PAGI hujung minggu, Heyn dikejutkan dengan bunyi notifikasi telefon bimbitnya yang bertalu-talu. Gadis itu menggaruk kerak di bawah mata. Dia mengeliat sekali sebelum mencapai telefon bimbitnya.
Heyn menggosok matanya apabila mendapati Cikgu Amin yang bertangunggjawab menghantarnya pesanan.
Assalamualaikum, good morning
Heyn
Are you free today?Waalaikumussalam
Morning, sir
Yes, I don't have any plans for today
What can I help you, sir?Ok
Can you come to school today?
By 10 AM?Heyn menggaru lehernya. Dia menyepetkan mata merenung jam dinding yang tergantung dalam biliknya.
8:50 pagi.
Why, sir?
I have something important
to discuss with you
Other teachers and students
are present tooHeyn menjatuhkan kepalanya kembali pada bantal empuk miliknya. "Malasnya, ya Allah..." rungutnya. Kuat dia menghembuskan nafasnya, tanda dia benar-benar malas hendak ke mana-mana. Tambahan pula di luar sana hujan renyai-renyai mulai turun.
Alright
Sure, sirMeet me at Dewan Kejora, okay?
Noted
Malas-malas pun, dia perlu bersetuju. Tertanya-tanya juga ada apa sebenarnya sampaikan guru subjek Bahasa Inggeris itu seru dia?
Alih-alih bangun dan menyiapkan diri, Heyn malah sambung bermalas-malasan di atas katil buat beberapa minit. Cuba untuk sepenuhnya mengumpulkan nyawa.
Habis sesi mengumpul nyawa, Heyn bangun dari katil. Kain tuala bercorak flora ditarik turun dari penyidai besi yang terdapat dalam biliknya. Dia siap-siap menyucikan diri.
Malas bersiap cantik-cantik, Heyn tarik sepasang seluar trek dan hoodie hitam. Tak lupa juga tudung sarung bewarna hitam. Sekali pandang, nampak macam orang emo nak pergi bersukan. Lantaklah. Dia malas berdandan cantik-cantik. Pergi jumpa cikgu-cikgu dengan bebudak lain aje.
Pintu dikunci rapat sementara menunggu tempahan Grab tiba, Heyn memeriksa telefon bimbitnya. Nak periksa sama ada Iman masih menyekatnya lagi atau tidak.
You were unblocked by Iman 🤝
Heyn tersenyum membaca kenyataan itu. Bila Iman nyahsekat dia? Tak perasan pun?
Picitan hon dari kereta Grab yang dia tempah kedengaran. Heyn kembali simpan telefon bimbitnya. Dia bergerak ke arah kenderaan tersebut.
LEWAT lima minit, Iman gelabah menuruni anak tangga aspura. Rambutnya yang berantakan tidak dihiraukan. Tak ada masa! Dia kena cepat!
Lenanya terganggu dalam asrama tadi tatkala telefon bimbitnya berdering. Ustaz Azzam yang menghubunginya dan memintanya untuk bertemu di dewan hari ini.
Dia terlewat kerana dia sambung bermalasan di atas katil sampaikan terlelap. Sedar-sedar saja, jam sudah menunjukkan pukul 9:45 pagi, tempoh sejam berlalu sejak Ustaz Azzam menghubunginya.
Apa lagi? Kabut jejaka itu merapikan dirinya. Bersiap pun ala kadar. Dia pun lupa dia sempat pakai minyak rambut atau tidak tadi.
Malam semalam dia sibuk bersengkang mata menyiapkan setiap satu kerja sekolahnya yang dia terlepas sepanjang seminggu yang lepas dia tidak hadir ke sekolah. Amat-amat melelahkan sampaikan dia yang tak biasa tidur lepas subuh, terbabas juga tadi.
YOU ARE READING
Langit Jingga
Teen Fiction[KNOWN AS: HEYN + IMAN] Cerita biasa. Perihal dua manusia berkongsi cerita di bawah lentera dunia. Cerita biasa. Bagi dua jiwa nelangsa yang cuba berdamai dengan duka. Cerita biasa. Kedua mereka mencipta cereka dan menjadikan saksi mereka langit jin...