Tepukan pada lengan mengejutkan dia dari tidur yang lena.Perlahan matanya terbuka mengancam gerangan siapakah yang berani kacau dia tidur.Berkerut kening dengan mata terbuka kecil.
"Kenapa?"serak suara itu bertanya,wajah masih mamai.
"Bangun dah subuh,awak turun kerja awal kan?"kata Tihany ingatkan semula peringatan terhadap dia semalam.Luth minta dia untuk kejutkan setelah azan subuh.
"Oh.."Luth menenyeh mata dengan belakang tangan.Perlahan dia bangun dari baringan.Kepala direngangkan ke kanan dan ke kiri.
"Erk.."gerun Tihany dengar bunyi yang terhasil dari rengangan otot kepala Luth.Kalau dia ni mahu tercabut terus kepala.
"Saya turun bawah dulu.."Tihany minta diri untuk turun.Tak sampai dua langkah Luth ada menyoal dia.
"Dah solat ke?"
Tihany pusingkan kepalanya balik melihat wajah bantal Luth.
"Saya abc"jawab Tihany ringkas dan cukup perlahan.Dia terbangun jam tiga pagi tadi,rasa seperti tidak selesa rupanya bendera merah.
"Oh..okay"Luth bangun terus sambar kain tuala berlalu ke bilik air.
Tihany menuruni anak tangga ke tingkat bawah sekali,rumah dua tingkat je padahal.Bau dari arah dapur menarik perhatian dia untuk melangkah ke sana,memang niat nak ke sana pun.
"Mama.."tegur Tihany mesra melihat Puan Nelly berada di depan singki.Tangan ligat memotong sayur.Segera dia mendekati tubuh tua itu.
Hari ini dia menginap di rumah Puan Nelly terlebih dahulu sebelum berpindah ke rumah Luth.Disebabkan Luth ada kerja hari ni jadi Luth bercadang untuk tinggal di sini satu hari.Esok baru dia mula cuti panjang.
"Dah bangun?"
"Hmm..masak apa?"
"Nasi lemak ayam goreng,makanan kesukaan Luth"lembut Puan Nelly menjawab sambil ada senyum kecil di wajah itu.Sudah lama dia tidak masak makanan kegemaran anak-anak dia.Hari ni jadi kekok terus nak kitar semula resepi ni.
"Oh meh saya tolong"boleh lah dia curi resepi dari ibu mertuanya.Hari-hari dia bagi makan nasi lemak untuk jejaka itu.Biar berlemak badan haha.
Puan Nelly terima pertolongan Tihany memandangakan dia pun perlu bantuan.Tihany diberi tugas goreng ayam sahaja.Sambal dan nasi sudah pun siap.
"Luth dah bangun ke?"tanya Puan Nelly baru teringat anak sulongnya.
"Dah"
"Ibu harap kamu faham kerja Luth tu,dulu ibu pun berat nak terima tapi lama-kelamaan dah cemuh.."cerita Puan Nelly sedikit kisah pahit dalam hidup dia.
"Luth dulu masa ada misi besar hampir dua bulan dia pergi,tanpa khabar masa tu kitaorang ni dah fikir bukan-bukan..tapi ibu selalu pegang kata-kata Luth..dalam peperangan ada menang atau kalah..jadi ibu tahu apa maksudnya.sama ada ibu akan sujud syukur ataupun meratapi jasadnya"kata Puan Nelly pandang Tihany.Sekuranya dia nak Tihany bersedia dari awal.Luth masih muda dan kudrat dia masih diperlukan oleh negara.
Kata Puan Nelly tiba-tiba buat dia rasa hiba.Badan jadi panas.Fikiran dia mula menerewang ke arah lain.Perang?tinggal isteri?bermati-matian?
YOU ARE READING
FOREVER MINE COMPLETE
RomanceBook 2 ;COMPLETE {Action+Romance} Luth Mateen Our commando is already fall in love,jejaka yang tinggi lampai berusia 28 tahun yang pernah merasa erti sakit.Bekerja tanpa menghirau kan keadaan sekeliling,dalam diam pada pandangan ketiga hati dia mula...