HUJUNG minggu dihabiskan oleh para gadis itu dengan meluangkan masa bersama di perpustakaan awam. Niat awal kononnya hendak ulang kaji mata pelajaran Matematik namun kini, masing-masing sudah tutup buku sendiri. Belek telefon bimbit pula.
Kecuali Heyn. Dia seorang saja masih belum terhasut untuk memegang telefon bimbitnya. Jari lentik gadis itu membolak-balikkan beberapa helai kertas latihan Matematik yang diberikan oleh guru mereka tempoh hari.
Seketika, dia menaikkan bola matanya memandang setiap dari kawan-kawannya. Ada yang tersengih, ada yang bermuka serius. Dia menggelengkan kepala. Lalai, ini semua lalai!
Heyn mencondongkan badannya ke depan, dia berbisik, "kauorang semua dah siap ke belum?"
"Ha?" Fafa di sebelah tempat duduk Heyn memintanya mengulang soalan.
"Kauorang semua dah siap ke?" Heyn naikkan suaranya. Risau kawannya itu masih lagi pekak macam tadi
"Sikit lagi. Aku balik buat dekat rumahlah. Kalau diaorang tu ha... aku tak tahulah." Fafa angkat bahu.
Nia dan Syu yang tahu nama mereka disebut, serentak mengalihkan perhatian mereka memandang Fafa dan Heyn. Kening Syu terangkat. "Amende? Mengutuk kami ke?" bisiknya.
"Perasan. Kau bukan famous pun," ledekkan Heyn berhasil membuatkan Syu menjeling ke arahnya.
"Dah tu bisik dua apa tadi? Fikir eloklah tu lukakan hati aku dengan Nia?" Syu gulingkan matanya ke atas. Bukan tak dengar apa Heyn dan Fafa sembang apa tadi. Saja dia nak cari gaduh.
"Bukanlah!" Suara Heyn separa berbisik, separa menjerit. Tak ada kerjalah dia nak mengutuk Syu dengan Nia. Sia-sia aje dua ekor minah tak bertauliah itu dapat pahalanya nanti. "Aku tanya dekat Fafa kauorang dah siap ke belum."
Nia mengangguk laju mendengar pertanyaan Heyn. "Orang pro mestilah siap awal."
"Betul." Syu tiba-tiba bersetuju padahal dia pun belum siap sepenuhnya lagi. "Orang tak pro macam kau je lambat siap. Buat kerja terkemut-kemut." Nikmat sekali dia mengutuk Heyn.
Heyn tak terkesan. Dia tenung Syu dengan muka tak peduli. "Okey, cancel belanja Syu McD hari ni." Gadis itu kemudiannya menoleh ke arah rakan-rakannya. "Jom, pergi makan McD. Lapar." Dia menggosok perutnya tanda benar-benar lapar.
Syu membuntangkan matanya melihat Heyn mula mengemas segala alat tulis, kertas-kertas dan buku-buku rujukannya. "Heyn!" Dia cuba meraih tangan gadis itu tetapi tidak kesampaian kerana jarak mereka terbatas.
"Heyn, dengar dulu penjelasan abang! Abang minta maaf!" Tiba-tiba jadi drama TV3.
Heyn menjarakkan dirinya daripada meja tersebut. "Gue benci sama mas! Gue gak mau dengerin apa-apa lagi! Gue jijik sama mas!" Ini pula tiba-tiba jadi Sinetron.
Sementara Nia dan Fafa yang menjadi penonton dua drama berbisik itu menggeleng kepala. Siapalah ya, dua orang ini? Tak kenal.
DESAS-DESUS manusia sekitar di dalam restoran cukup popular itu menjadi halwa telinga sebaik mereka berempat menjejaki kawasan restoran tersebut. Sementara menunggu Nia dan Syu beratur memesan makanan mereka, Heyn dan Fafa ditugaskan untuk mencari sebarang tempat kosong untuk mereka duduk dan makan sekejap lagi.
Hari ini hari Sabtu, jadi sewajarnyalah restoran ini kelihatan penuh dengan orang-orang yang cuba menghabiskan masa bersama orang tersayang pada hari minggu. Ada sebuah meja dihuni oleh sebuah keluarga besar, ada sebuah meja dihuni pasangan bercinta dan ada juga yang diisi oleh beberapa kumpulan kawan, sedang bergambar sesama sendiri sambil menikmati makanan mereka.
YOU ARE READING
Langit Jingga
Teen Fiction[KNOWN AS: HEYN + IMAN] Cerita biasa. Perihal dua manusia berkongsi cerita di bawah lentera dunia. Cerita biasa. Bagi dua jiwa nelangsa yang cuba berdamai dengan duka. Cerita biasa. Kedua mereka mencipta cereka dan menjadikan saksi mereka langit jin...