10

5.1K 152 0
                                    

Tihany berjalan sambil melihat kawasan yang sudah lama tidak ziarah.Sebulan je pun tak datang nanti habis bertahun-tahun lah.

"Woi Tihany wassup anak Bakar,adeh rindu gila kau nyah!"Mawar kawan kepada Tihany menyergah dari arah tepi.Ditarik Tihany rapat sampai nak terbalik member tu.

"Iye aku tahu kau rindu jangan sampai rindu kau tu jadi takziah.. tepi"Tihany menolak lembut badan Mawar habis konyok tudung bawal nya.Dahlah sebut nama ayah aku salah!

Mulut ditutup bagi betul kan balik awning nya,dah lah tudung ni payah gila nak terbentuk.

"Alah kau still cantik apa,jangan worry okay"Mawar menolak jari ke arah awning Tihany.Membantu member yang sudah monyok itu.

"Kau tak cakap pun aku dah tahu"lidah dijelir kepada Mawar.Angkat bakul nampak.

"Eleh!"Mawar berjalan laju menyaigi langkah Tihany.Kemain jalan kalah pemain bola ni,mahu terkoyak kain baju kurung tu.

Mereka masuk ke dalam bilik di mana tempat mereka menyendut ilmu.Departmen kesenian,itu jelah yang belajar setakat ni.Nak lebih otak tak tepu.

Tihany dan Mawar berkawan sejak hari pertama mereka masuk lagi.Mula tu senyap lah macam malu-malu kucing lama - lama hurm macam gajah hilang anak.

Berjumpa je adalah nak dibisingnya,macam dunia ni nak kiamat je bersembang bergusti bercakap dan banyak lagi.

"Oh ya bila majlis kau?hujung bulan ni kan?"tanya Mawar apabila mata dia melihat cincin di jari manis Tihany...

"Pandai-pandai je kau ni,belum confirm lagi lah"marah Tihany buku nota di keluar kan dari beg galas nya.Memandai je Mawar ni,maklumat peroleh dari manatah.

"Lah yeke kesian kau kena tinggal lama"Mawar menongkat tangan di atas meja.

"Bila lah boleh pakai"

"Pakai apa pula ?"hairan Tihany walaupun Mawar berkata perlahan dia dengar okay!

"Pakai kau lah,kahwin cepat biar boleh anak awal"sembur Mawar tidak bertapis.

Tak semena kepala Mawar di hempuk dengan buku log milik Tihany.Apa punya mulut tiada insuran kah?!

"Kah kau pukul aku Tihany!sakit gile!"jerit Mawar kesakitan habis lah ilmu dalam kepala dia.

"Kau tu mengarut"mata memandang sekeliling risau kalau ada yang mendengar percakapan mereka.Bab kahwin tu takpa lah yang 'anak' ni.

"That right kan what i say uh"Mawar masih lagi mahu ledakkan amarah Tihany itu.Dia mana boleh mengaku kalah macam tu je.

"Kau jangan buat migrainkan kepala aku Mawar,tak pasal aku berhenti belajar kan"kali ini suara Tihany sedikit serius.

"Hehe okay baby,sayang minta maaf ya"tersengih Mawar meminta maaf,dia mencapai tangan Tihany di atas buku itu.

"Geli odoh eh"maki Tihany dengan perkataan yang sedikit sopan.Bahu Mawar menjadi tempat pukulan dia pula

Sekali lagi Mawar mengadu sakit,haih Tihany ni harap badan je kecil tangan kalah pemain wwe.Hari pertama dia menjadi hari paling tidak syok.Ambik lah semua kau nak pukul!

Tihany sudah sibuk bermain telefon sambil menunggu sesi belajar bermula.Mawar pula dah bermula sesi bergosip dia dengan budak meja sebelah.

"Alah sweet gilakan kim tae ho tu kan,kalau aku lah jadi shin tu sudah lama aku hebohkan siapa diri aku sebenar"

"Sebenarnya saya bukan shin ta ta arh apa tah"

Mawar mula bising dengan cerita korea yang baru ditonton olehnya.Siap lakokan peranan heroin lagi di sebelah Tihany.Scene ditokok tambah,elok lah jadi penerbit budak ni.

FOREVER MINE COMPLETEWhere stories live. Discover now