Hari bahagia telah pun tiba tapi adakah ini adalah kebahagian buat Tihany?Bukan calon pilihan tapi dia terpaksa terima demi menjaga air muka keluarga.
Tidak senang Tihany duduk di atas pelamin melihat jari jemari yang diwarnai warna merah.Dia sudah bersedia mendapat gelaran isteri tapi bukan dengan lelaki yang tidak dikenali.
"Luth Mateen bin Khairi"Encik Bakri berjabat tangan dengan bakal menantu dia.
"Ya saya"tenang Luth menjawab.Dia pandang anak
mata Encik Bakri."Aku nikah kan kau anak aku Aisya Tihany binti Muhamad Bakri dengan mas kahwin sebanyak rm1000 ringgit tunaiii"
"Aku terima nikah nya Aisya Tihany binti Muhammad Bakri dengan mas kahwin sebanyak rm1000 ringgit tunaii"
"Sah ? "
"Sah"
"Sah ? "
"Sah"
"Alhamdullilah"ucap panjang Encik Bakhri sekali lafaz anak daranya menjadi kepunyaan lelaki yang entah dari mana...
Dalam hati Luth mengucapkan syukur kepada Allah kerana permudahkan urusan dia dan Tihany.Siapa sangka crush sekolah menengah dia dulu sudah menjadi milik dia.
Ya..dia kenal Tihany sudah lama tapi wanita itu yang tidak kenal dia.
Luth minta diri untuk solat sunat sekejap sebelum sesi pembatalan air sembahyang.
Saat itu air mata Tihany tumpas entah mahu gambarkan perasaan apa,gembira?sedih?yang dia mahu perkahwinan dia selamat.Dulang hantaran Tihany pandang,semua sudah bertukar dengan sebelum ini,begitu juga baju kahwin mereka berdua.Luth minta untuk ganti dengan yang lain,tidak mahu Tihany sakit dan terus fikirkan manusia tiada hati dan perasaan itu.
"Tihany,jangan nanggis"pujuk Mawar memberi tisu kepada Tihany.
"Sayang.." Puan Sophea pula pujuk Tihany..
"Kau kuat Tihany,aku pasti dia dapat bahagiakan kau"pujuk Mawar.Dia turut kesian dengan nasib Tihany yang dikhianati oleh tunang sendiri.
Tuhan kau kuat kan lah hati Tihany untuk menerima kenyataan ini...
Luth kembali ke arah pelamin selepas saja selesai tunai solat sunat.Yang lain sudah siap sedia memegang telefon ingin mengambil gambar.
"Senyum"pesan Mawar sebelum dia bergerak ke kanan sikit bagi ruang pasangan itu batalkan air solat...
Luth labuhkan duduk di sebelah Tihany.Wajah gadis yang sudah sah menjadi isterinya beberapa minit lalu dipandang.Sejuk hati pandang.
Tihany terlalu cantik hari ni,kerana gadis itu tidak memakai cermin mata hanya contact lens berwarna koko seperti matsalleh.
"Assalamualaikum Aisya Tihany"Luth beri salam terlebih dahulu.Tak lepas dua biji mata dia memuji kecantikan isterinya.Betapa rugi manusia yang mengkhianti cinta seorang wanita bernama Tihany.
"Erk..waalaikumusalam"
Mawar menghulur bekas cincin kepada Luth,itulah fungsi dia masa-masa macam ni.
Luth senyum kecil dia menyarung cincin di jari manis Tihany.Selepas itu Tihany tunduk menyalam tangan Luth.Tak lama tak juga sekejap.
Kemudian giliran Tihany pula sarungkan cincin pada tangan kekar Luth.Kali pertama Tihany memegang tangan orang lelaki.Beza kali ni lelaki yang dia tidak kenali.
Erat Tihany pejam mata saat dahi dia bertemu dengan bibir hangat Luth.Arh!!sebak hati dia mahu mengalirkan air mata.
"Terima kasih Luth sebab terima saya"bisik Tihany perlahan saat Luth masih tidak lepaskan ciuman itu.
YOU ARE READING
FOREVER MINE COMPLETE
RomanceBook 2 ;COMPLETE {Action+Romance} Luth Mateen Our commando is already fall in love,jejaka yang tinggi lampai berusia 28 tahun yang pernah merasa erti sakit.Bekerja tanpa menghirau kan keadaan sekeliling,dalam diam pada pandangan ketiga hati dia mula...