-Fast forward!!-
Pejam celik pejam celik, Nara sudah habis menjawab subjek paper final examnya yang terakhir. Gadis itu menghela nafas lega setelah dia menapak keluar dari dewan peperiksaan dan meninggalkan teman seperjuangannya yang belum habis menjawab.
Dia terus ke arah beg galasnya dan memasukkan pencil case miliknya lalu berjalan pergi.saat gadis itu berjalan ke arah tangga, dia terkejut melihat Lee Haechan yang duduk di tepi pintu sambil bercekak pinggang.
"Lee Haechan.. apa kau buat kat sini?"
"Tunggu kaulah..asal lama sangat jawab paper tu?aku dah tunggu sini 20 minit dah."Haechan memasang wajah cemberutnya.
Nara tersenyum.dia terus memautkan tangan mereka berdua dan berjalan bersama turun dari tangga.
"Lepas ni kita dah tak boleh jumpa kat campus dah.. kau pun pindah balik rumah kau kan?"ujar Haechan..
Nara mengangguk sahaja.. dia juga rasa apa yang Haechan rasa saat itu.
Dalam dua bulan lebih itu, mereka berdua hanya meluangkan masa bersama saat di campus atau di unit condominium Nara. Disebabkan mereka berdua masih dalam pengawasan parents mereka, Nara dan Haechan jarang berbual melalui telefon. Dan kalau mereka boleh berjumpa pun tidak pernah lebih dari dua jam.
Namun walaupun mereka berdua jarang meluangkan masa selayaknya sepasang kekasih, Nara dan Haechan masih lagi menyimpan perasaan yang sama terhadap satu sama lain. Hubungan mereka masih lagi semanis dulu walaupun Nara masih kasar dan jarang mengungkapkan kata cintanya pada Haechan.
Untuk hubungannya dengan Hyunjin, masih seperti biasa. Dan Hyunjin juga tahu yang Nara masih menyukai Haechan tapi lelaki itu masih tidak berputus asa untuk memikat hati gadis itu. Walaupun dia sudah berkali kali melihat Nara dan Haechan bersama sama, tapi dia memilih untuk menutup mata. Semuanya demi Kang Nara.. bukan demi Lee Haechan.
"Kau nak terus balik ke ni?"tanya Nara.
Gadis itu bertanya kerana melihat Jeno sedang menunggunya di seberang jalan.
"Haah.. tadi lagi Haemin call aku suruh balik untuk celebrate malam ni."
Nara mengangguk sahaja..
"Tapi aku janji nanti aku akan cari masa untuk jumpa kau.."
"Umm.."
"Pergi dulu.."
"Umm.."
Haechan tersenyum.dia menarik Nara masuk ke dalam pelukannya dan mencium dahinya.
YOU ARE READING
Secret [LeeHaechan]
FanfictionHasrat dengki yang muncul dari kedua belah keluarga membuatkan Kang Nara dan Lee Haechan membesar dengan perasaan saling membenci.. Mereka berdua seperti anjing dengan kucing jika berada di hadapan khalayak ramai.. namun tidak jika hanya ada mereka...