"Hyung!"tengking Haemin hingga membuatkan Haechan yang sedang fokus menonton tv di sebelah Haemin terperanjat.
"ape kau ni?"
"hyung masih contact lagi ke dengan Yuri?"
"haahlah.. kenapa?"
Haemin menekup wajahnya lalu memandang Haechan dengan pandangan tidak percaya.
"kan aku dah kata.. perempuan tu tak boleh dipercaya.dia nakkan duit hyung je.tak cukup ke hyung dia tipu dua bulan lalu."
"tau.. tapi hubungan kitorang bukan macam tu lagi dah. kitorang kawan je.lagipun ni dia tanya pasal assignment."
"dia tak ada kawan perempuan ke sampai nak tanya hyung?"
Haechan menghela nafas panjang..
bertengkar dengan Haemin sama seperti bertengkar dengan perempuan. walaupun tidak melibatkan tenaga fizikal yang besar tapi tetap juga memenatkan kerana adiknya satu itu tidak akan mengalah padanya.
namun Haemin adalah seorang adik yang baik bagi Haechan. dia sangat mengenal Haemin.. lebih baik dari ayahnya mengenal anak anaknya itu. walaupun sering bertengkar tetapi pertengkaran mereka tidak pernah besar hingga saling melemparkan tumbukan.jika Haechan membuat masalah, Haemin sedia untuk menutupi kesalahan abangnya walaupun Haechan harus menerima bebelan terlebih dahulu.
Haemin merampas telefon bimbit Haechan dan terus blok semua account gadis itu.
"kalau aku tau hyung masih contact dengan dia.. aku bagitau ayah."
"ishh..kaki mengadu betul."
"ei.. sebelum ni pernah tak hyung dengar aku mengadu dekat parents kita?tak pernah kn?"
"ye lah adikku.. jangan membebel lagi hmm? apa kata kita nonton ni dengan tenang.."Haechan terus baring dan meletakkan kepalanya di peha Haemin.
Haechan mendapat mesej dari group rakan rakannya.. dia terus berdiri dan berjalan ke arah almari pakaian.
"nak pergi mana lagi?"
"kawan ajak minum.."
"minum tu ingat balik.. sebelum pukul 12." ujar Haemin sambil memandang jam di dinding yang menunjukkan pukul 8.34 malam.
"ye ye.."
kalau dibandingkan Haechan dengan Haemin, Haechan lebih selalu keluar malam dan balik dalam keadaan mabuk. Haemin pula jenis yang akan menyentuh alkohol pada masa masa tertentu.contohnya masa dia gembira atau sedih..kalau nak minum sebab bosan je, memang taklah sebab dia sangat aware dengan kesan meminum alkohol secara berlebihan.bukan seperti Haechan yang on sahaja setiap kali diajak minum.
🌻
Haechan sudah setengah sedar. kewarasannya mula diambil perlahan lahan oleh beer yang sudah dia minum bersama kawan kawannya tadi. Haechan memilih untuk pulang terlebih dahulu memandangkan Haemin berkali kali menelefonnya dan menyuruhnya untuk pulang kerana jam sudah menunjukkan pukul 11.45 malam.
YOU ARE READING
Secret [LeeHaechan]
FanfictionHasrat dengki yang muncul dari kedua belah keluarga membuatkan Kang Nara dan Lee Haechan membesar dengan perasaan saling membenci.. Mereka berdua seperti anjing dengan kucing jika berada di hadapan khalayak ramai.. namun tidak jika hanya ada mereka...