Haechan duduk di sofa sambil menikmati sarapannya.. Nara pula pagi pagi itu sudah sibuk bersiap siap untuk menghadiri carnival Interpreneurship yang akan berlangsung selama sehari itu. gadis itu berjalan ulang alik di hadapan Haechan yang sedang menonton tv.pada mulanya Haechan tidak menghiraukan Nara tetapi lelaki itu semakin terganggu dengan pergerakan Nara yang menghalangi pandangannya untuk menonton tv.
"cari apa?"
"ada nampak fail untuk flow carnival tu tak? seingat aku semalam aku letak atas meja belajar ni."
"ohh tu.aku dah letak dalam beg kau.beg galas hitam tu."
"lahh ye ke?thanks.."
"kau pergi ni sendiri je ke?"
"Hyunjin ambik nanti."
riak wajah Haechan berubah.. Nara yang perasan pandangan Hacehan itu seakan akan meminta penjelasan terus tersenyum sambil memegang tangan lelaki itu.
"nak ikut.."ujar Haechan
"kau kan tengah kena blacklist dari campus.. kalau lecturer tengok kau nanti macam mana?"
"ala. akupun nak tengok jugak carnival tu. aku nak jaga kau.. manalah tau ada yang berani berani ganggu girlfriend aku yang cantik lagikan comel ni"
"jangan cari nahaslah Haechan. kang diorang panjangkan lagi hukuman kau ni ha."
Haechan terus melengkungkan bibirnya ke bawah tanda sedih.. dia memandang sahaja Nara yang sudah duduk di lantai sambil meminum nescafe di gelas Haechan.
"aku pergi dululah.. kalau nak pergi mana mana kunci pintu tau."pesan Nara.
gadis itu baru sahaja ingin pergi tetapi Haechan terus memegang tangannya.
"apa lagi Lee Haechan.."ujarnya lembut sambil memandang boyfriendnya itu.
"peluk.."Nara memeluk sahaja Haechan yang belum mandi.
"cium.."gadis itu pun mencium pipinya.
"bukan kat situ.."
Haechan memuncungkan bibirnya minta dicium Nara. Nara pula menampar lembut mulut Haechan..
Walaupun mereka berdua sudah menjadi pasangan kekasih.. tapi entah kenapa Nara masih tidak membenarkan Haechan menciumnya.. apakah mungkin kerana trauma lepas kejadian malam tu? Haechan sendiri tidak tahu. Yang dia tahu setiap kali Haechan cuba menggodanya untuk mencium bibirnya, gadis itu terus menolak mentah mentah.
Haechan cuba berfikir positif.. mungkin Nara masih lagi malu. dia tidak terlalu ambil hati kerana walaupun mereka belum melakukan hal itu, Haechan diperbolehkan mencium pipinya.. dan Haechan juga sudah berkali kali membenamkan wajahnya di tengkuk Nara untuk mencium baunya yang manis itu. itu sahaja sudah cukup baginya.
🌻
Nara sibuk mengurus stok kek lapis yang hampir habis di meja booth mereka. ahli kelab fakultinya yang lain pula sudah pergi untuk berjalan jalan terlebih dahulu. mereka 10 orang bergilir gilir menjaga booth agar tidak merasa stress dan lelah sepanjang hari.
YOU ARE READING
Secret [LeeHaechan]
FanfictionHasrat dengki yang muncul dari kedua belah keluarga membuatkan Kang Nara dan Lee Haechan membesar dengan perasaan saling membenci.. Mereka berdua seperti anjing dengan kucing jika berada di hadapan khalayak ramai.. namun tidak jika hanya ada mereka...