Selepas seminggu bercuti akhirnya Tihany sudah mula bekerja.Jejak je kaki atas lantai orang dah sibuk nak ucap selamat pengantin baru.Mereka semua tidak tahu pengantin lelaki nama lain dari yang sebenar.Hanya kawan baik dia saja yang tahu iaitu Mawar Kasturi.
"Kau takde seminggu Puan Maryam tu asyik tanya,mana Tihany mana Tihany..Syok sangat lah tu kahwin"kata Mawar sekali dengan riak wajah tidak suka akan Puan Maryam.
"Haha biar dia lah,rindu aku lah tu"Tihany endahkan saja,tidak mahu ambil hal.Puan Maryam tu cukuplah dia kenal dalam masa sebulan ni.Seorang yang kuat marah dan kuat mengarah.
Mawar angkat bahu.Kalau dia ni dah lama hantar santau dekat Maryam tu.
"Budak baru ada masuk weh"tiba-tiba nada Mawar bertukar teruja bila mengingatkan perkenalan dia dengan budak baru semalam.
"Cincauu?oh mai!"membulat mata Tihany,kedua tangan menekup pipi.Buat-buat teruja.
"Haah tapi kau dah diharamkan sebab dah kahwin kan..aku jelah boleh usha an an"naik turun kening Mawar menperli sahabatnya.
"Cis taik kucing"malas dah mahu melayan Mawar.Gatal nak mampus,elok dia sambung kerja yang tertunggak seminggu ni.
Ting !
Time nak start kerja lah ada orang mesej,Tihany mengambil telefon di dalam beg silangnya...Melihat nama penghantar serta merta bibir dia naik mengukir senyuman kecil.
Luth Mateen ><
Sayang balik pukul berapa?
Rasa nak masuk dalam peti sekarang! baru dalam telefon kalau depan-depan mahu nak pengsan.Gelaran 'sayang' Luth mula memanggilnya begitu,katanya ingin eratkan silaturahim dalam rumah tangga.
-Pukul lima,kenapa?
"Abang pickup eh?"
-Takpa saya balik dengan Mawar je
"Melawan cakap suami,no excuse kalau tak humban dalam loji air nak?"
Ni buat kan Tihany nak tergelak,suami dia tak padan wajah ketat boleh buat lawak.
-Humban lah kalau berani
Tihany balas dengan senyuman,tak jalan dah rasa nya kerja tu..
"Fine tunggu balik nanti,abang dapat abang tak lepas dah"
Payah rasa nak telan air liur,arh ! Luth main-main je ni.Tak kan lah nak humban dia betul-betul pulak..
Mesej berakhir dengan salam perpisahan Luth.Tihany simpan semula untuk sambung kerja.
"Sakan nau kau sengih-sengih,mesej laki lah tu"Mawar berkata dalam nada dengki,bibir memuncung ke depan.Nak juga!
"Haah lah,ada suami benda haram pun boleh halal kan."Tihany tayang wajah bangga,tadi sedap sangat nak ejas budak baru yang haram dipegang tu kan..
"Erh ! benci pula aku"geram Mawar.
Tihany suka dalam hati dengan wajah Mawar yang sudah merah.Ala kenapa merah merah ni nak cendol?HAHAHAHA ! Tapi realiti dia dan Luth tak pernah sweet sebab dia malu,Luth je yang selalu suka sakat dia itu ini.
Suasana kembali senyap,semua membuat kerja hanya keluar bunyian papan kekunci saja.Fokus benar kerja semua,gaji nak rak kerja malas.
Sesekali Tihany mematah lah leher nya ke kanan dan ke kiri.Kemudian sambung semula.
Sedar tak sedar sudah masuk waktu tengah hari.Tihany mengerling jam di dinding.Sudah tiba masa nya mengisi perut yang bergeroncang.
Tihany berpaling ke sebelah melihat Mawar yang sudah senyum ke arah nya.Kenapa pula dengan wanita ni kena sampuk hantu ke?
YOU ARE READING
FOREVER MINE COMPLETE
RomansaBook 2 ;COMPLETE {Action+Romance} Luth Mateen Our commando is already fall in love,jejaka yang tinggi lampai berusia 28 tahun yang pernah merasa erti sakit.Bekerja tanpa menghirau kan keadaan sekeliling,dalam diam pada pandangan ketiga hati dia mula...