Wanita berusia 23 tahun mempunyai fizikal yang sempurna seperti akal fikiran.Seorang yang peramah dan penuh dengan sifat positif.Pada usia muda ini banyak yang dia mahu kecapi.Satu persatu dia berjaya raih dengan ada nya dorongan dari orang tersayang.
"Opocot!"melantah Tihany akibat terkena minyak panas di tangan.Fuh pedih mat kalah asid.Dia sibuk berperang di dapur membuat makanan tengah hari untuk dimakan bersama neneknya.
Sekarang dia dalam fasa cuti semester,jadi dari buang masa goyang kaki dia balik ke kampung di Terengganu sambil tu boleh teman nenek dia yang sudah 15 tahun hidup sendirian.
"Dah siap belum?kau tu goreng ke mengelamun?"perli Puan Seroja berjalan ke arah singki.Kacang botol yang baru dipetik dari pagar itu dibasuh.Papan dagang dan pisau diambil.
"Tengah fikir abang Mark Lee kita ni,entah bila nak buat konsert dekat Malaysia ni.."balas Tihany basi-basi.Dia balikkan jemput sayur yang sudah keperangan.
"Hurm,dengar ceramah tu taknak"bidas Puan Seroja bersahaja.Kacang botol itu dipotong kecil mahu buat lauk malam nanti.Bela cucu banyak makan ni kena sediakan makanan setiap masa.Nasi putih dan sayur sudah memandai bagi Tihany.
Tihany diam dengar ayat Puan Seroja,saja je orang tua tu nak mengata dia.Dia ni bukan obses sangat pun cuma minat gitu-gitu je.
"Bila nak balik johor?mama ada telefon dia cakap kamu tak angkat.."Puan Seroja kerling satu-satunya cucu perempuannya.
"Kampung nenek ni line slow..nantilah Tihany telefon balik "balas Tihany sekali mengata kampung neneknya.Duduk kampung macam duduk dalam hutan kalau berkaitan dengan line internet.Nak buka youtube pun susah.
"Hum yelahh,tengok k-pop laju pula line ko.."
Tihany lihat Puan Seroja sekilas,wanita tua itu buat muka selamba derd dia je.Rasa nak picit je pipi kendur tu,memerli gak kuat betui.
"Nenek ni bukannya Tihany tabsub sangat..tengok saja-saja je"kendur Tihany berkata.Tak suka lah kalau macam ni,asyik nak mengata orang je.Dia ni dahlah hati tisu.
"Yelahhh.."
Tihany tutup api gas,jemput yang sudah ditapis diletak dalam pinggan lalu dibawa ke atas meja bersama semangkuk kecil sos cili.Haih panas-panas ni sedap makan.
"Makan nek.." ajak Tihany mengambil sebiji jemput.
"Hurm.."Puan Seroja berhenti dari potong sayur.Dia ambil satu.Mereka berdua makan tanpa bunyikan suara.Tihany angkat ibu jari tanda sedap.Lulus dah ni jadi isteri orang.
"Petang nanti Tihany pinjam hotspot nenek ea,ada nak hantar assignment sikit"kata Tihany ambil sebiji lagi.Selamat lima biji masuk dalam perut.
"Kamu rasa kan?"
Tihany kerutkan dahi,dari nada Puan Seroja macam suspen je..
"Antara Jaemin dengan Jisung yang mana handsome?"soal Puan Seroja mata hitam ke atas dengan bibir senget.Berfikir jawapan kepada soalan sendiri.
Tihany yang sedap menguyah itu terhenti terus.Tidak berkelip dia pandang Puan Seroja.Biar betul nenek aku ni?
Kata dekat orang padahal dua kali lima sepuluh je wanita tua ni.Peminat nct dream juga ea?tapi bias saya Mark Lee.
YOU ARE READING
FOREVER MINE COMPLETE
RomanceBook 2 ;COMPLETE {Action+Romance} Luth Mateen Our commando is already fall in love,jejaka yang tinggi lampai berusia 28 tahun yang pernah merasa erti sakit.Bekerja tanpa menghirau kan keadaan sekeliling,dalam diam pada pandangan ketiga hati dia mula...