18

4.1K 142 1
                                    

Malam minggu Haider dan Reza memaksa Luth untuk ikut mereka makan di kedai yang agak popular pada era ini.Kedai di mana ramai yang memuji kesedapan masakannya,shellout dan shellin.

Luth hanya menyarungkan hoodie hitam dan seluar cargo kelabu.Topi sentiasa dipakai olehnya,bukan botak tak handsome tapi serabut rambut panjang.

"Korang pergi dulu.."kata Luth berlalu ke arah tempat yang sedikit gelap.Telefon berdering minta diangkat.

Haider,Reza dan tak lupa budak kecil ni,Laila Melvina sibuk nak ikut kekasih hatinya.Merajuk dengan Haider sebab tak beritahu kepada keluarga tentang hubungan mereka.

Benci abang Haider ! ingat kita ni tunggul ke nak tunggu dia !

Bak kata Haider : aku nak pinang anak orang bukan anak pokok jadi kena sediakan mental dan fizikal nak hadap mak pak budak tu.

Laila yang kena sembur itu hanya diam menelan kata-kata Haider.Langsung tak sweet!

Mereka bertiga memilih tempat duduk paling tengah,itu je yang kosong semua penuh..

Tihany yang sedang mengelap meja itu terpandang wajah yang dia kenal.Dia langkah dengan senyuman..

"Encik Haider dan Reza"tegur Tihany kepada dua jejaka itu dan seorang perempuan.Senyuman nipis Tihany hulur buat Laila.

"Eh Tihany"terkejut kecil Haider lihat pekerja dia berada di sini.Dia terpandang kain kecil di tangan Tihany.Kerja sini ke?

Laila pandang dengan riak garang,awek mana pula Haider tegur ni !

"Erk..korang nak order apa?"Laju Tihany larikan anak mata apabila terserempak dengan mata kecil Laila.

"Awak kerja sini ke?"soal Haider ingin tahu,buku menu diberi kepada Reza.Dia mahu soal siasat Tihany sekejap.

"Ha...haah"kekok Tihany menjawab soalan.

"Oh...au.."Haider mengaduh sakit apabila kaki kanannya disepak kuat oleh Laila.Dia cerlung wajah kekasih hati dia.Pehal!!

Laila bulatkan mata.

"Oh ni Laila kawan kami"Haider kenalkan Laila kepada Tihany.Reza kusyuk melihat menu yang disediakan...

"Hai..sa..saya Tihany kerja dengan Encik Haider"gerun weh nak keluar kan kata-kata.Senyum jelah paling manis mana tahu muka masam tu berubah.

"Oh hai"air muka Laila kembali neutral bila mendengar Tihany kerja dengan Haider.

Selamat kau malam ni Encik Haider kalau tak,kena penampar singgang lah dari tangan kecil dia ni...dah lah label dia sebagai 'kawan'.

Siap memesan Tihany minta diri untuk menghantar pesanan yang dipesan kepada tukang masak.Sambil tunggu kerja lain dia berehat di kerusi tepi kaunter.

"Penat dik?"tegur Syakirin melintasi Tihany.

"Boleh tahan lah"lelah dia mahu jawab.Hari orang gaji memang ramai sikit.Ramai sampai tak cukup meja,terpaksa yang lain tunggu di luar.

"Takpa lepas ni kau tak kerja sini dah,nanti habis belajar ikut encik suami neh.."kata Syakirin ada sedikit nada memerli.

"Saja je kau kan?"abang kembar dia suka sangat memerli dirinya.

Syakirin sengih nakal selepas itu dia berlalu pergi.

Tersengih sendiri dia apabila kenangan bersama Ilman menerjah ruang otaknya.Terkenang juga nasib dia nanti lepas kahwin mesti kena tinggal dengan suami.Tulah cari kerja jauh lagi!

TING !

TING !

TING !

TING !

FOREVER MINE COMPLETEWhere stories live. Discover now