8

5K 166 3
                                    

Puan Sophea mengemas meja yang sudah selesai diguna oleh pelanggan dengan kain kotor.Segala pinggan kotor diletak atas troli yang dibawa oleh pekerjanya.

"Mana Syah dan Tihany?belum sampai lagi ke dua orang tu"tanya Puan Sophea kepada Lina iaitu pekerja lamanya.Tangan masih mengelap meja makan.

"Tak tahu lah Lina,tak nampak pula kereta abang Syah"

"Hmm"Puan Sophea melihat jam di pergelangan tanga kiri dia.Sepatutnya anak dia dah sampai sini.Bukan lama sangat pun nak ke kedai dari rumah dia.Dalam lima belas minit saja.

"Takpalah"

Lina pergi ke arah dapur mahu cuci pinggan dan gelas.Ditinggal Puan Sophea yang sudah duduk di meja itu.Mahu tunggu anak teruna dan dara dia.Apalah mereka berdua buat sampaikan ambil masa sejam nak sampai.

"Tu anak mama dah sampai"kata seorang lelaki yang berdiri di sebelah Puan Sophea.

"Panjang umur"Puan Sophea bangun ingin sambut kedatang anak kembar dia.

"Sudah lah aku malas dengar dah"

"Sikit lagi sabar lah!!"Syakirin mengejar langkah laju adiknya.

Berkerut muka Puan Sophea melihat kedua anaknya menjerit.

"Kenapa dengan diorang tu"tanya Puan Sophea hairan.

"Ada lah tu diorang gaduhkan"

Macam tak kenal adik-adik dia,mana boleh bersama mesti ada saja modal nak dijadikan pergaduhan.

"Mama,kenapa mama beranakkan Syah ni"Tihany sudah memeluk lenganya mamanya inign mengadu.

"Habis tu kau sorang je nak hidup atas bumi ni"pintas Syakirin.

"Sudahlah,nanti papa tengok"Puan Sophea cuba leraikan pergaduhan dua beradik ini.Tak tahan telinga dia dengar mulut diorang berpotpet...

Mereka berdua diam,Tihany menjelir kepada Syakirin.

"Abang"Tihany menghulur tangan ke arah abang sulongnya mahu bersalam.

Syaqil menguman menyambut huluran adik bongsu dia.Terbit senyuman kecil di bibir seksi dia,sekian lama tidak nampak muka cantik adik nya sorang ni.Makin bersinar duduk kampung,mesti banyak makan timun kampung ni...

"Makin sado tangan abang"tangan Tihany naik menyentuh bahu tegap Syaqil.Walaupun Syaqil pakai baju besar tapi jelas nampak lengan yang berotot.

"Kuat kerja"ringkas jawapan Syaqil.

"Korang dah makan belum?"

Syakirin dan Tihany menggeleng kepala kepada pertanyaan Syaqil.

"Pergi duduk sana,nanti abang kamu masak"ujar Puan Sophea pula.Dia suka manjakan perut anak dia.

"Baik mom!"

Tapi Tihany tidak mahu duduk dengan Syakirin!Aku malas nak gaduh mulut dengan Syakirin,mesti dia nak sambung cerita pasal awek kelas sebelah lagi.

******

Luth mengemas pakaiannya dimasukkan ke dalam beg galas besar.Dia baru menerima mesej oleh Gibran,Majer Kim mahu semua kumpulan dia melatih prebet yang saja daftar diri selain itu mereka juga ada misi.

Majer Kim pun hanya bagi masa sejam untuk sampai ke markas mereka.Kurang satu minit kena denda nama akan dipotong.

Kau rasa aku ada masa untuk sakit kepala ke ha!

"Aku pergi sendiri,kau buat kerja kau"Luth mengambil kunci kereta di atas meja kecil.Kasut di pakai dengan kalut sekali.

"Beritahu papa,bulan depan aku balik"

FOREVER MINE COMPLETEWhere stories live. Discover now