Secret•06•

99 12 3
                                    

Nara yang sudah bersiap siap untuk menghadiri kelas pagi itu duduk sebentar di hadapan sofa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nara yang sudah bersiap siap untuk menghadiri kelas pagi itu duduk sebentar di hadapan sofa. Dia memerhatikan sahaja wajah Haechan yang tidur dengan tenang. padahal pagi tadi dia sengaja menjatuhkan barang berkali kali agar lelaki itu bangun tetapi nampaknya bunyi bunyi itu tidak diendahkan juga.

"Nara.. Kang Nara.. Nara" aku mengeluh saat mendengar namaku disebutnya berkali kali.

Nara berdiri dan meletakkan sandwich serta teh panas di atas meja dengan nota kecil yang bertulis 'cuci pinggan sebelum kau balik' ditinggalkan untuk Haechan.

Lee Haechan adalah seorang yang ceria walaupun memeningkan kepala. Dia tidak mudah merasa stress akan sesuatu dan selalu mengukirkan senyumannya untuk semua orang kecuali geng Hyunjin.Tapi tidak dengan Nara. Walaupun Nara adalah sahabat Hyunjin dan merupakan naib presiden fakulti itu, tidak pernah sekalipun Haechan bersikap dingin dengannya. kecuali Naralah yang selalu bersikap acuh tak acuh dan dingin dengan lelaki itu.

Meskipun dia seorang yang happy go lucky, tapi dia juga selalu membuat orang disekitarnya merasa risau. terutamanya Nara dan Haemin. Lee Haechan bukan orang yang akan berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu. Bahkan kadang dia tidak mempedulikan keselematannya asalkan hatinya puas.

Selepas mendengar apa yang dikatakan Haechan malam semalam, Nara menjadi bingung. Sekarang dia tidak tahu apakah status hubungan mereka.. apakah masih sebagai musuh? Atau kawan rapat? Atau pasangan? Nara bingung..

Lamunan gadis itu terus mati saat seseorang menyucuk pipinya dengan belakang pen.

"Hyunjin.."

"Kau oke tak ni?"

"Oke.. cuma kurang tidur semalam."

"Kau tidurlah dulu. Lepas sejam aku bangunkan."

"Eh tak pe.. lagipun kita datang library kan nak betulkan kertas kerja ni."

"Yakin?"Nara mengangguk sahaja.

Hwang Hyunjin adalah sahabat Nara sejak tingkatan lagi. Mereka berdua sudah biasa berkongsi cerita dan barang yang sama. Tahap kedekatan mereka berdua memang boleh dikatakan seperti belangkas. Dan Nara tahu, di fakulti ini banyak yang menyangka bahawa hubungan mereka adalah sebagai sepasang kekasih..padahal tidak.

Hyunjin adalah sahabat yang paling baik dia pernah ada. Walaupun jantina mereka berbeza, tapi hanya dengan dialah Nara merasa selesa. Nara juga perasan kadangkala cara Hyunjin risaukan dia seperti lebih dari seorang kawan. Tapi dia yakin tiada maksud yang lebih pun tentang hal itu. Nara juga sudah berkali kali memberitahu Hyunjin yang dia sayangkan friendship mereka dan ingin menjadi kawan yang terbaik buat lelaki itu.

"Lepas ni kita pergi cafe utama jom.."ajak Nara..

"Boleh.."

Seperti yang mereka rancang, akhirnya Nara dan Hyunjin pun pergi ke cafe utama setelah siap membetulkan kertas kerja untuk kali terakhirnya.

Secret [LeeHaechan]Where stories live. Discover now