bab 25 ☼

90 19 1
                                    

MENYIRAP darah Heyn pagi-pagi buta begini. Dia berpapasan dengan beberapa orang pelajar tadi sebelum tiba ke kelas. Rata-rata mereka memberikan dia jelingan dan ada yang mencemuhnya.

Nak saja Heyn menjerit berkata, 'korek biji mata kau baru tahu!' tapi Heyn simpan saja niat buruk itu dalam hati.

Bukan salah mereka.

Salah Ayu kerana menyiram kotoran atas nama Heyn di Twitter. Matang sangatlah tu buat perangai pergi burukkan orang dekat media sosial? Cuba datang kutuk Heyn depan-depan daripada buat macam tu. Kenapa? Takut?

Rehat tiba. Tanpa mengendahkan panggilan kawan-kawannya, Heyn menonong keluar dari kelas.

"Heyn! Ish, budak ni!" Nia sudah mengejar langkah Heyn.

"Nia, biarkanlah!" Syu menegah. Heyn tak bagi ikut dia tadi.

"Kau tak tahu ke, Syu? Kawan kau tu kalau mengamuk boleh roboh sekolah. Silap-silap dia pergi mengamuk dekat Ayu tu, syahid perempuan tu dia buat nanti. Baik kita pergi tengok!" Nia menarik tangan Syu dan Fafa, mengarah mereka berlari mengejar Heyn.

Dalam keterpaksaan, dua orang itu mengikut Nia berlari.

Heyn tiba di blok tingkatan lima. Dia menolak ke tepi orang-orang yang menganggu laluannya. Dah tingkatan lima pun berebut nak turun tangga macam budak tadika. Kantin tu tak lari pergi mana pun!

Di hujung koridor sana, Heyn nampak ada dua manusia sedang berbincang sesama sendiri.

Ayu dan Iman.

Langkah Heyn melaju. Bila sudut mata dua orang itu terperasankan seseorang sedang melangkah laju ke arah mereka, mereka sama-sama menoleh mendapati muka bengis Heyn menghiasi pandangan.

Ayu sudah menyimpulkan senyuman sinis. Iman pula, sudah terkaget sendiri.

Heyn marah, menyeramkan.

Heyn berhenti betul-betul depan Ayu. Jarinya ditundangkan tepat pada batang hidung mancung Ayu. "Kau! Apa masalah kau!"

"Takda. Aku bagitahu benda betul je."

"Benda betul apa macam tu? Kau burukkan aku, orang-orang semua buat muka bila nampak aku. Dah kalau nak sembang pasal benda betul sangat, kenapa kau tak sembang pasal Iman reject kau sekali! Tu kan lagi sahih bin nyata!" Membuak-buak amarah Heyn. Kuku dia sekarang ini nasib baik pendek aje. Kalau tidak, dicakar-cakar sudah muka lawa Ayu itu.

Lekuk senyuman Ayu jatuh. "Kau cakap apa?"

"Lah? Tak terima ke? Sakit hati ke Iman tak suka kau?" Heyn pura-pura gelak. "Iman, tolonglah! Susah sangat ke nak terima saya?" Dia mengejek cara percakapan Ayu malam itu. Gelak lagi, "bodoh! Beria punya perempuan!"

Ayu menggenggam tangannya kuat. Geram bercampur malu. Tangannya kalau boleh hendak saja dia mencapai leher si Heyn itu dan mencekiknya puas-puas. Mengingatkan ada Iman di sisi, dia tidak jadi.

"Heyn..." Iman menegur perlahan. Tahu marah, cuma jangan sampai mencarut. Agak keterlaluan begitu.

Heyn menjeling saja Iman yang menegurnya. Dia pandang Ayu semula. "Cuba kau bagitahu aku, apa masalah kau? Kau sakit hati dengan Iman, kenapa aku yang kena?"

"Haah! Aku sakit hati. Kenapa Iman pilih kau eh dalam banyak banyak perempuan cantik dalam sekolah ni?"

Heyn diam sekejap.

'Iman pilih... apa maksud Ayu?'

Ah, tak penting! Heyn tak mahu panjangkan fikirannya mengenai itu.

"Habis tu? Nak suruh dia pilih yang cantik tapi hati busuk macam kau ke?"

Langit JinggaWhere stories live. Discover now