Selesai majlis bersanding Luth dan Tihany, dengan izin Allah semua berjalan dengan lancar..Tihany pun sudah mula tersenyum seperti sebelum ini.Dia paksa diri sendiri untuk kelihatan ceria.
"Mama balik dulu,nanti jangan lupa bawa Tihany datang.."pesan Puan Nelly kepada anaknya dan Tihany di sebelah Luth.
"Ada masa kita jumpa lagi"Puan Sophea memeluk tubuh besannya.Kedua pipi berlaga sesama sendiri.
"Yelah Nelly,ada masa singgah lah"mesra Puan Sophea berkata.
Baju pengantin sudah dibuang yang pakai hanya baju seperti mahu berkebun.Yelah lepas majlis kena kemas segala perkakas.
Semua menhantar Puan Nelly sampai ke luar rumah,Syaqil dan Syakirin hanya senyum sebagai lambaian selamat tinggal.
"Hati-hati bawa kereta"tubuh Puan Nelly dipeluk oleh Luth bukan sekian kalinya.Orang terkahir pulang dari majlis mereka.Laila dan Dato Khairi sudah balik,nanti bini kedua perasan pergi mana lama sangat dua beranak tu...
Soal ni dirahsia daripada Datin Janariah dan Hartini dan Intan adik tiri dia.Semua itu tak penting,yang penting restu mama dan papa dia..
"Kenapa mama tak balik dengan papa awak je?"terpancul soalan itu bila tubuh mak mertuanya sudah masuk ke dalam kereta..
"Hurm..diorang dah bercerai"jawab Luth ringkas,nanti lah dia cerita perihal keluarga dia..
"Oh.."dia beriak terkejut sedikit,patutlah mertua dia tak berapa rapat tadi hanya sapa menyapa.
Luth mengajak Tihany masuk ke dalam rumah,malam ni dia menginap di rumah mertua dulu esok baru balik rumah Luth.
Nak bawa balik rumah Dato Khairi?jangan harap lah.
"Korang makan kenyang tak lagi?"soal Syaqil apabila mereka masuk ke dalam rumah.Puan Sophea masih di luar rumah bersama suaminya.Syakirin pula sudah berlari naik ke bilik.
"Dah bang.."jawab Luth,serius lah dia panggil abang?
"Ha elok lah tu,naik rehat apa semua malam nanti kita buat bbq"
Bersinar mata Tihany,dia paling suka kalau main bakar ayam.
"Wahhh kenapa adik tahu pun"wajah dimasamkan.Dia manusia terakhir ke yang tahu ni?
"Baru plan adik,abang kamu tu yang merungut nak buat"balas Syaqil dengan nada menyampah..
"Lah.."kalau sorang tu usah cakap lah,selalu plan last minute.
"Lepas isyak turun tau"pesan Syaqil buat kali terakhir sebelum dia naik ke tingkat atas.
"Baik.."
"Saya nak ke dapur kejap..awak naik lah dulu"
"Oh..okey"Tihany laju naik ke bilik nya,sejujurnya dia masih malu dengan suaminya yang kurang di kenali itu.
Akhirnya dia sudah bergelar menjadi seorang isteri kepada lelaki yang tidak dikenali.Setakat berjumpa dekat pejabat tu apa lah sangat.Belum puas dia mahu meneroka dunia Luth Mateen itu.
Bermula lah alam rumah tangga dia pada hari ini,banyak lagi dia harus pelajari soal ini meski dari dulu dia sudah bersedia tapi buat pertama kali untuk Luth Mateen dia jadi gelabah dan secara tiba/tiba semua ilmu alam perkahwinan dia hilang.
YOU ARE READING
FOREVER MINE COMPLETE
RomanceBook 2 ;COMPLETE {Action+Romance} Luth Mateen Our commando is already fall in love,jejaka yang tinggi lampai berusia 28 tahun yang pernah merasa erti sakit.Bekerja tanpa menghirau kan keadaan sekeliling,dalam diam pada pandangan ketiga hati dia mula...