Secret•34•

100 12 0
                                    

Nara masuk ke unit condominiumnya setelah seharian keluar sendiri untuk menikmati bandar Canada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nara masuk ke unit condominiumnya setelah seharian keluar sendiri untuk menikmati bandar Canada. selama sehari itu, dia tidak berjumpa dengan Hyunjin kerana Hyunjin pergi berjumpa dengan keluarga Giselle yang tinggal agak jauh dari condominium mereka.dia juga tidak ingin mengganggu waktu Hyunjin kerana tidak ingin teman wanitanya merasa tidak selesa dengan kehadiran Nara.

Gadis itu terus membersihkan dirinya sebaik sahaja sampai di rumah dan memilih untuk membuat hot chocolate sebelum tidur.sedang dia minum sambil nonton drama dari laptopnya, telefon Nara berbunyi..

-incall-

"Hello ayah.."

"Nara.. kamu tengah buat apa?"

"tak ade apa.. kenapa ayah?"

"saja tanya.."

"ouhh..ibu mana?"

"ibu baru je terlelap ni haa."

"ayah sihat?"

"sihat.."

dua beranak itu kembali senyap..

"Nara.."

"ya ayah.."

"maafkan ayah.."

"hmm? kenapa?"

"maaf kalau selama ni ayah tak pernah jadi ayah terbaik buat kamu. ayah sepatutnya jadi tempat kamu mengadu. ayah tau kamu banyak sakit selama ni semua sebab perlakuan ayah terhadap kamu."

mendengar ayahnya yang tiba tiba sahaja meminta maaf dengan suara sendu seperti itu membuatkan hati Nara meraung untuk terbang ke Korea Selatan dan berjumpa dengan ibu dan ayahnya. dia sebenarnya rindu.. tapi adalah lebih baik kalau dia tidak datang ke rumah itu lagi sebelum hatinya benar benar boleh menghadap wajah lelaki di rumah sebelah.

"ayah tak perlu minta maaf.. Nara sedar.. Nara sedar yang ayah buat semua ni untuk Nara. Ayah cuma nak yang terbaik buat Nara."ujar Nara.

"maafkan ayah nak.."

"ya ayah.. maafkan Nara jugak sebab tak dapat jadi macam yang ayah nakkan."Nara tersenyum..

"hmm.. oh ya, Hyunjin ada kat situ tak?"

"tak ada. seharian ni dia pergi rumah girlfriend dia."

"wah, cepat sangat tu."

"AHAHAHAHA.. biasalah orang tengah dilamun cinta."

"tak lama lagi kamu pun macam dialah kan?"

"maksud ayah?"

"tak ada apalah..ye lah. ayah mengantuk dah ni."

"selamat malam ayah.."

"selamat malam.."

panggilan pun dimatikan..

Nara sambung dengan aktivitinya menonton Drama Celebrity yang sedang menjadi topik hangat pencinta drama. 

tepat pukul 11 malam, loceng unit condominium Nara berbunyi menandakan ada tetamu yang datang saat itu. Nara yang mendengar bunyi loceng pintunya berbunyi terus bangun dari duduknya.

Secret [LeeHaechan]Where stories live. Discover now