Secret•14•

92 10 0
                                    

Nara dan Hyunjin duduk di library sambil masing masing sibuk menyiapkan group assignment mereka yang perlu dihantar esok malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nara dan Hyunjin duduk di library sambil masing masing sibuk menyiapkan group assignment mereka yang perlu dihantar esok malam. sudah dua jam mereka duduk di sana tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. masing masing fokus menaip idea di laptop.

Hyunjin menghela nafas kecil tapi masih boleh didengar Nara..

"fighting bro.."Nara berkata sambil tersenyum dan Hyunjin hanya mengangguk.

pandangan Hyunjin terarah pada gelang yang dipakai Nara. dia sangat pasti bahawa gelang itu adalah gelang pasangan.. dan dia tau pasangan gelang itu ada dengan siapa.. tapi dia tidak ingin bertanya terus pada Nara kerana takut menerima kenyataan itu.

"Nara, boleh tak malam ni aku lepak rumah kau"

"hmm?kenapa?"

"saja..bosanlah."

"alaa tak bolehlah. rumah aku belum kemas lagi. semalam pun lepas balik dari exam tu aku terus tidur sehari."

"ye ke?tak pe lah.next time.."Nara mengangguk.

"mid term holiday nanti kau balik rumah bila?"

"tak tau lagi.."

telefon Nara yang diletakkan di tepi bergetar kecil dan Nara terus mengambil telefonnya untuk melihat gerangan yang chat dia.. dan ya.. gerangan itulah yang sudah dia agakkan.

🌻..: Nara

"aku pergi toilet dululah.."

"hmm.."Hyunjin mengangguk. lelaki itu melihat sahaja Nara yang pergi sambil matanya fokus memandang skrin telefonnya. dari tepi, dia dapat melihat senyuman yang diukirkan gadis berhoodie pink itu.

"kau sembunyi apa je dari aku ni Nara?"gumam Hyunjin.

-in call-

"kenapa Haechan?"tanya Nara sebaik sahaja menyambut call dari lelaki itu.

dahi gadis itu terus berkerut saat mendengar suara bising yang datang dari tempat Haechan.. suara itu sepertinya dia sangat kenali.. segala caci maki kedengaran di setiap ayat yang mereka keluarkan.

"Haechan?"

"balik condo sekarang.."

"tak..cuba cerita dulu ada apa.."

"family kita.."

jantung Nara seakan akan ingin jatuh ke lantai..perkara yang paling dia takutkan.. akhirnya terjadi hari itu.

"aku balik sekarang.."

🌻

Nara terus berlari ke unit condominiumnya saat pintu lift terbuka.. berdiri sahaja dia di hadapan pintu, dia sudah melihat Haechan, Haemin dan kedua ibu ayah nya serta ibu ayah Nara sedang berdiri di ruang tamu yang kecil itu.

Haechan dengan lebam di wajahnya yang belum reda sejak semalam itu memandang Nara. riak wajahnya sukar untuk gadis itu tafsirkan.. tapi yang dia pasti, wajah Haechan tegang.. tidak seperti riak wajah yang selalu lelaki itu tunjukkan setiap kali di hadapan Nara. tiada lagi riak wajah ingin berguraunya.

Secret [LeeHaechan]Where stories live. Discover now