek molek.

Heyn: Ok.
ASSALAMUALAIKUM SOBAT SYURGO
TAK GUNA AKU BAGI SALAM SEMUA HILANG

Syu: SORRY TADI ADIK AKU BEREBUT NAK MAIN PHONE
AKU

Nia: Kau bukan anak tunggal ke Syu?

Syu: 😚

Heyn: APA BENDAAAA
Pahal tadi cari aku?
Rindu ker... @Syu kesayangan

Syu: TAK
Takda apa-apa.

Heyn: Bencinya.

Nia: Meh aku kasitau
Syu tadi dia puji mac and cheese yang kau post letak dekat status tu nampak sedap pastu esok dia nak tapi dia malu nak mintak

Syu: IHHH SHH NIAAAA DIAM JELAAAA

Nia: Dah bagitau 😘

Syu: Meluatnya

Heyn: OHH
Nak ke?
Boleh je.

Syu: BOLEH KE??
🥺🥺🥺

Heyn: Iyaaa boleh aja
Demi Syu semua boleh 😉

Syu: YEAYYY
Sayang koe 🥺👉👈

Nia: Aku sayang tak?

Syu: Kau siapa??

Nia: K

Heyn ketawa membaca mesej Nia yang terakhir. Seketika, tawanya mati menerima pesanan dari pengirim selain mereka bertiga. Dia menangkap nama 'Iman 🤝' terpapar di beranda telefonnya. Dia menelan liur payah tambahan dia sempat menangkap pesanan yang dikirim Iman.

Jawab, sih.
Mau saya blokir kamu?

Mata Heyn terbuntang. Dia menggigit bibirnya. Dalam otaknya merangka beberapa balasan. Terbit balasan yang agak lucu di benaknya, Heyn terkekeh perlahan. Dia mula mengetik.

Tega banget, sih.
Gak ramah juga.
Saya beri bintang satu.

Siapa yang nyuruh kamu
beri bintang ke saya?
Saya nanya, kamu siapa?
Tinggal jawab pertanyaannya, doang

Garangnya
Orang padahal mau kenal-kenal
aja kok...

Kamu siapa?
Jawab.
Saya gak suka orang sembarangan punya
nomor saya.

Orang sembarangan?

Iya.

Saya bukan orang sembarangan.

Terus, kamu siapa?

Jodoh kamu.

???

CANDA DOANGGG
Waduh serius banget demi apasih?
Sembelit apa ini orang?

Gak lucu

Okey
Maaf

Kamu siapa?

Heyn mencebik menyampah. "Tak habis-habis tanya. Dah jawab tadi jodoh dia, cakap tak kelakar pula. Cuba aminkan benda baik," bebelnya.

Gadis itu membiarkan pertanyaan Iman tergantung tanpa sebarang balasan. Sekali lagi, dia memikirkan balasan setepatnya kepada pertanyaan Iman itu. Dia tidak fikir memberitahu nama sebenarnya akan membantu. Dia perlu menyimpan identitinya dari diketahui Iman buat masa sekarang. Kalau pecah temberang sekarang, dia tak boleh suka-suka nak usha Iman lagi dah! Mesti dia akan jadi terancam.

Okeylah
Nak tau sangat
Nama saya Jiji Karina

Jiji Karina?

Yes
Mohon disimpan ya nombor saya

Ada urusan apa kamu text saya?

Takda. Saja nak kenal-kenal.

Maaf ya saya gak bisa save nomor kamu
Melainkan kalo kamu ada urusan penting aja.
Nomor saya bukan dibuat untuk kenal-kenal.
Dan seharusnya kamu tau, ngechat sama
seorang ajnabi itu gak bagus, kan?

Heyn berhenti menaip. Balasan Iman tadi buatkan dia bungkam.

Oh.
Chat benda penting je, kan?

Iya.

Heyn sekali lagi meninggalkan jejak 'read' sahaja pada mesej Iman, menandakan perbualan mereka terhenti setakat itu. Namun, Iman masih ada baki persoalan yang tidak terjawab lagi. Jarinya kembali menulis sesuatu di atas papan kekunci telefon bimbitnya.

Mana kamu dapet nomor saya?

Udah bilang kan tadi
Saya jodoh awak makanya saya tau
;)

?

Dan, perbualan tanpa hala tuju itu ditamatkan sepihak buat kedua kalinya. Heyn membaca mesej Iman itu tanpa berniat mahu membalasnya.

"Udah gombal-gombal, ditinggal." Iman menggelengkan kepalanya. Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas nakas bersebelahan ranjang miliknya. Dia duduk sementara mengelamun sejenak, memikirkan gadis yang baru saja memeperkenalkan dirinya tadi.

Kenapa dia sepertinya ingin tahu tentang gerangan yang memegang nama Jiji Karina itu tadi, ya? Terutama sekali dia teringin sangat tahu bagaimana Jiji Karina memperolehi nombor telefonnya.

Sepanjang dia bersekolah di situ, tak pernah lagi dia mendengar secebis nama itu. Sama ada Jiji Karina itu budak baharu atau dia yang tak pernah ambil tahu tentang kewujudan gadis itu. Boleh jadi juga kedua-duanya sekali.

Kalau tanya Wafiq, agak-agak dia tahu tak Jiji Karina ini yang mana satu?

Di sisi lain, Heyn sudah melepaskan ketawa. Seronok rupanya 'gula-gula'kan orang. Dipercayai pula itu.

Dia bergerak semula ke dapur memandangkan ketuharnya sudah mengeluarkan bunyi 'ting!' yang menandakan bahawa biskut browniesnya sudah masak.

Habis mengeluarkan biskut yang masih panas itu, Heyn bergerak merebus sepeket macaroni pula untuk Syu.

Tangannya berhenti bekerja sekejap. Bola matanya bergerak ke kiri dan ke kanan beberapa kali, memikirkan sebuah pilihan.

Yakin dengan pilihannya, Heyn mengeluarkan sepeket lagi macaroni. Dia merebus macaroni Syu dan peket macaroni yang kedua itu dalam periuk berasingan.

Langit JinggaWhere stories live. Discover now