Nara yang baru sahaja balik dari kelas melihat Haemin, adik Haechan yang juga baru datang dari arah yang bertentangan dengan Nara.
"noona.."sapa Haemin saat mereka bertembung di hadapan lift yang baru terbuka.
"dari kelas ke?"tanya Nara.
"tak lah.. lepak dengan kawan tadi. petang ni baru ada kelas."
"ohh.."
"oh ya, tak lama lagi ada carnival kan?fakulty korang nak jual apa?"
"biarlah rahsia.."
"alaa sharelah sikit. jangan risau, saya takkan bocorkan dekat hyung."
"nanti masa carnival tu kamu nampak." Nara tetap dengan pendiriannya.
"harap haraplah carnival tahun ni smooth je. tak macam tahun lalu."
"tu lah.. noona harap macam tu jugak."
Nara ingat lagi tragedi carnival entrepreneurship tahun lalu. semuanya bermula sejak booth BA diletak bersebelahan dengan booth AC. masing masing tidak ingin kalah dalam mempromosikan barang jualan mereka. persaingan yang pada mulanya biasa biasa itu pun berakhir dengan masing masing mendapat kesan lebam di wajah akibat tidak puas hati.
siapa yang bergaduh? siapa lagi kalau bukan presiden dari kedua dua fakulti, Haechan dan Hyunjin.
Nara sendiri pun tidak habis fikir macam mana kedua dua lelaki yang tahap kesabarannya tipis itu boleh menjadi presiden fakulti. walau berkali kali mereka terlibat pergaduhan, mahasiswa dan mahasiswi masih mengundi mereka berdua untuk kekal menjadi presiden.
"bye noona."ujar Haemin sebelum memutar tombol pintunya. Nara tersenyum sahaja.
kalaulah Haechan berkelakuan seperti adiknya. mungkin semuanya akan berubah..
🌻
Haechan dan keenam enam rakannya berkumpul di restoran berdekatan campus mereka. masing masing fokus menghabiskan makanan yang mereka order.
"yeokshi.. jajjangmyeon kat sinilah yang paling sedap."puji Renjun.
"betul.."ujar rakan rakannya yang lain.
"oh ya, Jisung apa khabar individual assignment Finance kau?"tanya Mark
"jangan tanyalah.. aku setiap kali dengar perkataan Finance tu je pun dah rasa nak muntah."ujar Jisung sambil mengurut ngurut hujung keningnya.
"alolo.. sabar ye Jisung. kitorang faham perasaan kau."
"korang senanglah.. dah lepas course tu.ni aku dah nak mati belajar sorang sorang."rungutnya sambil menyandarkan kepalanya di bahu Mark.
keenam enam senior Jisung itu hanya tersenyum sinis.
"cakap pasal Finance, aku ada dengar khabar yang kononnya lecturer baru Fin tu cantik. apa nama dia?"tanya Jaemin.
YOU ARE READING
Secret [LeeHaechan]
FanfictionHasrat dengki yang muncul dari kedua belah keluarga membuatkan Kang Nara dan Lee Haechan membesar dengan perasaan saling membenci.. Mereka berdua seperti anjing dengan kucing jika berada di hadapan khalayak ramai.. namun tidak jika hanya ada mereka...