Tangan Puan Nelly disalam oleh Tihany,pipi kanan dan kiri Tihany dicium lembut oleh Puan Nelly.Hari ni Luth cakap mereka berdua akan berangkat pulang ke kampung iaitu di Terengganu.Kampung kedua merpati ini.
Khabar ini belum diberitahu lagi kepada Puan Seroja dan Puan Zainab saja nak buat kejutan biar sakit jantung tengok cucu menantu balik.Terakhir jumpa hari pernikahan mereka.
Wajah kedua wanita tua sukar di kata memang tidak percaya dibuatnya.Bak kata Puan Seroja; boleh gila aku kalau berkahwin dalam keadaan macam ni.
Kata Puan Zainab pula;kalau aku jumpa lah dengan si Ilman tu konfem aku lumat kan jadi belacan.
Mahu terbahak Tihany ketika itu,Puan Zainab belum pernah berjumpa dengan Ilman itu yang geram semacam tu.
Ilman...
Bercakap soal lelaki itu selepas Tihany terima mesej itu Ilman langsung tak hubungi ataupun mesej dengan dia.Tihany sabarkan diri mahu sembur segala api amarahnya yang dipendam sehingga sekarang kepada jantan bahlol itu.
"Fikirkan apa?"tanya Luth dia tidak senang dengan Tihany yang mengelamun setempat itu.Bagaikan ada sesuatu dalam fikiran wanita itu.
"Ilman.."jawab Tihany tanpa berfikir,walau perlahan tetapi Luth dengar.
Serta merta wajah Luth berubah,terasa rahangnya menegang mendengar balasan Tihany.Baru 20 minit dia memandu.Tidak senang duduk Luth memberi singal kiri lalu stereng diputar berbenti di bahu jalan.
"Ke..kenapa?"terkebil Tihany bertanya bila kereta sudah berhenti.Dia toleh sebelah,Luth menunduk kepala dengan mata yang tertutup.
Tihany bagaikan terjentik dengan jawapan dia tadi,membulat matanya tangan kanan naik menutup mulut.
"Saya minta maaf bukan mak-..."
"Stop ! aku nak kau tahu hubungan kita dah halal Tihany ! masih wujud ke lelaki itu dalam otak kau?"suara Luth sudah naik seoktaf.Panggilan pun sudah berubah.
Tihany mengeleng laju dengan wajah cuak bercampur takut dengan wajah merah Luth seperti cili.Arh !
"Jawab dengan mulut!"Luth mencerlung mata Tihany,suara diturunkan sedikit tetapi dalam nada tegas.
Terhinjut Tihany mendengar suara seakan jerkahan itu.
"Tak"bergetar suara itu berkata.
Luth mengeluh lega,dia cuba tenang kan diri.
"Aku minta maaf bukan niat aku nak marahkan kau tapi aku suami kau,aku dah nyatakan perasaan aku kepada kau,kau sebagai isteri aku tak boleh fikirkan lelaki lain"suara Luth sudah kendur,kali ini tatapan redup dia pandang Tihany.
"Aku tahu banyak kenangan kau dengan dia,tapi aku nak kau lupakan dia.Dia hanya titik hitam dalam hidup kau"sambung Luth lagi kali ni tegas.Dia tidak mahu hubungan dia dengan Tihany retak.
"Baik..saya minta maaf"kata Tihany dengan penuh kesal.Tega betul diri dia menyebut nama lelaki lain di depan suami sendiri.
Luth sambung perjalanan mereka.Keadaan terasa tegang antara mereka berdua,yelah baru lepas kena marah plus menbebel.Siapa je tak kecut perut.
Sepuluh minit sebelum sampai Tihany sudah cerah kan mata nya dari tidur.Dia tidak mahu lelaki di sebelahnya kejut kan dia.Sungguh dia masih terkesan dengan amarah encik suami.
Masuk lorong dikenali segaris senyuman Tihany melebar.Akhirnya dia sudah sampai,tak sabar nak rebahkan badan atas katil.Sungguh mahu belok urat nya...
Berhenti saja kereta Tihany terus turun dari kereta meluru masuk ke dalam rumah.Orabuniii !!!
YOU ARE READING
FOREVER MINE COMPLETE
RomanceBook 2 ;COMPLETE {Action+Romance} Luth Mateen Our commando is already fall in love,jejaka yang tinggi lampai berusia 28 tahun yang pernah merasa erti sakit.Bekerja tanpa menghirau kan keadaan sekeliling,dalam diam pada pandangan ketiga hati dia mula...