Kepingan gambar dilempar ke atas meja dengan kasar,gambar yang cukup jelas untuk dia buktikan siapa sebenarnya wanita itu.Sanjung sangat wanita itu sampai buta mana satu baik mana satu jahat.
"Anak buah Uwais terserempak dengan minah tu malam tadi"kata Tengku Aiman separa kuat di tepi telinga Luth.Muzik lagu rancak kedengaran di dalam bilik karokae buat mereka sukar mendengar dengan jelas.
"Bagus lah,senang kerja aku"jawab Luth sambil mata melihat dua ketul manusia yang sibuk melolong di hadapannya.Eloklah mereka disantap dengan gelekan bontot Haider dan Reza.
Tengku Aiman mengambil satu keping gambar yang cukup jelas dalam keadaan menjijikkan bagi dia.Terukir senyuman sinisnya,tak sampai lah hajat kau !
Luth bangun dari kerusi petak itu meluru ke arah Haider yang seperti meroyan hilang bini.Microfon dirampas kasar.
"Kau gaduh dengan adik aku ke ha!"jeritnya kuat kepada Haider.
Terhinjut bahu Haider terkejut laju dia mengeleng kepalanya.Terkejut kena sergah dengan Luth.
"Nyanyi tu biar lah ikhlas sikit,macam orang mabuk dah aku tengok ! duduk sana"marah Luth,membazir duit aku bayar.Mikrofo dirampas kasar.
Haider bergerak ke tempat duduknya dengan wajah mendung dan bibir tercebik.Tengku Aiman sudah ketawa Haider kena marah.
"Tengok aku nyanyi"kata Luth usai memilih lagu untuk diduet dengan Tengku Aiman yang sudah merampas mikrofon dari Reza.
Bak sini nak tunjuk suara emas yang sudah lama mereka simpan.
"Threeeee twoooo oneeeeee Aiman !"lantang suara Luth memberi rangkap pertama kepada Aiman.
'Haruskah ku terus melayani perasaan
Meski pun ku tahu ini hanyalah khayalan
Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman''Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan
Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi'"Luthhhhhh!!" giliran Luth pula.
'Tidak mungkin kembang lagi dan berseri
Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman
Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan''Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi
Tidak mungkin kembang lagi dan berseri'Reza dan Haider terkesima dengan suara emas itu,sebelum ni mereka berdua belum pernah dengar suara tuan besar mereka.Tengku Aiman tu tak kisah lah bukannya member diaorang pun.
"Caya lah bosssss ! "jerit Haider memuji,telefon dikeluarkan untuk merakam.Nak suruh bini tuannya tengok.
Rangkap terakhir Luth dan Tengku Aiman nyanyi bersama.Sekianlah penutup hari ini.
Luth dan Tengku Aiman tersengih sendiri,Luth menepuk tapak tangan yang dihulur oleh Tengku Aiman itu.
Mikrofon di simpan lalu bergerak ke arah meja.Air kosong diteguk habis.Dahaga juga nyanyi lagu ni.
"Caya lah bos!sedap macam Rio"Haider tak habis memuji suara Luth.
"Habis tu aku?"Tengku Aiman menunjukkan diri nya.Dia pun nak pujian juga.
Haider pandang Reza,Reza melebarkan mulutnya.
"Boleh laaaaa"kata mereka berdua serentak dengan wajah malas.
"Cis"Tengku Aiman menjeling tajam Reza dan Haider.Korang pun sama macam katak tempuru.
Luth mengeluarkan telefonnya bila merasakan ia bergetar.Wajahnya bertukar mendatar.Tiga orang di hadapannya pandang Luth,bagaikan tahu siapa di sana.
YOU ARE READING
FOREVER MINE COMPLETE
RomansBook 2 ;COMPLETE {Action+Romance} Luth Mateen Our commando is already fall in love,jejaka yang tinggi lampai berusia 28 tahun yang pernah merasa erti sakit.Bekerja tanpa menghirau kan keadaan sekeliling,dalam diam pada pandangan ketiga hati dia mula...