37

4K 138 3
                                    

Sedar tak sedar kesusahan selama ni sudah berakhir di sini.Segala makian dari mulut puaka sudah tidak akan ada lagi.

"Finanly kita bebas"ujar Mawar dengan gembira sekali.Kedua tangan di awangan digoyang sana sini ingin menunjukkan hatinya begitu senang dan gembira.

"Belum lagi,remember final exam sayang"celah Tihany matikan kegembiraan Mawar.

"The heck kau ni,aku baru nak rasa gembira"geram Mawar dibuatnya,tapi tak apalah asal dia dah tak payah datang sini lagi.

"Aku rasa mesti kau terus kerja dekat sini kan?"soal Mawar.Tihany yang sibuk menyusun fail itu dipandang.Hari terakhir kenalah bawa segala barang balik.

Tihany menjungit bahu tanda tidak tahu.Ikutkan Luth suruh dia terus kerja dekat sini je tapi atas dia mahu atau tidak.

Intan dan Erna datang menerpa junior mereka,ingin ucapkan selamat tinggal.

"Selamat tinggal guys,see you next time"ucap Intan dengan wajah manis.Berat juga hati dia nak ditinggalkan oleh junior dia paling sporting.

"Thankyou bantuan korang selama ni"ujar Erna pula,kedua wanita di hadapannya dilihat.

"Thankyou Kak Intan dan Kak Erna sebab banyak tolong kami di sini"ucap Tihany ikhlas,sekilas dia melihat Mawar.

Mawar angguk tersenyum sokong dengan apa yang di kata oleh Tihany.

"And Tihany thankyou juga sebab dah halau nenek sihir tu,saat korang nak habis lah dia kena buang"kata Erna diikuti dengan ketawa kecil.

Yang lain dengar turut ketawa kecil,kisah masih segar dalam ingatan.Puan Maryam sudah dipecat oleh ayah mertuanya.Jadi semua orang dah tahu status dia di sini.

"Jangan lupa Mawar kahwin nanti jemput kami berdua"

"Hihi alamak bergurau pula dia,ada rezeki saya tak lupa"kata Mawar malu-malu kucing.

Erna dan Intan berpelukan dengan junior terbaik mereka.Ada jodoh jumpa lagi.Tak lupa juga pesanan yang dititipkan.Mungkin di tempat lain mereka akan berjumpa sama persis Puan Maryam.Mungkin lagi teruk.

Sudah tamat waktu kerja,Mawar dan Tihany keluar dari bangunan yang gah ini dengan satu hajat.Disimpan baik di dalam hati.

Sedang elok mereka berdiri di depan pintu itu muncullah kereta range rover berwarna biru gelap.Tingkap yang gelap belah penumpang hadapan di buka.Terserlahlah wajah kurang kacak Tengku Aiman yang pakai cermin mata hitam.Disebelahnya Luth sebagai pemandu,kepala lurus menhadap jalan.

Macam bos dengan driver pula,nampak dah Tengku Aiman ada vibe mafia.

"Hello girls,please come in"pelawa Tengku Aiman dengan senyuman kambing.

"Korang deman ke apa?buat apa datang sini?"soal Tihany,dia tak pesan pun range rover ni.Dia pandang Mawar disebelah.

Sah !

"Sorry Tihany hihi"Mawar menerombos masuk ke dalam kereta dulu dengan sengihannya itu,sama macam Tengku Aiman.

Mahu atau tidak Tihany terpaksa masuk juga,dahlah dia dalam perang sekarang ni.

"So how your last day?"

"Of course happy"jawab Mawar.

"Boleh lah"jawab Tihany bersahaja berbanding dengan Mawar yang teruja itu.

Sesekali dia pandang ke arah Luth yang senyap tidak berkutik.Dijeling lembut,tak habis nak merajuk!wajah ketat pun dalam hati ada taman!

"Nak pergi mana Aiman?"tanya Tihany selepas 10 minit dalam kereta.

FOREVER MINE COMPLETEWhere stories live. Discover now