bab 23 ☼

83 18 0
                                    

MALAMNYA, Iman turun ke dewan makan berjarak tidak jauh dari aspura. Dewan makan malam itu terang cahayanya. Kebiasaan, pekerja-pekerja dewan makan masih lagi bekerja menyimpan stok makanan walaupun para pelajar sudah kosong di asrama.

Dingin malam ini meremangkan bulu roma Iman. Menyesal dia mengenakan baju T polos bewarna biru berlengan pendek. Andai dia tahu sejuk, dia sarung hoodie sekali tak apa.

Bunyi hiruk-pikuk pada bahagian belakang dewan makan membawa langkah kaku Iman untuk bergerak ke sana. Dia agak, ada pekerja yang bekerja di sana.

Dia berdiri di belakang seorang lelaki. Masih muda lelaki itu gayanya. Bertopi pada malam hari, baju hitam tidak berlengan yang dipadankan dengan seluar pendek. Tak lupa, terselit juga sebatang rokok di bibirnya.

Ini Abang Emir. Lepasan SPM, bekerja sambilan menolong Pak Cik Mokhtar, ayahnya yang memegang tender dewan makan SMK Denai Jaya tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya juga.

Iman kenal Abang Emir. Dulu pernah bersekolah di sini. Kenal saja, jarang bersembang. Iman tak berani bertegur sapa dengannya.

Mukanya gangster.

Malam ini, menjadi malam pertama Iman bakal bertukar dialog dengan lelaki berusia ganda setahun daripada usianya ini.

"Abang." Sekali.

Tak diendahkan Emir. Baru Iman perasan, telinga lelaki itu disumbat dengan fon telinga.

Patutlah.

"Abang." Dua kali, beserta tepukan di bahu sebanyak dua kali juga.

Splash!

Sekelip mata, baju Iman yang kering-kontang tadi basah kuyup dari atas sampai ke bawah. Iman mengerjap matanya kuat, meraup mukanya bagi menghilangkan kesan air yang tiba-tiba disimbahkan kepadanya.

Emir mengeluarkan fon telinga dari terus melekap pada lubang telinganya. "Eh! Manusia betul, ke? Aku ingatkan hantu!" Dia bantu mengelap wajah Iman. "Sorry, sorry. Kau lain kali bagilah salam! Baru aku tahu hantu ke tak."

"Hantu juga ada yang muslim, bang. Bisa beri salam, kok." Iman memberitahu. Mata pedihnya digosok.

Emir jadi terkelu. "Kau bukan hantulah, kan?"

Iman menggeleng.

"Dah kau buat jadah apa ni dekat sini? Orang semua pakat balik rumah, kan?" Emir menilik Iman dari atas sampai ke bawah. Pelik budak ni.

Iman tak bersuara. Dia sebaliknya menghampiri sayur-sayuran yang masih belum dibasuh. Sawi dan kobis itu dibawa ke bawah air paip yang mengalir.

"Eh, budak. Aku tanya." Kasar soalan Emir lontarkan. Geram soalannya tadi tak dijawab.

"Lepas saya tolongin abang, boleh saya makan, gak?"

Emir mengerutkan keningnya. Pelik bin hairan. Persoalan-persoalannya tadi masih tak dijawab oleh budak ini. Malah ditambah pula dengan soalan yang baharu.

Emir mengeluh. Tak fahamlah budak ni kenapa sebenarnya?

"Dalam setor dewan makan adalah roti, kut? Lebihan koperasi cikgu pergi humban buat bagi menyemak lagi setor dewan makan ni. Jap lagi nak ambil, ambil."

Iman senyum. "Oke, makasih."

"Kau tak jawab lagi soalan aku." Bau tembakau keluar setiap kali Emir berbicara.

"Merokok sambil cuci sayuran gak elok, bang."

"Ish!" Emir mengeluarkan rokok dari bibirnya. Puntung rokok itu dipijak sehingga baranya terpadam.

Iman senyum kecil. "Saya harus kerja, bang."

"Kerja? Kau nak kerja dekat dewan makan cabuk ni?"

"Gaklah. Di luar. Sebab itu saya gak pulang." Senyum lagi.

"Bapak kau mana? Tak jalankan tanggungjawab dia?"

Iman mengasingkan sawi dan kobis yang telah dicuci dalam bekas berasingan. "Bapak saya... gak ada."

Emir terkelu. Oh, dia tak sangka.

Faham dah dia sekarang.

"Kau dah tahu ke nak kerja dekat mana?"

Geleng.

"Kiranya esok baru kau nak merodong pergi cari?"

Angguk.

"Naik apa?"

"Jalan kaki aja."

Emir tak biasa jatuh kasihankan orang. Pedulikan orang lagilah jauh panggang dari api.

Tidak terjadi dengan Iman pada malam ini. Mendengarkan nasib budak itu menjadikan hati lelakinya lembut.

Welas.

"Kau nak kerja sampai bila?"

"Sampai hari cuti kelar."

"Kawan aku owner restoran. Restoran ayah dia sebenarnya tapi dia ambil alih. Salah seorang pekerja diaorang cuti. Accident. Gaji ikut jam. Sejam dalam dua puluh. Kau nak ke?"

Mendengarkan itu, Iman langsung memanggungkan kepalanya. Harapannya mencanak naik.

Dua puluh... sejam...

Tawaran yang lumayan.

"Mau! Kapan kita ke sana?"

Emir senyum senget. Macam menang duit juta-juta gaya budak ni. Boleh kerja dekat restoran aje pun.

"Pagi esok. Tunggulah depan dewan makan. Aku bawa kau pergi sana."

Iman sengih, gembira. "Oke! Makasih, abang Emir! Banget!"

"Ya." Emir mengangguk kecil.

"KEMAS rumah, udah. Bersihin bilik air, beres. Kain di ampaian juga udah diangkat." Izz berbicara sendiri, memeriksa setiap kerja rumah yang dia sudah lakukan seorang diri.

Ya, seorang diri kerana dia tak mahu membebankan adik-adiknya. MakCik Sakinah juga. Wanita itu sudah penat lelah ke pasar pagi tadi.

"Okey, semua selesai." Izz menepuk bahu sendiri, bangga. "Ayo rehat."

Suara teriakan Inas datangnya dari bilik Iqbal memeranjatkan Izz. Lelaki itu segera berjalan ke sana.

Mesti bergaduh lagi. Alahai, penat sungguhlah...

Izz tiba di tempat kejadian. Bilik Iqbal. "Hei, hei. Udah pada kenapa nih?"

Inas yang mendengar suara abangnya datang menegur terus berlari mendapatkan abangnya. Dia memeluk kaki Izz. Erat. "Abang Iqbal nih... tunjukin gambar hantu ke Inas."

Tubuh genit Inas dibawa naik ke dukungan. "Iqbal, jangan gitu, sih. Bikin takut ke adik, ih. Udah gede kok gini sih?"

Senyuman Iqbal mati. "Orang Iqbal padahal mau ngelawak aja," balasnya. Tak boleh terima teguran abangnya.

"Berisik, tau?"

Iqbal sedikit membuat mimik muka menyampah. "Ya udah." Sudah. Malas bertengkar. Semua nak salahkan dia. Benda bergurau pun nak ambil serius.

"Seneng kan kalo Abang Iman pulang," bisik Iqbal perlahan. Abang Izz suka salahkan dia. Suka marah dia macam menjadi seseorang yang besar itu sebuah jenayah.

Abang Iman tak begitu. Abang Iman tegur dia baik-baik walaupun dia bersalah.

Izz dengar. Cukup dengar. Dia belum tuli. Bisikan Iqbal itu kuat, seolah ingin menyuruh Izz mendengar sama.

Dia menunduk, berbisik dalam hati, 'abang Izz gak pandai jagain kalian kayak Abang Iman jagain kalian. Maaf.'

Izz cuba mengabaikan kata-kata Iqbal. Tak apa. Adiknya itu diselebungi amarah. Dia faham.

"Ayo, abang ajarin Inas mewarna. Mau?"

Inas sengih. "Okey!"

Langit JinggaWhere stories live. Discover now