bab 29 ☼

76 15 13
                                    

"ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM!" Iman tersentak dari lena singkatnya. Mata laki-laki itu bergerilya di dalam surau. Mendapati dia seorang saja di situ, Iman meraup mukanya.

Keringat memercik di sekitar dahinya. Dampak dahsyat dari mimpi buruk yang barusan dia alami.

Mimpi buruk tentang Izz.

Isi mimpinya, Izz merengkuhnya kuat. Teresak menangis seraya mengeluh katanya kehidupannya payah. Dia sudah tidak kuat melayani takdir semesta.

Serasa nyata. Teriakkan, keluhan, tangisan Izz. Semuanya.

Iman menilik jam digital pada dinding surau. Matanya terus terbelalak. "Dih, udah telat!" Dia perlu segera ke padang. Latihan bola sepak akan berlangsung lebih kurang sepuluh minit daripada sekarang.

Sejadah dia gunakan untuk solat tadi dilipat dan ditempatkan di rak. Dia membetul-betulkan kedutan pada baju jersi kegemarannya; bewarna hitam. Rambutnya disisir ala kadar menggunakan celahan jari.

Nanti malam dia mahu telefon Izz, bertanyakan khabar Izz dan keluarganya di rumah bagaimana.

Iman berlari anak menuju ke padang. Tiupan angin membawa rerambutnya ke belakang. Hari ini dingin, cuaca yang nyaman. Matahari petang ini tidaklah begitu terik sinarnya. Sedang-sedang memancar seluruh alam. Langit kelabu meliputi sebahagian kanvas langit, barangkali menjadi penyebab kenapa sinaran matahari pada petang hari ini tidak begitu menyilaukan mata.

Lelaki itu brek kecemasan mendadak. Sibuk mengamati cuaca, dia hampir terlanggar seseorang.

"Tengok depan lain kali," tegur suara lunak itu. Buku di tangannya dibawa merapati dada.

Heyn. Gadis itu adalah Heyn Aralyn.

"Loh? Kamu di sini kenapa?" Nanap. Iman membolak-balik menatap Heyn. Gadis itu mengenakan baju T polos berlengan panjang bewarna biru muda, seluar trek, shawl hitam menutupi auratnya.

'Seringkas itu saja penampilannya bahkan sudah cukup cantik.'

"Ni ha. Tertinggal buku." Heyn menunjukkan buku teks Fizik yang dia pegang.

Iman ketawa kecil. "Kemarin kotak pensel ketinggal. Hari ini buku. Besok apa?"

"Saya bukannya sengaja nak tinggal." Eleh, Heyn tahulah sifat cuai dia kuat. Tak payahlah gelak.

Ketawanya bersilih ganti dengan sebuah senyuman sumir. "Ada nih. Ketinggal juga."

"Hah?" Automatik Heyn gelabah. "Apa? Ada dekat awak ke?"

"Ada." Angguk. "Hati kamu. Tapi mau pinjem, bisa? Gak mau dibalikin sampe bila-bila, bisa?"

Aiseh! Ni lemah ni! Heyn tak tahu nak balas apa. Dia tercengang sendirian. Iman pun satu! Selalu bagi jantung orang hampir gagal berfungsi berdosa, tahu?

"Tak bolehlah. Hati saya hitam." Spontan jawapan Heyn.

Iman ketawa. Heyn Aralyn dan lawak spontannya memang berpisah tiada.

"Iya kalo gitu biar saya tatang hati-hati. Saya jaga sampe bersih."

"Nanti bersih sangat transparent pula."

Iman ketawa lebih kuat dari tadi. Terhibur dengar jawapan Heyn.

Sebelum Iman melanjutkan kata yang pastinya tak sihat kepada jantung Heyn, gadis itu terlebih dahulu membuka pertanyaan, "awak ni nak pergi mana? Nak balik asrama?" Angkat kening. Jalan ke asrama bukan arah sini.

"Bukan. Mau latihan bola sepak di padang." Iman tetap menjawab, menenggelamkan topik tadi. Dia pun hilang akal mahu beri balasan apa.

"Oh..." Heyn angguk. Patutlah siap sarung jersi bagai. Ada latihan bola sepak rupanya.

Langit JinggaWhere stories live. Discover now