14

4.1K 145 1
                                    

Gibran menhantar Luth sampai ke depan pintu pagar.Selamat bercuti kawan ku...

"Happy holidays"ucap Gibran kepada Luth.Dengki pula sekarang ni.Luth ambil cuti beberapa minggu atas alasan ada hal darurat.

"Bye see you"Luth menumbuk dada Gibran dengan lembut.Dia berlari ke arah kereta dia,enjin dihidupkan.Sempat dia hon kepada Gibran sebelum keluar dari kawasan kem.

Kepulangan dia tidak diberitahu kepada sesiapa,hanya Haider saja yang tahu.Luth keluar dari kereta apabila sudah sampai tempat tujuan dia.Penumbuk mengetuk pintu disertakan dengan salam.

"Kejap"laung suara itu dari dalam,Luth berhenti mengetuk,dia menatap pintu yang masih tertutup itu dengan perasaan teruja.

"Waa..Luth ! " jawab salam pun tak habis tubuh tegap Luth sudah dipeluk erat.Sungguh dia rindu dengan lelaki ini.Rindu mahu memeluk badan ini lagi.

Pelukan dilepaskan,kini bibir dia pula tak lepas mencium setiap inci wajah Luth.Luth sudah mengeliat kegelian.

"Mama ! " marah Luth dengan manja,dia datang ni bukan nak suruh mama dia cium.Tapi hakikatnya dia rindu orang tua dia.

"Mama rindu kamu tahu!lama kamu tak datang sini"kedua tangan memegang bahu Luth.Dia pandang Luth dengan hati yang amat rindu.Digoncang kuat badan anak lelakinya.

"Mama memang nak bercakap dekat luar ke?Luth okay je"kata Luth dengan riak biasa.

"Hayaa jom-jom"

Sudah empat bulan Luth tidak datang menjenguk dia di sini mana tak rindu nya dekat anak sulong dia ni.Dia pun tinggal sorang-sorang je dalam rumah ni tiada siapa yang teman dia.

"Haider cakap kamu pergi ops sebulan,kenapa awal sangat kamu balik?"soal Puan Nelly kepada anak sulongnya.Senyum sebaris dia lihat pemakaian Luth.Seragam yang sudah lama anaknya mahu pakai.

Luth melabuhkan duduk di atas sofa,keluhan kecil keluar dari mulut dia.Puan Nelly pandang Luth yang tidak menjawab soalan itu..

"Luth ada masalah ke?"Puan Nelly pandang pula tempat lebam di wajah anak dia.Perkara ini dah biasa bagi dia seorang ibu.Luth selalu berkata jangan khawatir tentang diri dia.

"Adik ada beritahu apa-apa?"

Puan Nelly mengubah posisi dari melihat Luth dia berpaling ke depan.Perkara yang Luth maksudkan sudah sampai ke telinga dia sendiri.

Dari air muka Puan Nelly Luth sudah agak mama nya sudah tahu.Masalah keluarga mereka tidak pernah selesai semenjak Dato Khairi berkahwin dengan Puan Nelly.

"Nenek kamu pun setuju dengan dia,mama tak boleh buat apa.Kamu tahu kan mama tak ada kuasa dalam hal ni walaupun kamu anak kandung mama"ujar Puan Nelly dalam suara pilu nya.Maaf kan mama Luth.

"Bila majlis tu?"

"Lusa"sayu Puan Nelly berkata..Walaupun dia duduk berjauhan dengan keluarga tapi setiap apa yang berlaku mesti sampai ke telinga dia.

Jawapan itu tak mengejutkan Luth langsung,dia tenang mendengar...

"Izin kan Luth tinggal dengan mama dalam seminggu ni dan tentang Luth mama jangan beritahu sesiapa"pinta Luth pandang dinding di hadapannya.Ini lah hal darurat dia,mujur Gibran faham dan rela hati gantikan tempat dia.

Semua buat keputusan tanpa menunggu persetujuan dia.Hanya satu ayat diakhiri titik noktah saja mereka harus akur...

Puan Nelly adalah isteri pertama kepada Dato Khari dan Datin Haritini ialah isteri kedua.Tapi semua ini bukan kehendak Dato Khairi sendiri,semuanya atas sebab Datin Janariah iaitu ibu kepada Dato Khairi.

FOREVER MINE COMPLETEWhere stories live. Discover now