"Weh meleset siottt"maki seorang lelaki di bangunan sebelah.Dia tangan memegang pistol bewarna emas.Dia lepaskan pistol kalis bunyi langsung tidak keluarkan sebarang bunyi.
"Kalau dah tahu meleset jangan lah tembak!membazir peluru jela kau ni!"balas seorang lelaki lagi di bangunan yang agak tinggi dari bangunan sebelah.
"Cakap tak pakai otak kalau aku tak tembak macam mana nak tahu meleset ke tidak"marah Tengku Aiman melihat Haider berkedudukan lebih tinggi dari dia.Dia mana pandai bak-bak menembak ni kerja dia bawa jet je.
Haider yang sedang menyasarkan seorang lelaki yang baru saja keluar dari kereta gagal.Habis punah kerja dia disebabkan Tengku Aiman lepaskan tembakan tidak kena target.Hancur luluh semua!
Mereka menunduk kepala apabila beberapa orang mencari kehadiran mereka.Haider menelefon Tengku Aiman.
"Kau ni dah kenapa habis kantoi!"terus Haider sembur member bangunan sebelah.
"Woi woi!!kau pehal telefon !kita pakai alat dekat telinga kan?"marah Tengku Aiman pula.
"Takboleh nanti diorang dengar macam mana?"bisik Haider seakan ada manusia di sekitar dia.
Tengku Aiman matikan talian itu.Haider mencebik bibir,dia kembali bangun sedikit intai keadaan sekarang.Selamat...
"Aku diam-diam sukaaa kamuuuu..."kedua belah mata sedang meneropong arah tuju lelaki itu.Pistol disimpan dalam poket seluar.
"Yang cuba mendekat..di hatiii muuu.."sambung lagi nyanyian di mulut itu.Dalam fasa menyeru katak lah tu.
Tengku Aiman kerling Haider,bukan perlahan Haider menyanyi tapi terlebih kuat kalahkan guruh.Salah satu punca musuh boleh cam mereka adalah dengan kekesalan membawa Haider.
"Dah aku turun dulu.."Tengku Aiman simpan pistol dalam plastik kecil hitam.Dibimbit seperti baru balik dari kedai beli ais krim.Jaket merah dibetulkan sedikit habis terselak akibat meniarap.Mujur tak nampak roti keping kita.
Haider melihat itu turut bergerak turun dari bangunan.Turun bukan pakai tangga malah pakai tali.Haider ambil tali yang sudah disedia di birai bangunan kemudian dia melakukan abseiling iaitu kaedah penurunan secara menegak melalui tali.
"Kau tak takut ke turun tali tu yunk?"soal Tengku Aiman mendongak kepala melihat Haider masih lagi dalam perjalanan.
"Hurm,ada telur nak takut buat apa"jawab Haider penuh dengan keangkuhan.Kita lelaki mestilah kuat macam harimau.
Tengku Aiman jeling menyampah,nak kata apa lagi?Haider selamat mendarat kedua belah kaki atas jalan tar di sebelah Tengku Aiman.Tali itu dibiarkan saja di situ tanpa diambil.Pandai-pandai lah orang fikir mungkin ada pekerja cat bangunan yang tinggal..
"Kau nak tinggal ke tali tu?"soal Tengku Aiman melihat Haider yang mahu berlalu pergi.
"Biar jelah..takde siapa tahu pun mesti orang ingat pekerja cat yang mari buat kerja"balas Haider pusingkan badan melihat Tengku Aiman.Dia gembungkan mulut.
"Masalahnya ni bangunan terbiar bengap!mana ada orang buat kerja amal dah.Kau tengok dinding ni..dah retak seribu tuuu.."marah Tengku Aiman perlahan.Kalau bukan dalam waktu kerja ni dah lama dia jerit bagaikan dia lelaki yang paling tersakiti dengan kekebalan otak Haider.
YOU ARE READING
FOREVER MINE COMPLETE
RomanceBook 2 ;COMPLETE {Action+Romance} Luth Mateen Our commando is already fall in love,jejaka yang tinggi lampai berusia 28 tahun yang pernah merasa erti sakit.Bekerja tanpa menghirau kan keadaan sekeliling,dalam diam pada pandangan ketiga hati dia mula...