35

3.9K 155 1
                                    

Sudah dijangka perkara ini akan terjadi,rahsia dia sudah tersebar kepada dua wanita tua itu dan sekarang Luth berhadapan dengan keluarga dia.

Datin Janariah meminta semua ahli keluarga Dato Khairi untuk berkumpul di rumahnya kecuali Puan Nelly.Semua yang berada di ruang tamu bermasam muka.

"Mateen ! apa kamu buat ni ! Friska cakap kamu dah kahwin! "sembur Datin Janariah tanpa adab,sebaik Friska sampaikan berita itu terus tak boleh duduk diam dia.Perangai Luth memang buat dia naik angin.

"Apa mummy nak jawab dengan mummy daddy Friska ni Mateen"giliran Datin Hartini pula bersuara.Wajah anak tirinya dipandang geram.

Dato Khairi dan Laila hanya diam dalam situasi ini.Tak terkejut sebab dah tahu haha.Setakat amarah dua orang warga emas ni memang Luth Mateen tak makan lah.

"So makcik dan nenek dah tahu kan,jadi Luth nak putuskan pertunangan ini"amarah dua ketul itu dihiraukan,tanpa jelaskan apa-apa dia terus kepada niat asal dia datang ke sini.

"No!"jerit Datin Janariah lantas bangun dari duduk.Mata Luth dicerlung dalam,berani cucu lelaki dia buat hal.

"Habis tu nenek nak suruh Mateen ceraikan isteri Mateen?jangan harap nenek,mati hidup semula pun Mateen takkan buat"ujar Luth kedengaran agak kasar dan kurang ajar.

Turun naik dada Datin Janariah,Luth satu satunya cucu selalu tak pernah dengar cakap dia.Cucu paling biadab!

"Kalau macam tu jadi kan Friska isteri kedua"kata Datin Hartini pula.Wajahnya cemas,mungkin risau mahu beritahu apa kepada mak ayah Friska.

Luth ketawa kecil,lagi lah dia tak nak.Satu dah cukup bagi dia...

"You know makcik,tentera tak boleh kahwin lebih dari satu...harammmmm"ujar Laila dalam nada mengajing.Dia tolong jawab bagi pihak Luth.

Tersentak Datin Hartini,dia tak tahu syarat tentera seperti itu.Datin Janariah terduduk kembali dek terkejut.

"Kenapa nenek beria sangat nak kahwinkan kami berdua?"soalan yang sudah lama berlengu di dalam kepalanya akhirnya diutarkan.

"Friska ada segalanya Mateen dia mampu bagi kamu kebahagian"itu saja sebabnya,semua kerana harta.

Luth senyum sinis,isyarat mata disampaikan kepada Laila untuk adiknya jalankan tugas.Laila angguk kecil lalu surat di tanganya dilempar atas meja.

"Tengoklah"

Datin Janariah dan Datin Hartini memandang satu sama lain.Datin Hartini terlebih dulu mengambil sampul koko itu.Dibuka...

"Kalau Luth kahwin dengan dia apa Luth dapat?harta?tapi mahkota dia?agak nya Luth orang ke berapa?"begitu sinis bercampur mengajim Luth ujar.

Datin Janariah menyambar gambar tersebut bila melihat wajah terkejut Datin Hartini.

Laila dan Dato Khairi tidak terkejut langsung kerana mereka berdua sudah lihat.Laila berpeluk tubuh menyunging bibir.

"No need for newcomers"perlahan Laila ucap.Nak sangat menantu banyak harta kan,ambiklah semua!bolehlah pergi lorong tengok senarai nama ada ke tidak.

"You tahu semua ni Khairi?"tanya Datin Haritin bila melihat wajah Dato Khairi yang tenang itu.Terkebil-kebil dia pandang Luth kembali.

"Apa je saya tak tahu"balasnya bersahaja.

Jadi selama ni mereka berdua sajalah tak tahu.Gila kau Luth.

"Luth dah pesan jangan tegakkan benang yang basah go to go"

"Same goes,jom pa"tangan Dato Khairi di sambar.Mereka bangun ikut langkah Luth di hadapan meninggalkan dua orang itu.

"Habis tu bila Laila boleh jumpa kakak ipar Laila nya"

FOREVER MINE COMPLETEWhere stories live. Discover now