PANG !
Satu tamparan singah di wajah kacak itu,eh sekarang dah tak kacak,tengok pun macam monyet!
"Berani kau main kan anak aku!selama ni aku percaya kan kau yang kau akan bahagiakan Tihany tapi apa dia dapat ! dia tunggu kau setia dengan kau lapan tahun ! Ilman !"
"Maaf kan Ilman pa.."
"Berhenti panggil aku dengan panggilan tu,kau bukan lagi tunang Tihany"
Puan Sophea berpelukan dengan Puan Alya melihat Encik Bakri marah.Jelas merah wajah Encik Bakri menahan marahnya dari semalam.Siapa kata dia tenang dia tidak marah.Hari ini dia akan lepaskan semuanya.
Seorang bapa tidak mampu melihat puteri dia menanggis di sebabkan seorang lelaki.Dan lelaki di depannya sudah pun jatuhkan air mata anak dara dia.
Tuan Ilyas pula diam saja menunduk,dia malu!Pantas lelaki itu dapat penampar dari Encik Bakri...
Semalam Tuan Ilyas dapat panggilan dari pejabat agama.Mahu luruh jantung dia,dengan nama pemanggil pun dia dah fikir lain..
Ilman anak tunggal selepas Puan Alya disahkan mengidap kanser rahim...
Ilman ditangkap khalwat dengan seorang pelajar berumur 19 tahun.Ya allah gelap dunia Tuan Ilyas mendengar berita itu...Kenapa Ilman perlu rosakkan anak dara orang?semua itu nafsu serakah belaka!
Paling tak kuat dia mahu menjawab dengan bakal besannya.Pelbagai alasan sudah dicipta tapi hakikat nya alasan tidak cukup untuk jelas kan situasi sekarang...
"Jangan pernah muncul depan anak aku lagi!kalau kau berani aku jamin kau masuk lokap"itu janji Encik Bakri dia sudah tidak kisah pandangan Tuan Ilyas dan Puan Alya.
Anak tak kenang budi ! nafsu serakah !
"Saya minta maaf Pia,saya minta maaf"
"Bukan salah awak Alya cuma Ilman terkhilaf"
"Maaf kan saya pertunangan ini harus dibatal kan"sambung Puan Sophea tiada apa yang perlu dipertahan kan...
"Saya redha"kata Puan Alya sebelum Puan Sophea keluar mengikut langkah suaminya ke arah kereta.Dia mahu pertahankan tapi apakah daya bukti sudah di depan mata.Mulutnya terkunci tidak tahu apa yang harus keluar.
Tidak tercapai hasratnya mahu menantukan Tihany,dari dulu dia berkenan kini disebabkan satu kesalahan anak jantan,semua angan-angan itu hanya boleh disimpan.
Ilman yang duduk atas lantai itu dipandang dengan riak kecewa.Tak sangka Ilman sanggup lakukan hal keji itu pada detik tibanya hari perkahwinan mereka.
"Tak guna kau menanggis Ilman,perkara yang kau buat jangan kau berani menanggis.Aku nak kau kahwin dengan perempuan tu,aku tak nak dia mengandung anak luar nikah!"Tuan Ilyas mengeluar kan arahan dengan keras.Dua dua sedap dua dua kena tanggujawab.
Baik dia ambil langkah berjaga-jaga dari sekarang sebelum wanita itu bunting.Ilman patut bertanggujawab!
Tuan Ilyas memangku bahu Puan Alya naik ke atas.Puan Alya diam saja dia tak tahu nak berkata apa.Dia redha dengan semua ini...Dapat menantu dengan cara yang salah.
******
"Luth Mateen"
Pantas kepala berpaling ke sebelah melihat gerangan bernama Luth Mateen itu.Lelaki itu memakai hodie dan dia sangat kenal.
"Sanggup kau nak tinggal keluarga kau sebab lekaki itu?"soal Luth sinis.Wajah sembab wanita itu di pandang kesian.Walaupun wajah dia ketat tapi hati nya tetap kesian dengan nasib gadis itu..
YOU ARE READING
FOREVER MINE COMPLETE
RomanceBook 2 ;COMPLETE {Action+Romance} Luth Mateen Our commando is already fall in love,jejaka yang tinggi lampai berusia 28 tahun yang pernah merasa erti sakit.Bekerja tanpa menghirau kan keadaan sekeliling,dalam diam pada pandangan ketiga hati dia mula...